Categories
Filem Terkini

Tonton Treler Rasmi Terbaru Filem HOBBS & SHAW dengan Penampilan ‘Black Superman’ dan Roman Reigns!

Filem ini nanti bakal menjadi satu “kegilaan” yang dinantikan ramai untuk peminat sejati francais popular Fast & Furious!

Universal Pictures sebentar tadi telah melancarkan sebuah treler rasmi terbaru untuk filem Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw. Dan ia menampikan banyak aksi luarbiasa yang menakjubkan daripada dua bintang ternama Dwayne ‘The Rock’ Johnson dan Jason Statham dengan penampilan antagonis utama Idris Elba sebagai Brixton Lore atau digelar ‘Black Superman’ menerusi pendedahan treler ini.

Untuk peminat gusti profesional WWE pula, perhatikan kemunculan saudara jauh kepada The Rock iaitu  Roman Reigns yang menjalani penggambaran semasa beliau sedang melawan dengan sakit Leukemia.

Tonton treler tersebut di bawah ini dan nyatakan apakah pandangan tentangnya seperti biasa menerusi ruangan komen:

Fast & Furious Presents: Hobbs & Shaw akan berada di pawagam seluruh dunia pada 1 Ogos, 2019.

Categories
Filem Komik Terkini

#TERKINI | Projek Baru Stephen Chow, James Gunn Arah SUICIDE SQUAD, HOBBS & SHAW!

Seniman komedi legenda Hong Kong, Stephen Chow Sing Chi bakal hadir dengan sebuah filem baru berjudul The New King of Comedy.

Filem tersebut yang akan ditayangkan pada 5 Februari sempena sambutan Tahun Baru Cina nanti. Ini pastinya akan mendapat sambutan menggalakkan setelah “persaraan” beliau berada di hadapan kamera dan kini aktif menjadi penerbit dan pengarah selepas kali terakhir beraksi dalam filem CJ7 (2008).

Sebagai rangka promosi dan publisiti, sebuah video di belakang tabir untuk filem tersebut telah disiarkan baru-baru ini untuk santapan dan tatapan kita bersama:

 

***

 

Walaupun ramai yang meramalkan Universal Pictures bakal mendedahkan treler sulung rasmi Hobbs & Shaw semasa Perlawanan Akhir Super Bowl LIII pada 4 Februari nanti, nampaknya pihak studio akan menyiarkannya lebih awal kurang 24 jam daripada sekarang.

Filem tersebut diarahkan oleh David Leitch (John Wick, Deadpool 2) serta dibintangi Dwayne Johnson sebagai Luke Hobbs, Jason Statham sebagai Deckard Shaw, Idris Elba sebagai Brixton dan Vanessa Kirby sebagai Hattie Shaw.

Fast & Furious Presents: Hobbs and Shaw bakal berada di pawagam pada 2 Ogos, 2019.

 

***

 

THR hari ini telah mengesahkan bekas pengarah Guardians of the Galaxy Vol.1 & 2, James Gunn bakal menjadi sutradara untuk sekuel Suicide Squad!

Ia dilaporkan menjadi sebuah filem serba baru atau relaunch dengan majoriti pelakon-pelakon dan watak-watak baru. Walaupun ia bukanlah satu kejutan memandangkan beliau sebenarnya sudah pun bersetuju untuk menjadi penulis skrip filem tersebut sebelum ini, namun idea kemasukan barisan pelakon dan watak baru tersebut memang tidak terjangka sama sekali. Setakat ini hanya Margot Robbie (Harley Quinn) dan Will Smith (Deadshot) sahaja telah disahkan kembali beraksi.

Perkembangan selanjutnya akan menyusul dari masa ke semasa.

Categories
Filem Permainan Video Terkini

Filem Aksi Hidup SONIC THE HEDGEHOG Bakal Hadir Tahun Hadapan!

Sonic The Hedgehog akan membuat kemunculan sulungnya ke layar pawagam tahun hadapan!

Berikut adalah pandang pertama poster filem aksi hidup adaptasi daripada permainan video popular awal 90an keluaran Sega tersebut:

 

Daripada penerbit francais Fast and the Furious, filem di atas akan berada pawagam seluruh secara rasmi tanggal pada 8 November, 2019.