Categories
Animasi Filem Komik Terkini

#TERKINI | Gossip STAR WARS: EPISODE IX, Treler Baru JUSTICE LEAGUE, Selamat Tinggal DEADPOOL?

Walaupun spekulasi terus merebak yang tajuk rasmi filem Star Wars: Episode IX akan didedahkan dalam satu pengumuman rasmi Disney pada petang ini dengan sub-judul ‘Balance of the Force’, tetap terdapat khabar angin tambahan yang lebih mendebarkan.

Hasil galian seorang penggodam Reddit yang menemukan kod judul filem tersebut menerusi laman web rasmi STARWARS.COM

Setakat ini, Kylo Ren telah diangkat sebagai Pemimpin Tertinggi Autokratik First Order. Akan tetapi dilaporkan bahawa akan muncul satu ancaman baru dengan kekuatan misteri luarbiasa dari dimensi baru digelar “The Beyond” yang mungkin bukan sahaja datang untul memusnahkan empayarnya tetapi seluruh galaksi secara total!

Apakah dengan teori cerita ini denga secara langsung mereka terpaksa bergabung dan bekerjasama dengan sisa-sisa The Resistance/Rebellion dan akhirnya membawa damai ke seluruh pelusuk galaksi?

Sekali lagi, kita perlu tunggu dan lihat.

Tetapi ada sumber menyebut bahawa kuasa misteri luarbiasa ini mengandungi kejahatan yang jauh lebih berbahaya daripada Sith. Turut ditambah adalah kemunculan semula Knights of Ren dari alam tersebut sejak kali terakhir dilihat secara singkat dalam Star Wars: Episod VII – The Force Awakens (2015). Apa yang tidak jelas adalah sama ada mereka dihantar ke sana oleh Kylo Ren sendiri satu ketika dulu atau jika ada yang kuasa lain yang membawa mereka ke sana. Lebih dramatik, ada juga teori yang menyebut tentang kelibat Stormtroopers berkuasa Sith demi menamatkan Saga Skywalker sejak diperkenalkan lebih 40 tahun lalu.

Star Wars: Episode IX akan berada di pawagam seluruh dunia pada 19 Disember, 2019.

INGAT! Semua hanya khabar angin buat masa ini tetapi tetap perlu kita berwaspada kerana segalanya berkemungkinan dan jika benar, anda membacanya di sini dahulu!

 

***

 

Treler rasmi sulung untuk filem animasi DC Comics yang seterusnya kini sudah dilancarkan dengan Green Lantern baru, Jessica Cruz menyertai Batman, Superman, Wonder Woman dan barisan Justice League yang lain dalam misi menumbangkan musuh jahat baru yang lebih dahsyat lagi merbahaya!

Tonton treler rasmi sulung Justice League vs. The Fatal Five tersebut di bawah ini:

 

***

 

Pelukis, penulis dan pencipta Deadpool, Rob Liefeld hari ini telah mengumumkan bahawa komik Deadpool: Badder Blood akan menjadi cerita terakhirnya untuk watak tersebut yang mula diperkenalkan beliau sejak muncul kali pertama menerusi The New Mutants #98 (1991).

Komik tersebut merupakan sekuel kepada Deadpool: Bad Blood (2017).

Pengumuman tersebut telah dilakukan secara terbuka menerusi akaun rasmi beliau di bawah ini:

Categories
Anugerah Filem Komik Terkini

#TERKINI | Komik Batman RM5.7 juta lesap, Rob Liefeld Perkenalkan Major X, Anugerah PGA untuk Kevin Feige!

Hampir 450 judul komik telah dicuri daripada seorang kolektor dengan nilai harga USD$1.4 juta!

Menurut sumber The Sun Sentinel dan laman media sosial pemilik Randy Lawrence, kesemua koleksi komik Batman dan Detective Comics yang dilarikan itu telah didaftarkan secara atas talian dengan taksiran USD$1.4 juta atau bersamaan dengan lebih RM5.75 juta nilai matawang Malaysia. Tiada tangkapan dengan siasatan masih lagi berterusan dengan seorang suspek berjaya dikenalpasti sebagai dalangnya.

Randy Lawrence bertugas sebagai Pengarah Konsainan Komik (Comic Consignment Director) di Pedigree Comics, Boca Raton, Florida.

 

* * *

 

Menjelang April 2019, Rob Liefeld iaitu pelukis komik dan pencipta watak-watak popular seperti Deadpool, Cable dan X-Force bakal kembali ke Marvel Comics dengan Major X.

Ia bakal hadir sebagai siri mini 6-isu dengan gabungan hasil karya beliau sendiri bersama rakan seperjuangannya di Image Comics, Whilce Portacio. Menurut sumber, komik dan watak terbaru ciptaan Rob Liefeld itu berasal dari satu dimensri serta realiti alternatif (alternate reality) yang digelar “X-Istence” di mana mutan hidup aman harmoni tanpa ada sebarang diskriminasi mahupun peperangan.

 

* * *

 

Persatuan Penerbit Filem Amerika Syarikat (Producer’s Guild of America, PGA) telah menganugerahkan ‘orang kuat’ Marvel Studios dengan pengiktirafan dan Anugerah David O. Sleznick malam tadi.

Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Robert Downey Jr. yang memegang watak Tony Stark/Iron Man sejak awal fasa penubuhan Marvel Studios di bawah naungannnya sejak Mac 2007.

Syabas, Kevin Feige!

Categories
Filem Komik Terkini

#TERKINI | Barisan Poster Terbaru CAPTAIN MARVEL, Treler SPIDER-MAN: FAR FROM HOME Pecah Rekod, Filem X-FORCE!

Barisan poster terbaru untuk semua watak-watak utama yang bakal muncul menerusi filem Captain Marvel arahan Anna Boden dan Ryan Fleck telah didedahkan hari ini termasuk sebuah imej muka hadapan eksklusif dari majalah Empire.

Filem pertama Marvel Studios untuk tahun ini dan yang ke-21 dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) tersebut akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Mac, 2019.

 

* * *

 

130 juta tontonan dalam tempoh 24 jam.

Itulah angka dan rekod baru yang telah berjaya dicetak oleh treler acah rasmi sulung Spider-Man: Far from Home baru-baru ini. Sekaligus mencatat rekod baru juga untuk mana-mana filem terbitan Sony Pictures. Manakala rekod sepanjang zaman kekal dipegang oleh treler acah rasmi Avengers: Endgame dengan 289 juta tontonan dalam sehari.

Spider-Man: Far From Home akan berada di pawagam pada 5 Julai, 2019.

 

* * *

 

Menurut pendedahan oleh penulis skrip Deadpool dan Deadpool 2 iaitu Rhett Reese and Paul Wernick, ada kemungkinan kita dapat melihat filem X-Force terlebih dahulu sebelum Deadpool 3. Ini dikongsikan dalam satu wawancara bersama mereka dengan kenyataan di bawah:

“According to the chronology that we’ve established, X-Force will be next, before Deadpool 3. It’s a bit of the ‘Iron Man 1, Iron Man 2, The Avengers, Iron Man 3’ model, in that sense. X-Force isn’t being written by us. It’s being written and directed by Drew Goddard, or at least that’s the plan right now. We’re not involved with that one.We do anticipate there will be a Deadpool 3 at some point but it’s just a little premature, because it will definitely take a backseat to X-Force for the time being.”

Sama ada ia bakal menjadi realiti dan berjalan seperti yang dirancang oleh pihak produksi, itu kita perlu tunggu dan lihat.