Tonton Treler Acah Rasmi Sulung Siri Televisyen Strim SWAMP THING!

Komik, Televisyen, Terkini

Awal hari ini, kita telah dimaklumkan bahawa penggambaran untuk siri televisyen strim Swamp Thing telah diberhentikan serta-merta.

Ini bermakna siri tersebut hanya akan menyiarkan 10 episod daripada 13 episod seperti yang dijadualkan sebelum ini. Dan sebagai respon kepada perkembangan tersebut, DC Universe telah mendedahkan sebuah treler acah rasmi sulung untuk tontonan umum.

Walaupun ianya ringkas tetapi pada penghujung video tersebut kita telah diperlihatkan dengan imej sebenar makhluk paya tersebut yang bangkit dari air dan setia luhur kepada sahsiah rekaan komiknya.

Swamp Thing kini sedang dibangunkan sebagai sebuah siri televisyen strim satu jam setiap episod oleh Mark Verheiden (Battlestar Galactica, Heroes, Ash vs. Evil Dead) dan Gary Dauberman (It, Annabelle, The Nun) selaku penulis skrip.

Swamp Thing dijadualkan untuk siaran rasmi seluruh dunia pada 31 Mei, 2019.

#TERKINI | Superboy dalam TITANS, Quantum Realm dalam MCU & Rami Malek dalam JAMES BOND! (28/2/19)

Animasi, Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Permainan Video, Televisyen, Terkini

Titans musim pertama berakhir dengan cerita yang agak tergantung.

Namun demikian pada babak bonus kredit episod penghabisan, kita dapat melihat penampilan Superboy yang berjaya melolosan diri daru Makmal CADMUS bersama Krypto serta dijangka akan memberi impak besar untuk musim mendatang,

Hari ini, nama pelakon yang bakal memegang watak Superboy itu telah terdedah dan nama beliau adalah Joshua Orpin. Untuk versi Superboy dalam Titans, beliau dilabelkan sebagai “seorang remaja yang mencari identiti sebenar dalam menjadi seorang adiwira”.

 

***

 

Kedengaran desas-desus kebelakangan ini serta teori pelbagai yang mengatakan filem Avengers: Endgame akan membawa kita lebih dalam ke dasar dimensi dan dunia ‘Quantum Realm’.

Semuanya daripada pengembaraan masa kepada penampilan sulung Black Knight. Terkini Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mengeluarkan kenyataan tentang peri pentingnya perkara tersebut:

“I think it is really important. I think it’s one of the fun things about the comics that allow you to explore entirely new terrains. And we’ve hinted at it now in numerous films and it’s untapped, primarily untapped potential.”

Kini jelas bahawa ‘Quantum Realm’ bakal memainkan peranan besar untuk Fasa 4 Semesta Sinematik Marvel (MCU) tetapi cuma belum dapat dipastikan ke tahap dan formasi yang bagaimana.

 

***

 

Sumber yang dipetik dari Collider telah mengesahkan bahawa pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Academy ke-91 baru-baru ini, Rami Malek sedang dalam fasa rundingan akhir untuk menjadi watak antagonis utama untuk filem James Bond 25!

Nampaknya semua sedang berjalan lancar dan hanya tinggal susunan jadual penggambaran untuk musim terakhir Mr. Robot sebelum segalanya masuk ke peringkat seterusnya. Khabar angin menyebut beliau mungkin akan memegang watak penjahat yang buta dalam filem terbaru hasil adaptasi karya perisik popular Ian Flemung itu. Pelakon lain yang disahkan akan beraksi adalah Lea Seydoux, Naomie Harris, Ben Whishaw, Ralph Fiennes dan sudah tentunya Daniel Craig.

Sebagai berita bonus daripada sumber Variety, Billy Magnussen (Maniac) adalah pilihan utama untuk memegang watak Pegawai Operatif Khas CIA yang bakal berganding bahu dengan James Bond.

James Bond 25 dijangka berada di pawagam seluruh dunia pada 8 April, 2020.

#TERKINI | Treler DOOM PATROL, Filem THE TRENCH, SKRULL!

Animasi, Filem, Komik, Permainan Kanak-Kanak, Televisyen, Terkini

DC Universe akhirnya telah menyiarkan sebuah treler acah rasmi untuk tayangan perdana siri televisyen strim terbaru, Doom Patrol!

