Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Thor. Love. Tiada Thunder.

Memang saya akui betapa ‘serius’ dan fanatik sungguh kumpulan ini kerana begitu komited mengikuti setiap butir perjalanan MCU sejak sedari awal lagi. Tetapi secara logiknya kalau mereka benar-benar matang, berpengalaman dan waras; rasanya tidak perlulah meroyan sedemikian rupa.

Esok lusa Disney+ mesti strim dan siarkan juga rasanya. Kalau setakat mahu tunjuk handal dan hebat kononnya dialah yang paling pertama, paling fanboy/fangirl di kalangan kawan-kawan elok juga semak kod etika dan prinsip diri anda sebagai peminat sejati. Kerana sesungguhnya sejati itu bukanlah tentang awal atau akhirnya hadir ke pawagam. Bukan juga agresif atau proaktifnya memprotes atas sebab apa sekalipun. Bagi saya secara peribadi kita hanya perlu bertenang kerana biarlah atas alasan apapun ia tidak lepas tayangan di sini.

Kerana bila bertenang, semangat anda dan anda akan terlihat sendiri tanpa perlu dtunjuk-tunjuk. Serulah semangat dari luar ke dalam, bukan selalunya perlu dari dalam ke luar. Nyalarasa kita perlu bertuankan pengalaman dan kematangan. Bukan membuka pekung secara terang-terangan.

Categories
Filem Komik Terkini

Peminat Bengang Filem X-MEN akan ditukar namanya menjadi THE MUTANTS!

Ada khabar angin mengatakan nama X-Men akan diubah ke The Mutants untuk Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Ini bukan satu cerita baru kerana sudah mula tular sejak awal tahu lalu sekaligus kembali menyemarakkan rasa gelisah dan resah ramai peminat. Tidak kurang juga yang marah berasa amarah. Namun begitu, harus diingat bahawa Stan Lee  jugapernah muncul dengan nama tersebut semasa mula mencipta X-Men satu ketuka dulu sebelum ditolak oleh pihak penerbitan.

Sama ada sahih atau tidak, berkemungkinan San Diego Comic Con (SDCC) yang sedang berlangsung sekarang ada jawapannya jika pihak Marvel Studios memilih untuk mententeramkan kekalutan yang melanda dari terus porak peranda!

Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Steven Spielberg Arah Filem Baharu FANTASTIC FOUR: On Tak On?

Ya, ada khabar angin bertiup kencang bahawa pengarah legendaris E.T, Jaws, Jurassic Park dan Indiana Jones itu dilaporkan akan menjadi teraju utama untuk filem baharu Fantastic Four.

Ya, ada pengesahan rasmi bahawa Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah berjumpa beliau sejak dulu lagi untuk terlibat dalam mana-mana projek dan produksi rumah penerbitan komik terbesar dunia itu,

Ya, ada kebarangkalian semua ini boleh menjadi kenyataan selepas kemunculan John Krasinski, Sir Patrick Stewart, Chralize Theron, Angelina Jolie, Christian Bale, Russel Crowe dan beberapa bintang-bintang besar lain sejak kebelakanhan ini ke dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) termasuklah Sam Raimi yang kembali dipujuk setelah merajuk bertahun lamanya.

Persoalannya:

Steven Spielberg ok ke tu? Kejap dia macam on. Kejap dia macam tak on.

Korang on tak on?

Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Teori Konspirasi di Sebalik Filem THOR: LOVE AND THUNDER!

Maka dengan itu, Thor: Love and Thunder secara rasmi akan menjadi filem pertama dalam sejarah Semesta Sinematik Marvel (MCU) yang tidak akan ditayangkan untuk mana-mana pawagam di Malaysia.

Mungkin ramai ada bertanggapan dan teori konspirasi tersendiri. Di antara yang paling popular adalah:

  1. Unsur-unsur LGBTQ yang semakin lama semakin berani dan jelas keras dipersembahkan Hollywood.
  2. Dendam kesumat dan krisis berterusan antara Disney dan Lembaga Penapisan Filem  (LPF) sejak sebelum isu Lightyear dan Beauty and Beast lagi.
  3. Watak Gorr The God Butcher yang sangat sensitif lagi berisiko besar kerana ada dialog-dialog merencam pemahaman umum umat Islam.
  4. Babak bogel Thor yang di-pixelated dalam treler filem rasmi dan tidak ditapis dalam filem sebenar.
  5. Tidak ada kena mengena langsung dengan ancaman momentum atau prestasi pasaran luar biasa filem Mat Kilau kala ini.

