Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Kelibat Batman Akhirnya Muncul dalam Episod Musim Terakhir Siri TV GOTHAM!

Dengan episod terkini yang banyak dipengaruhi impak cerita filem Dark Knight Rises (2012), siri televisyen Gotham rasmi akan hadir buat kali terakhir pada minggu hadapan.

Maka akhirnya kita akan dapat melihat Bruce Wayne berubah menjadi adiwira bernama Batman buat pertama kali sejak siri ini diperkenalkan pada tahun 2014. Hampir kesemua jalan cerita tersebut nanti akan berlaku pada masa hadapan yakni 10 tahun selepas Bruce Wayne pergi berkelana dan kembali untuk membantu Detektif (Pesuruhjaya) Jim Gordon menumpaskan Riddler dan Penguin.

Duo itu kini sudah bangkit menyerap identiti mereka sebagai antagonis secara rasmi dengan Selina Kyle/Catwoman yang tampil lebih dewasa.

Tonton episod musim terakhir itu yang berjudul “The Beginning” dengan audio vokal watak Batman buat pertama kalinya:

Categories
Komik Televisyen Terkini

Pandang Pertama The Joker dan Batman dalam Musim Terakhir Siri Televisyen GOTHAM!

Siri televisyen Gotham sememangnya telah mengambil pendekatan unik dalam mendedahkan kisah asal-usul The Joker sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dan ia akhirnya akan memuncak dengan dua episod terakhir yang akan datang tidak lama lagi.

Menganjak ke hadapan, kita bukan sahaja dapat melihat kemunculan sulung Batman malah sudah pastinya kelibat The Joker juga akan hadir dari tirai besi Arkham Asylum!

Selepas pergelutan hebat dengan Bruce Wayne dan terhumban jatuh ke dalam takungan asid di dalam gedung makmal Ace Chemicals, Jeremiah Valeska telah koma dan wajahnya terkesan teruk. Walaupun plot cerita untuk Episod ke-99 (18 April, 2019) dan Episod ke-100 (25 April, 2019) itu masih lagi dirahsiakan, namun ia diyakini akan memberikan impak sebenar apabila pertembungan pertama Batman dan The Joker kelak dapat dipertontonkan sejak Gotham mula diperkenalkan pada 22 September, 2014.

Apakah pendapat anda tentang versi terkini dan wajah terbaru The Joker di bawah ini? Nyatakan menerusi ruangan komen yang disediakan seperti biasa untuk perkongsian bersama.