Categories
Filem Komik Terkini

Pandang Pertama Kostum Adiwira Thena, Sersi dan Phastos di Set Penggambaran ETERNALS!

Terima kasih kepada sumber yang dipetik Mail Online, kita sekali lagi telah menerima perkembangan dan dua foto terbaru dari set penggamnbaran filem Eternals.

Dan besar kemungkinan ini merupakan foto paling mendedahkan para pelakon dengan kostum adiwira mereka walaupun diambil dari jauh. Kita dapat melihat kelibat Thena (Angelina Jolie), Sersi (Gemma Chan) dan Phastos (Brian Tyree Henry).

Kita pernah melihat Angelina Jolie dan Gemma Chan dengan busana biasa tetapi inilah kali pertama kita dapat menyaksikan mereka mengenakan kostum adiwira rasmi sepertimana sama yang pernah dipertontonkan kepada khalayak ramai semasa di San Diego Comic-Con tahun ini!


Eternals akan mula tayangan di pawagam seluruh dunia pada 4 November, 2020.

Categories
Animasi Filem Terkini

Tonton Treler Acah Rasmi Sulung untuk Filem MALEFICENT: MISTRESS OF EVIL!

Sebelum Angelina Jolie beraksi secara rasmi dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) sebagai Sersi untuk filem The Eternals, pemenang Anugerah Academy tersebut akan kembali terlebih dahulu menerusi Maleficent: Mistress of Evil.

Dan pada hari ini, sebuah treler acah rasmi telah dilancarkan dan anda boleh menontonnya di bawah ini:

Selain Angelina Jolie, barisan pelakon lain yang akan turut kembali adalah Elle Fanning sebagai Puteri Aurora, Sam Riley sebagai Diaval, Imelda Staunton sebagai Knotgrass, Juno Temple sebagai Thistlewit dan Lesley Manville sebagai Flittle. Mereka akan disertai oleh bintang-bintang ternama seperti Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Ed Skrein, Robert Lindsay dan Harrison Dickinson.

Maleficent: Mistress of Evil akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Oktober, 2019.

Categories
Animasi Filem Komik Terkini

Selepas IRON MAN 3 dan AVENGERS: ENDGAME, Ty Simkins Mengaku Sudah Sedia untuk Peranan Iron Lad dalam MCU!

Pada penghujung dan kesudahan filem Avengers: Endgame, pemerhati dan penonton bermata tajam pasti telah terlihat kelibat Ty Simpkins kembali sebagai Harley Keener (yang pertama kali muncul dalam Iron Man 3 sebagai kanak-kanak) semasa upacara persemadian Tony Stark/Iron Man.

Dan baru-baru ini, pelakon tersebut akhirnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenain perasaan beliau kembali dalam satu babak terbesar dan bersejarah Semesta Sinematik Marvel (MCU) semasa acara tayangan perdana filem biografi pengarang terkenal, Tolkien:

“It was so cool coming back. When they gave me the call that I was going to do it, I was freaking out and screaming in the car. At first it wasn’t confirmed that I was going to come back and I didn’t want to mess it up. So my mom was asking ‘What is it? What is it?’ and I couldn’t tell her!”

Ditanya mengapakah watak tersebut diemput untuk menghadiri acara persemadian itu dan sama ada beliau masih lagi berhubungan dengan Tony Stark, pelakon itu menambah:

“I like to think that they did and that Tony was still taking care of him, because for Harley that bond was super close and he was his kind of his only father figure. So that’s what I was thinking about in the funeral scene, about how sad Harley would have been.”

Dan sejak kemunculannya dalam Avengers: Endgame, terdapat banyak spekulasi yang mengandaikan bahawa Harley Keener bakal menjadi memegang peranan sebagai Iron Man baharu. Jika diselak sejarah komik pula, Iron Lad (versi remaja kepada antagonis Kang the Conqueror dari masa hadapan) bakal mengetuai pasukan Young Avengers. Persoalan ini turut diajukan kepada pelakon muda tersebut dengan jawapan positif:
“Yes, 100%. I would love that! I’d do it, I’d do it. Without a doubt.”
Maka kini terpulanglah kepada Marvel Studios untuk menjadikannya keyataan untuk kita semua.
Categories
Animasi Filem Komik Terkini

James Gunn Dipujuk Balik Untuk GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3; Terus Kekal Pengarah SUICIDE SQUAD 2!

