Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Thor. Love. Tiada Thunder.

Memang saya akui betapa ‘serius’ dan fanatik sungguh kumpulan ini kerana begitu komited mengikuti setiap butir perjalanan MCU sejak sedari awal lagi. Tetapi secara logiknya kalau mereka benar-benar matang, berpengalaman dan waras; rasanya tidak perlulah meroyan sedemikian rupa.

Esok lusa Disney+ mesti strim dan siarkan juga rasanya. Kalau setakat mahu tunjuk handal dan hebat kononnya dialah yang paling pertama, paling fanboy/fangirl di kalangan kawan-kawan elok juga semak kod etika dan prinsip diri anda sebagai peminat sejati. Kerana sesungguhnya sejati itu bukanlah tentang awal atau akhirnya hadir ke pawagam. Bukan juga agresif atau proaktifnya memprotes atas sebab apa sekalipun. Bagi saya secara peribadi kita hanya perlu bertenang kerana biarlah atas alasan apapun ia tidak lepas tayangan di sini.

Kerana bila bertenang, semangat anda dan anda akan terlihat sendiri tanpa perlu dtunjuk-tunjuk. Serulah semangat dari luar ke dalam, bukan selalunya perlu dari dalam ke luar. Nyalarasa kita perlu bertuankan pengalaman dan kematangan. Bukan membuka pekung secara terang-terangan.

Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Teori Konspirasi di Sebalik Filem THOR: LOVE AND THUNDER!

Maka dengan itu, Thor: Love and Thunder secara rasmi akan menjadi filem pertama dalam sejarah Semesta Sinematik Marvel (MCU) yang tidak akan ditayangkan untuk mana-mana pawagam di Malaysia.

Mungkin ramai ada bertanggapan dan teori konspirasi tersendiri. Di antara yang paling popular adalah:

  1. Unsur-unsur LGBTQ yang semakin lama semakin berani dan jelas keras dipersembahkan Hollywood.
  2. Dendam kesumat dan krisis berterusan antara Disney dan Lembaga Penapisan Filem  (LPF) sejak sebelum isu Lightyear dan Beauty and Beast lagi.
  3. Watak Gorr The God Butcher yang sangat sensitif lagi berisiko besar kerana ada dialog-dialog merencam pemahaman umum umat Islam.
  4. Babak bogel Thor yang di-pixelated dalam treler filem rasmi dan tidak ditapis dalam filem sebenar.
  5. Tidak ada kena mengena langsung dengan ancaman momentum atau prestasi pasaran luar biasa filem Mat Kilau kala ini.

.. dan banyaklah lagi teori-teori netizen lain.

Oleh itu hendak dipendekkan cerita, terimalah hakikat ini dan move on dengan kehidupan anda semua seperti biasa.

Jangan pula ditanya adakah ia akan keluar kelak menerusi saluran strim Disney+ Hotstar atau tidak. Saya bukan konspirasi teoris. Saya bukan pekerja Disney+ Hotstar. Saya bukan vlogger atau TikToker atau YouTuber murahan yang suka memandai-mandai. Apatah lagi saya bukan Abang Perisik Upahan anda nak kena buat semua kerja itu.

Ok?