Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI | THE MANDALORIAN, THE BATMAN & THE HELLBOY! (1/3/19)

Pencipta, penulis dan pelukis Hellboy, Mike Mignola telah membuat pengumuman bahawa sebuah treler rasmi baru untuk filem reboot adaptasi komik tersebut akan dilancarkan bila-bila masa daripada sekarang!

Sementara menunggu, sepasang poster teaterikal rasmi juga turut didedahkan terlebih dahulu untuk tatapa kita bersama.

Hellboy akan berada di pawagam seluruh dunia pada 12 April, 2019.

 

***

 

Penggambaran prinsipal untuk siri televisyen The Mandalorian kini dengan rasminya telah tamat!

Ia merupakan projek siri televisyen sulung dan pertama dalam saga Star Wars di bawah saluran strim Disney+ dengan banyak lagi projek menyusul selepas itu.

Ianya dikongsikan menerusi episod terbaru The Star Wars Show di bawah ini tanpa sebarang maklumat lanjut:

Selepas cerita Jango and Boba Fett, seorang lagi wira yang tidak didendang muncul dalam Semesta Star Wars. The Mandalorian hadir pada era kejatuhan Empayar Galaktik dan sebelum kebangkitan Rejim First Order dan New Republic.

Pelakon seperti Pedro Pascal, Gina Carano, Nick Nolte dan Carl Weathers telah disahkan peranan mereka dalam The Mandalorian dengan sebuah treler acah dan tarikh tayangan rasmi bakal diumumkan tidak lama lagi.

Manakala Taika Waititi (Thor: Ragnarok), Dave Filoni (Star Wars: The Clone Wars, Star Wars Rebels), Deborah Chow (Jessica Jones), Rick Famuyiwa (Dope) dan Bryce Dallas Howard (Solemates) masing-masing akan mengemudi setiap episod sebagai pengarah dan penerbit bersama.

 

***

 

Pengarah Matt Reeves kini sedang bekerja keras untuk menghidupkan sebuah filem solo terbaru The Batman dengan pendekatan dan cerita lebih baru dan segar.

Selain pencarian watak utama yang akan memegang peranan sebagai Bruce Wayne/Batman, studio dan pihak produksi juga dikhabarkan bakal menampilkan lebih daripada seorang watak penyangak.

Mungkin dalam tiga ke empat orang antagonis secara total!

Paling kerap dilaporkan adalah The Penguin dengan beberapa watak lain yang belum pernah muncul di layar pawagam seperti Black Mask, The Hood, The Talon dan Hush.

Apa pun begitu, pemilihan dan pendedahan pelakon akan berlaku sedikit masa lagi dengan penggambaran bermula selewat-lewatnya tahun hadapan.