Guardians of the Galaxy Vol. 3 sebenarnya dirancang untuk tayangan tahun hadapan.

Tetapi disebabkan oleh beberapa Tweet lama sedekad lalu dari akaun James Gunn yang ditularkan netizen, Disney terpaksa memecat pengarah tersebut walaupun dikritik peminat dan dikecam pelakon francais filem itu.

Namun pada awal hari ini, terdapat sumber sahih mengatakan bahawa beliau telak dipanggil semula dan walaupun beliau kini sudah berhijrah ke Warner Bros dan DC Comics untuk menyiapkan filem The Suicide Squad, produksi akan mula untuk filem Guardians of the Galaxy Vol.3 sejurus selepas selesai projek tersebut.

Presiden Walt Disney Studios, Alan Horn telah bertemu James Gunn beberapa kali sebelum ini selepas dipecat serta turut menerima penjelasan dan permohonan maaf dari beliau kini rasmi memilih untuk kembali mengemudi StarLord, Gamora, Rocket, Groot dan Drax untuk meneruskan pengembaraan kosmik mereka di dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Walaupun nama pengarah lain seperti Taika Waititi dan Adam McKay pernah dicanang sebagai pengganti beliau, Marvel Studios sebenarnya hanya mahukan James Gunn sebagai pengendali trilogi tersebut sepertimana pernah ditekan oleh Kevin Feige selaku Presiden Marvel Studios.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | Pendedahan AVENGERS: ENDGAME, Filem X-MEN oleh BENDIS, TOY STORY 4!

Perisai asal Captain America dikembalikan? Groot ada seragam baru? Kemunculan sulung Ronin? Thor merajuk?

Walaupun kita terpaksa menanti sekurang-kurangnya sehingga bulan hadapan untuk treler rasmi kedua Avengers: Endgame disiarkan, Marvel Studios tetap tidak menghampakan dengan pendedahan slot promo iklan berdurasi 30 saat hari ini.

Tonton video promo tersebut di bawah ini:

Avengers: Endgame akan berada di pawagam seluruh dunia pada 26 April, 2019.

 

***

 

Tonton video promo terbaru untuk filem Toy Story 4 yang menyaksikan Ducky dan Bunny cuba ‘membuli’ Buzz Lightyear tetapi kurang berkesan di bawah ini!

Toy Story 4 membuka fasa seterusnya selepas trilogi kisah pengembaraan Woody, Buzz dan kawan-kawannya pada 21 Jun, 2019.

 

***

 

Penulis komik berprofil tinggi, Brian Michael Bendis  hari ini mendedahkan yang beliau sebenarnya sedang menulis sebuah skrip untuk filem X-Men!

Bekas penulis Marvel yang juga pernah menulis komik All-New X-Men beberapa tahun lalu telah disenaraikan oleh 20th Century Fox untuk melahirkan sebuah lakon layar untuk sebuah filem baru yang wujud dalam Semesta X-Men studio tersebut. Filem itu hanya diberi kod judul ‘143’ dan dijangka akan diarahkan oleh Tim Miller (Deadpool, Terminator 6).

Walaupun penggabungan Studio Fox dan Disney meletakkan pembangunan kesemua francais filem X-Men dalam tanda tanya serta status semasa Brian Bendis kini sebagai pengkarya rasmi DC Comics, penulis pemenang 5 kali Anugerah Eisner itu mengesahkan bahawa projek tersebut tetap diteruskan seperti dirancang.

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | Filem BATMAN BEYOND, Siri Animasi INVINCIBLE, Killmonger Kembali!

Siri animasi Invincible adaptasi komik tulisan Robert Kirkman (Walking Dead, Outcast) dari Image Comic dijangka bakal meledak di saluran Amazon Prime.

Steven Yeun dipilih sebagai teraju utama bernama Mark Grayson/Invincible, manakala J.K. Simmons berperanan sebagai Omni Man. Belum ada senarai watak-watak rasmi bakal dipegang oleh pelakon suara lain namun barisan yang telah sah adalah seperti berikut:

  • Steven Yeun
  • J.K. Simmons
  • Sandra Oh
  • Seth Rogen
  • Gillian Jacobs
  • Andrew Rannells
  • Zazie Beetz
  • Mark Hamill
  • Walton Goggins
  • Jason Mantzoukas
  • Mae Whitman
  • Chris Diamantopoulos
  • Kevin Michael Richardson
  • Grey Griffin
  • Max Burkholder

Siri animasi tersebut akan berdurasi selama sejam untuk 8 episod untuk Musim Pertama. Sehubungan perkembangan di atas, filem aksi hidup Invincible oleh Universal Pictures yang diterbitkan oleh Seth Rogen juga sedang giat dalam proses pra-produksi.

