Categories
Filem Terkini

Poster Rasmi Terbaru GODZILLA: KING OF THE MONSTERS Tampilkan Rodan, Mothra dan King Ghidorah!

Awal hujung minggu lalu, kita telah dipertontonkan dengan treler rasmi kedua dan terbaru untuk filem Godzilla: King of the Monsters.

Dengan pendedahan demi pendedahan yang semakin menggemparkan, hari ini sekali lagi kita dikejutkan dengan tiga set poster rasmi oleh pengarah Michael Dougherty (Superman Returns, X-Men: Apocalypse) yang menampilkan kelibat seteru Godzilla bernama Rodan, Mothra and King Ghidorah!

Lihat poster-poster rasmi tersebut di bawah ini:

Dibintangi Zhang Ziyi, Kyle Chandler, Vera Farmiga, Millie Bobby Brown, O’Shea Jackson Jr., Bradley Whitford, Ken Watanabe, Thomas Middleditch, Charles Dance dan Aisha Hinds, Godzilla: King of the Monsters bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 20 Mei, 2019.

Categories
Filem Komik Terkini

Tonton Treler Rasmi Terbaru GODZILLA: KING OF THE MONSTERS!

Bersandarkan kejayaan cemerlang filem Godzilla and Kong: Skull Island, Warner Bros. dan Legendary Pictures kini bersiap sedia untuk menayangkan kisah seterusnya menerusi Alam MonsterVerse iaitu Godzilla: King of the Monsters.

Diarahkan oleh Michael Dougherty, filem itu nanti bakal dibintangi oleh Vera Farmiga, Ken Watanabe, Sally Hawkins, Kyle Chandler, Millie Bobby Brown, Charles Dance, O’Shea Jackson dan ramai lagi. Tidak banyak yang diketahui tentang plot cerita tersebut walaupun dengan pendedahan treler rasmi terbaru hari ini

Tonton treler rasmi terbaru Godzilla: King of the Monsters di bawah ini:

Filem ini bakal berada di pawagam pada 30 Mei, 2019 sebelum disusuli dengan Godzilla vs Kong pada 21 Mei, 2020.