Zack Snyder Kembali dengan ARMY OF THE DEAD, Pilih Dave Bautista sebagai Bintang Utama!

Filem, Komik, Terkini

Zack Snyder telah mengambil keputusan untuk bertapa sejak meninggalkan projek filem Justice League (2017) di tangan Joss Whedon rentetan daripada tragedi kematian anak perempuannya lebih dua tahun lalu.

Tetapi akhirnya kini beliau sudah bersedia untuk kembali beraksi di belakang lensa kamera dengan projek baharu Netflix, Army of The Dead!

Lebih menarik, Dave Bautista (Guardians of the Galaxy, Avengers: Endgame) tampak telah memberikan gambaran awal sejak berita ini tertular menerusi saluran khabar angin suatu ketika dulu menerusi pelbagai sumber dan hari ini dengan rasminya diumumkan sebagai bintang utama.

Hasil filem arahan pertama Zack Snyder dahaulu adalah sebuah naskah bikin semula atau remake hasil karya asal legenda ternama George A. Romero berjudul Dawn of The Dead (2004, versi asal 1978) yang juga bertemakan serangan zombi. Dalam satu kenyataan kepada pihak media baru-baru ini:

“I love big action, I love big sequences. My movie brain starts clicking around and I was like, ‘We need to be shooting this now!’ Constructing these sequences really fired me up!!”

Zack Snyder akan mengarah dan menerbitkan filem ini bersama isterinya Deborah Snyder di bawah bumbung syarikat produksi penjenamaan baru, Stone Quarry.

Tiada tarikh tayangan rasmi telah ditetapkan tetapi anggaran bajet untuk projek ini dilaporkan dalam jumlah kasar USD$90 juta.

REVIEW | MASTER Z: THE IP MAN LEGACY (2018)

Filem, Review, Terkini

Bagi pengikut setia filem aksi dan penggemar aksi seni mempertahankan diri Hong Kong, filem Master Z: The Ip Man Legacy ini sememangnya dinanti-nantikan sejak dari awal tahun lagi. Bukan sahaja kerana ia merupakan sebuah naskah cerita rentetan daripada kisah tiga filem Ip Man yang terdahulu, malah ia hadir dengan kejutan-kejutan yang tidak tersangka!

Diterajui oleh Max Zhang yang dikenali lebih awal sebagai atlet Wushu profesional dan pelakon lagak ngeri cukup hebat, turut tersenarai menerusi filem ini adalah bintang-bintang besar lain seperti pelakon asal Malaysia Michelle Yeoh, Dave Bautista, Tony Jaa dan ramai lagi!

Ikuti ulasan Master Z: The Ip Man Legacy yang sudah ditayangkan di pawagam seluruh dunia baru-baru ini.

1. Filem ini diarahkan oleh Sifu Yuen Woo Ping!

Nama individu di atas adalah sutradara aksi lagak ngeri ternama dan pengarah berpengaruh dalam industri perfileman Hong Kong. Beliau pernah mengarah filem Drunken Master (1978) lakonan awal Jackie Chan dan menjadi koreografer aksi tempur untuk trilogi The Matrix (1999-2003), dwilogi Kill Bill (2003-2004) serta Kung Hustle (2004) yang diterajui Stephen Chow.

Maka tidak hairanlah mengapa filem ini antara yang ditunggu-tunggu dalam kronologi semesta sinematik Ip Man!

2. Pengenalan Dunia Sinematik Ip Man

Dengan mengabaikan The Legend Is Born: Ip Man (2010) dan Ip Man: The Final Fight (2013), kehadiran filem ini boleh diiktiraf sebagai spin-off rasmi yang mempunyai kesinambungan terus dengan trilogi awal filem Ip Man (2008-2015) lakonan Donnie Yen arah Wilson Yip.

Ini dibuktikan dengan watak utama Cheung Tin Chi yang muncul dalam Ip Man 3 (2015) sebagai pencabar utama Ip Man serta diperkukuhkan dengan Donnie Yen selaku penerbit filem.

3. Penceritaan Jauh Lebih Dinamik

Berbanding dengan trilogi Ip Man, kisah yang terkandung dalam filem ini tidak bergantungan sangat kepada kehidupan realiti dan jalan cerita sebenar. Maka perjalanan cerita yang dipersembahkan adalah leibh dinamik dan bebas tanpa terikat daripada mana-mana individu yang pernah ada kaitan dengan kisah hidup bekas guru Bruce Lee itu.

4. Michelle Yeoh Kembali Bergasak!

Sejak Crouching Tiger, Hidden Dragon: Sword of Destiny (2016), ramai peminat setia bintang popular yang berasal dari Malaysia ini rindukan aksi beliau untuk beraksi semula dengan babak-babak Kung Fu dan adegan tempur.

.. dan filem ini tampil dengan kejutan yang tidak tersangka itu!

5. Ada Dave Bautista!

Jika Mike Tyson adalah watak antagonis berbadan bagak dan agam pernah tampil dalam dua filem terdahulu menerusi Ip Man 2, penampilan bekas jaguh gusti profesional WWE dan pelakon watak Drax untuk Guardians of the Galaxy ini hadir selaku seteru utama yang mencabar keperkasaan Cheung Tin Chi.

6. Ada Tony Jaa!

Memegang watak Sadi, superstar daripada Thailand yang cukup popular menerusi francais Ong Bak dan Tom Yung Goong ini diberi peranan sebagai pembunuh upahan yang turut menyusahkan hidup protagonis pada adegan-adegan yang kritikal!

7. Perhatikan Watak ‘Black Bat’

Menariknya tentang filem ini adalah ia ada memperkenalkan sebuah watak komik seolah-olah watak Batman yang menjadi minat kepada anak Cheung Tin Chi. Amat mengagumkan kerana rujukan yang dibuat adalah amat tepat kepada sahsiah Batman dalam siri animasi popular Batman: The Animated Series (1992-1995) walaupun terdapat perubahan skim warna dan kostum!

8. Kemunculan Otai

Turut perhatikan beberapa kemunculan atau cameo otai dan kenalan karib pengarah sejak dari zaman awal pembabitannya dalam industri filem Hong Kong dan antarabangsa di Hollywood.

9. Sama Tapi Tidak Serupa

Memang kita menjangkakan akan ada kelainan ketara sejak pengumuman filem ini. Ini termasuk babak-babak yang sudah dan belum terlihat menerusi treler rasmi serta video-video promosinya. Namun tidak sampai 10 minit pun duduk di pawagam menonton, anda pasti akan terkesan dengan perbezaan serta pendekatan filem ini berbanding filem-filem Ip Man terdahulu di bawah arahan Wilson Yip.

10. Permulaan Baru!

RATING: 4/5