.. dan banyaklah lagi teori-teori netizen lain.

Oleh itu hendak dipendekkan cerita, terimalah hakikat ini dan move on dengan kehidupan anda semua seperti biasa.

Jangan pula ditanya adakah ia akan keluar kelak menerusi saluran strim Disney+ Hotstar atau tidak. Saya bukan konspirasi teoris. Saya bukan pekerja Disney+ Hotstar. Saya bukan vlogger atau TikToker atau YouTuber murahan yang suka memandai-mandai. Apatah lagi saya bukan Abang Perisik Upahan anda nak kena buat semua kerja itu.

Ok?

Categories
Artikel

Oi.. Oi.. Oi.. OBI-WAN KENOBI!

Obi-Wan Kenobi jelas merupakan satu watak yang paling prominen dan penting dalam kanon Star Wars.

Apatah lagi kemunculan sulungnya buat pertama kali dalam Episode IV: A New Hope yang dibawa dengan cemerang oleh Sir Alec Guinness membuktikan bahawa kelibat beliau adalah katalis kepada flow trilogi asal termasuklah prekuel baharu selepas itu. Dan kini dengan kehadiran siri strim Disney+ serta kembalinya Ewan McGregor sebagai protagonis utama, sudah pasti seluruh peminat segenap galaksi bersorak sorai lalu teruja untuk mengetahui dan mengikuti pengembaraan Panglima Jedi tersebut yang masih belum didendangkan.

Namun kita juga tidak dapat nafikan beberapa aspek sudut lain. Yang saya maksudkan ini sudah tentulah tentang the other side of things seperti kritikan negatif. Sebagai contoh tatarias The Inquisitors, plot twist lembap dan naratif berulangan (redundant) antara lainnya. Tetapi saya kekal optimis kerana yakin ia sengaja dilakukan sebagai strategi taktikal dari pihak studio sendiri untuk memanjang-manjangkan lagi musim bersiri ini untuk tahun-tahun berikutnya.

Dengan pace yang agak slow dan sederhana, mana tahu hajat besar kita untuk melihat kelibat Darth Maul atau mungkin Qui-Gon Jinn kekal akan termakbul jua!

Ingatlah pada kata bijaksana yang pernah berkata: “Sometimes, longer is even better.”

FM

Categories
Artikel

Renaissance Besar Akhirnya Menjadi dengan OBI-WAN KENOBI?

Kita tidak dapat nafikan kejayaan The Mandalorian dalam memulihkan kembali keyakinan peminat telah memberi laluan kepada francais Star Wars kembali bernafas setelah menerima sambutan kurang menggalakkan untuk filem trilogi sekuel baharu beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah dengan kehadiran siri Obi-Wan Kenobi kini sudah pastinya bakal meneruskan momentum tersebut apatah lagi ia merupakan jalan cerita yang sudah sekian lama ditunggu-tunggu sejak tamatnya filem Revenge of the Sith 17 tahun lalu.

Perhitungan Anakin Skywalker/Darth Vader dan Obi-Wan Kenobi yang masih belum berpenghujung.

Takdir anak kecil Luke dan Leia di bawah jagaan keluarga angkat masing-masing yang jauh terasing.

Kebangkitan Galactic Empire dan Rebel Alliance sebelum A New Hope.

Apakah siri strim yang dinobat sebagai pemecah rekod tontonan terbanyak untuk saluran Disney+ ini bakal menyaksikan satu revolusi atau renaissance besar sejak milikan Lucasfilm berpindah ke rumah baharunya selepas kepincangan tahun-tahun awalnya?

Sama-sama kita tunggu dan lihat.

 

FM.    

Categories
Animasi Coronavirus Covid19 Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Disneyland/DisneyWorld Lanjutkan Lagi Tempoh Tutup Akibat Krisis COVID-19!

Disneyland dan DisneyWorld sepatutnya dibuka semula pada hari Rabu hadapan.

