Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Kostum Kuda Belang Batman Buat Kemunculan Semula Selepas 60 Tahun!

Kostum Kuda Belang Batman muncul buat pertama kali menerusi Detective Comics isu #275 dengan misi adiwira Kota Gotham tersebut berhadapan seteru aneh bernama Zebra Man.

Tetapi selepas itu, kelibat Batman dan busana peliknya itu tidak lagi kelihatan.

.. sehinggalah pada Batman Annual isu #4 baru-baru ini!

Ia diceritakan semula dalam tulisan diari yang direkodkan sendiri oleh Alfred Pennyworth, butler peribadi Bruce Wayne/Batman yang mengimbas kembali pengembaraan-pengembaraan luarbiasa Batman sepanjang perkhidmatan dengan majikannya sejak dulu.

 

 

Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Podcast Televisyen Terkini

DC Comics Dedahkan Judul Logo Baru selepas DETECTIVE COMICS #1000!

Keluaran Detective Comics #1000 pada minggu ini menandakan bermulanya sambutan rasmi ulangtahun ke-80 untuk Batman.

Edisi istimewa tersebut menghidangkan banyak kisah-kisah menarik menelusuri era berbeza adiwira Kotaraya Gotham itu serta melahirkan sebuah misteri baru dengan kemunculan versi terkini Arkham Knight!

Dan pada hari ini semasa Panel Khas “DC Celebrates 80 Years of Batman Comics” menerusi acara WonderCon yang berlangsung di Anaheim, DC Comics telah mengumumkan judul logo baru untuk komik Detective Comics bermula dengan isu #1001.

Seperti mana versi rekaan judul logo Detective Comics sebelum ini, nama “Batman” sekali lagi tetap dikekalkan. Akan tetapi perbezaan ketara di sini adalah keseluruhan rekaan tersebut telah disatukan dalam simbol Batman serta diadunkan dengan warna biru dan kuning yang cerah menyala.

Detective Comics #1001 dihasilkan oleh Peter J. Tomasi, Andrew Hennessy, Brad Walker, Nathan Fairbairn dan Rob Leigh bakal menyelongkar misteri Arkham Knight yang muncul pada halaman akhir isu #1000.

Bakal berada di pasaran pada 10 April, 2019.

Categories
Anugerah Filem Komik Terkini

#TERKINI | Komik Batman RM5.7 juta lesap, Rob Liefeld Perkenalkan Major X, Anugerah PGA untuk Kevin Feige!

Hampir 450 judul komik telah dicuri daripada seorang kolektor dengan nilai harga USD$1.4 juta!

Menurut sumber The Sun Sentinel dan laman media sosial pemilik Randy Lawrence, kesemua koleksi komik Batman dan Detective Comics yang dilarikan itu telah didaftarkan secara atas talian dengan taksiran USD$1.4 juta atau bersamaan dengan lebih RM5.75 juta nilai matawang Malaysia. Tiada tangkapan dengan siasatan masih lagi berterusan dengan seorang suspek berjaya dikenalpasti sebagai dalangnya.

Randy Lawrence bertugas sebagai Pengarah Konsainan Komik (Comic Consignment Director) di Pedigree Comics, Boca Raton, Florida.

 

* * *

 

Menjelang April 2019, Rob Liefeld iaitu pelukis komik dan pencipta watak-watak popular seperti Deadpool, Cable dan X-Force bakal kembali ke Marvel Comics dengan Major X.

Ia bakal hadir sebagai siri mini 6-isu dengan gabungan hasil karya beliau sendiri bersama rakan seperjuangannya di Image Comics, Whilce Portacio. Menurut sumber, komik dan watak terbaru ciptaan Rob Liefeld itu berasal dari satu dimensri serta realiti alternatif (alternate reality) yang digelar “X-Istence” di mana mutan hidup aman harmoni tanpa ada sebarang diskriminasi mahupun peperangan.

 

* * *

 

Persatuan Penerbit Filem Amerika Syarikat (Producer’s Guild of America, PGA) telah menganugerahkan ‘orang kuat’ Marvel Studios dengan pengiktirafan dan Anugerah David O. Sleznick malam tadi.

Anugerah tersebut disampaikan sendiri oleh Robert Downey Jr. yang memegang watak Tony Stark/Iron Man sejak awal fasa penubuhan Marvel Studios di bawah naungannnya sejak Mac 2007.

Syabas, Kevin Feige!