Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | Treler HOBBS & SHAW, Remake ESCAPE FROM NEW YORK, Zack Snyder Kembali!

Sebuah filem remake karya klasik pengarah legenda John Carpenter Escape From New York (1981) dilaporkan sedang dalam fasa aktif di Studio Fox.

Petikan sumber The Hollywood Reporter menyebut masih belum ada pengarah untuk projek ini. John Carpenter sendiri disahkan bakal menjadi penerbit eksekutif tanpa sebarang tarikh tayangan diputuskan lagi termasuk barisan pelakon.

 

***

 

Seperti yang dijanjikan, treler sulung rasmi untuk filem Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw telah ditularkan hari ini.

Ia mempertontonkan gabungan Luke Hobbs (Dwayne “The Rock” Johnson) dan Deckard Shaw (Jason Statham) buat julung kalinya demi menumbangkan seorang penjahat kebal bernama Brixton (Idris Elba) dengan bantuan adik perempuan Shaw, Hattie (Vanessa Kirby) yang juga adalah seorang bekas agen MI6.

Bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 2 Ogos, 2019.

 

***

 

Walalupun tidak lagi terlibat secara langsung untuk sebarang projek dan produksi filem dalam Semesta Kembangan DC (DCEU), pengarah Zack Snyder dikhabarkan akan kembali menjadi penerbit eksekutif untuk filem sekuel Suicide Squad di samping James Gunn tidak lama lagi.

Pemilihan beliau juga dalam posisi tersebut adalah sama dan serupa untuk filem sekuel Wonder Woman 1984.

Ini adalah rentetan daripada perjanjian eksklusif bersama Warner Bros. sebelum ini yang membenarkan beliau terlibat tanpa kapasiti kreatif atau segmen halatuju filem dan jalan cerita barisan projek filem adaptasi DC Comics.