Akan tetapi sudah jelas untuk sementara waktu ini, ia sebenarnya tidak dapat dilakukan. Selepas Universal Studios melanjutkan penutupan sehingga 19 April, Disney pula telah mengambil keputusan sama dengan tarikh pembukaan semula yang masih belum diumumkan.

Menurut satu sumber dan kenyataan rasmi yang dikeluarkan pihak Disney:

“While there is still much uncertainty with respect to the impacts of COVID-19, the safety and well-being of our guests and employees remains The Walt Disney Company’s top priority. As a result of this unprecedented pandemic and in line with direction provided by health experts and government officials, Disneyland Resort and Walt Disney World Resort will remain closed until further notice.”

“The Walt Disney Company has been paying its cast members since the closure of the parks, and in light of this ongoing and increasingly complex crisis. We have made the decision to extend paying hourly parks and resorts cast members through April 18.”

California kini sedang berada di bawah perintah rasmi untuk semua rakyatnya berada di rumah. Maka semua jenis perniagaan bukan keperluan dan perkhidmatan harian seperti Disneyland dan DisneyWorld mesti ditutup. Situasi semasa ini juga berlaku di Orlando yang bermakna Disney World juga tetap ditutup sehingga 9 April pada awalnya, tetapi itu juga merupakan tarikh yang mungkin bakal berpanjangan.

 

Categories
Animasi Filem Komik Terkini

IRONHEART dan THUNDERBOLTS Sedang Dalam Pembikinan Marvel Studios?

Khabar angin yang bertiup kencang sekarang ini melaporkan bahawa pihak Marvel Studios sudah pun memulakan projek-projek Fasa 5 mereka. Sumber yang bermula dari MCU Cosmic tersebut masih lagi menjadi tanda tanya dan belum dapat disahkan secara rasmi.

Antara yang paling menarik perhartian adalah filem Ironheart dan Thunderbolts.

Ironheart adalah seorang adiwira bernama Riri Williams di dalam komik yang diinspirasikan daripada watak Iron Man manakala Thunderbolts pula merupakan sekumpulan pasukan penjahat yang menyamar sebagai adiwira yang kononnnya ingin menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Avengers.

 

Categories
Filem Komik Terkini

Pandang Pertama Kostum Adiwira Thena, Sersi dan Phastos di Set Penggambaran ETERNALS!

Terima kasih kepada sumber yang dipetik Mail Online, kita sekali lagi telah menerima perkembangan dan dua foto terbaru dari set penggamnbaran filem Eternals.

Dan besar kemungkinan ini merupakan foto paling mendedahkan para pelakon dengan kostum adiwira mereka walaupun diambil dari jauh. Kita dapat melihat kelibat Thena (Angelina Jolie), Sersi (Gemma Chan) dan Phastos (Brian Tyree Henry).

Kita pernah melihat Angelina Jolie dan Gemma Chan dengan busana biasa tetapi inilah kali pertama kita dapat menyaksikan mereka mengenakan kostum adiwira rasmi sepertimana sama yang pernah dipertontonkan kepada khalayak ramai semasa di San Diego Comic-Con tahun ini!


Eternals akan mula tayangan di pawagam seluruh dunia pada 4 November, 2020.

Categories
Filem Komik Terkini

Gara-gara Penemuan Bom Tinggalan Tentera Nazi, Set Filem THE ETERNALS Dikosongkan!

Produksi untuk filem The Eternals dilapor telah dihentikan serta-merta selepas penemuan bom lama di Pulau Canary, Fuerteventura, Sepanyol yang mana sesi penggambaran sedang aktif berjalan.

Menurut sumber yang dipetik dari  The Sun, satu senjata peledak tinggalan tentera Wehrmacht Nazi dijumpai berdekatan set dan memaksa bintang-bintang utama filem tersebut seperti Angelina Jolie dan Richard Madden untuk beralih ke lokasi lebih selamat sementara menunggu unit pemati bom hadir.

Menurut seorang saksi:

“It was obviously terrifying. The bomb could have been there for decades untouched but who knows what might have happened if it was disturbed. Some of the biggest stars in the world were on set and nobody was taking any chances..”

Perkembangan terkini dan maklumat lanjut tentang berita ini bakal menyusul dari masa ke semasa.

The Eternals bakal berada di pawagam seluruh dunia menjekang 6 November, 2020.