Dengan pelbagai babak-babak baru termasuk pandang pertama watak penjahat Mr. Nobody yang dilakonkan oleh Alan Tudyk (Frozen, Big Hero 6, Rogue One), naskah adaptasi daripada DC Comics yang bakal bersiaran pada 15 Februari nanti dapat anda tonton di bawah ini:

 

***

 

Slot video promosi terbaru Captain Marvel di bawah ini padat dengan aksi-aksi dan babak yang belum terlihat sebelum ini.

Ia mempertontonkan bagaimana Carol Danvers/Captain Marvel cuba menerangkan kehadirannya ke bumi kepada Nick Fury termasuk penampakan anggota StarForce merempuh dan bertempur dengan sekumpulan platun askar Skrull!

 

***

 

Susulan kejayaan blockbuster luarbiasa Aquaman yang kini sudah kutipan tiket seluruh dunia melebihi USD1 bilion, sumber yang dipetik dari The Hollywood Reporter telah mendedahkan bahawa Warner Bros. kini sedang bersiap-siaga untuk fasa pembangunan awal filem spin-off, The Trench.

Gabungan bakat muda Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald yang sebelum ini pernah berkhidmat bersama Bad Robot Productions di bawah sutradara J.J. Abrams untuk projek Super 8 (2011) dan Mission: Impossible – Ghost Protocol (2011) telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi penulis skrip.

James Wan dan Peter Safran pula sah tetap kekal sebagai penerbit.

Tiada maklumat lanjut diperolehi melainkan ia bakal berlatarbelakangkan dunia dan kerajaan Trench tanpa kemunculan barisan pelakon-pelakon utama filem Aquaman sebelum ini.

Unbreakable Redux!

Blog

Salah satu filem yang amat saya nantikan sempena permulaan tahun baru 2019 ini adalah sebuah karya terbaru oleh M. Night Shyamalan berjudul Glass.

Ia merupakan pelengkap kepada “Trilogi Eastrail 177” yang bermula dengan Unbreakable (2000) dan Split (2016).

Saya begitu mengharapkan pengarah tersebut bangkit selepas beberapa setback yang beliau alami sebelum ini kerana M. Night Shyamalan adalah idola kegemaran saya pada satu ketika dahulu. Perhitungan di antara The Overseer/Protector, The Horde/Collective dan The Mastermind harus diselesaikan once and for all!

Tonton Video Acah dan Poster Rasmi Siri DC Universe Terbaru DOOM PATROL!

Komik, Televisyen, Terkini

Rentetan dari kesudahan episod terakhir untuk musim pertama siri Titans semalam (dengan babak kredit-akhir yang epik!), DC Universe hari ini telah melancarkan video acah sempena perayaan Krismas selama 30 saat untuk siri aksi hidup dan adaptasi komik mereka yang seterusnya iaitu Doom Patrol yang menampilkan penampakan awal lima daripada enam teraju utama watak klasik tersebut.

Selain itu, enam poster baru dan rasmi untuk kesemua watak-watak tersebut turut didedahkan. Mereka terdiri daripada The Chief (Timothy Dalton), Crazy Jane (Diane Guerrero), Cyborg (Joivan Wade),Elasti-Woman (April Bowlby), Negative Man (Matt Bomer) dan Robotman (Brendan Fraser).

Doom Patrol bakal disiarkan menerusi saluran DC Universe bermula 15 Februari, 2019.

Perhitungan Berdarah Batman dan Robin dalam Episod Terakhir TITANS!

Komik, Televisyen, Terkini

Perhatian untuk semua peminat dan pengikut setia Batman, Titans dan DC Comic!

DC Entertainment baru melancarkan sebuah treler rasmi untuk episod terakhir bagi Musim Pertama siri webstrim Titans yang mendedahkan Jason Todd/Robin dalam keaadan lumpuh dan memerlukan bantuan Dick Grayson untuk menumpaskan Batman!

Adiwira Bandaraya Gotham itu nampaknya sudah hilang pertimbangan dan menamatkan riwayat hampir kesemua musuh-musuh utamanya, termasuk kelibat mayat Joker dan Two Face. Tidak cukup dengan itu, Batman juga disaksikan membunuh anggota kumpulan S.W.A.T. yang menyerbu kediaman Bruce Wayne dan Batcave.

Sama ada senario ini adalah benar atau hanya sebuah “halusinasi mimpi”, tonton terus treler rasmi tersebut di bawah ini:

Episod Terakhir untuk Musim Pertama Titans ini akan disiarkan pada 21 Disember, 2018.