Amazon Prime telah mengumumkan projek animasi komik tersebut sejak Jun 2018 setelah pencipta/penulis Robert Kirkman menamatkan jalan cerita komik itu pada Februari 2018 setelah 144 keluaran.

 

***

 

Satu lagi khabar angin yang sedang bertiup kencang sekarang adalah sebuah filem animasi Batman Beyond.

Menurut satu sumber yang boleh dipercayai, Warner Animation Group (WAG) kini sudah memulakan produksi untuk siri animasi DC Comics itu yang mula muncul di kaca televisyen pada tahun 1999 untuk tayangan di pawagam tahun 2022. Ini dikatakan merupakan sebuah projek respon kepada kejayaan besar Spider-Man: Into the Spider-Verse oleh Sony Pictures.

Tiada banyak maklumat atau perkembangan dapat dilaporkan setakat ini tetapi ia disalurkan kepada kami dengan beserta dua seni konsep berlabel logo WAG yang tular di atas talian.

 

***

 

Filem Black Panther telah memperkenalkan watak Erik Killmonger, seorang antagonis yang sebaris dengan Red Skull, Loki, Iron Monger serta ramai lagi penjahat dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Malang sekali watak itu telah ‘dibunuh’ oleh Black Panther atas arahan sutradara Ryan Coogler.

Akan tetapi, sepupu T’Challa itu tampak akan muncul kembali untuk sekuel filem calon terbaru Anugerah Oscar tersebut tidak lama lagi. Menurut Angela Bassett yang diwawancara oleh Entertainment Tonight baru-baru ini tentang perkembangan Marvel Studios, beliau mengakui semua pelakon utama akan hadir untuk Black Panther 2 termasuk Michael B. Jordan!

Angela Basset memegang watak Ramonda, ibu tiri kepada Takhta DiRaja Wakanda.

Tiada babak upacara pengebumian Erik Killmonger dalam filem pertama termasuk faktor kembara masa dalam Avengers: Endgame memungkinkan segala teori ini berlaku.

Bagaimana pula dengan pendapat dan pandangan anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan komen di bawah entri ini.

Categories
Filem Komik Terkini

Tonton Treler, Video Belakang Tabir & Poster Terbaru untuk CAPTAIN MARVEL!

Seperti yang dijanjikan, Marvel Studios telah mendedahkan sebuah video treler baru untuk filem Captain Marvel semasa berlangsungnya Kejohanan NCAA di Amerika Syarikat.

Walau bagaimanapun jika anda hanya menjangkakan satu video sahaja, maka bersedialah untuk satu lagi kejutan dengan sebuah lagi video di belakang tabir termasuk tiga poster eksklusif untuk Dolby, RealD 3D dan IMAX. Terdapat adegan baru antara Carol Danvers dan Nick Fury, sesi latihan intensif antara Captain Marvel bersama mentornya lakonan Jude Law dan satu babak yang mana kita dapat melihat bagaimana penakluk Skrull berubah wajah semasa di bumi!

Tonton treler video, pembikinan di belakang tabir dan ketiga-tiga set poster baru tersebut di bawah ini:

Captain Marvel akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Mac, 2019.

Categories
Filem Komik Terkini

Sekuel DOCTOR STRANGE Rasmi Diterajui oleh Pengarah Asal, Scott Derrickson!

Khabar angin yang bertiup kencang selama ini tentang sekuel filem Doctor Strange kini berakhir dengan pengumuman rasmi yang telah oleh sumber dipetik dari THR.

Pengarah Scott Derrickson (Siniser, The Exorcism of Emily Rose) akan sah kembali menjadi sutradara walaupun belum ada pengumuman penulis skrip. Filem tersebut dijangka akan memulakan produksi pada tahun 2020 dengan sasaran tayangan umum pada Mei 2020.

Persoalannya: Apakah jalan cerita dan siapakah seteru Doctor Stephen Strange kali ini selain daripada Baron Mordor?