Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Hailee Steinfeld Ditawarkan Watak Kate Bishop untuk Siri TV Disney+ HAWKEYE!

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, bintang utama filem Bumblebee dan Spider-Man: Into the Spider-Verse iaitu Hailee Steinfeld telah ditawarkan watak sebagai Kate Bishop dalam siri televisyen stream terbaru Hawkeye terbtan Disney+!

Jeremy Renner sudah mengesahkan untuk beraksi kembali sebagai Clint Barton/Hawkeye dan dipercayai mengisahkan tentang cerita bagaimana beliau melatih protegé serta menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kate Bishop selaku Hawkeye yang baru.

Sekiranya rundingan positif dan perjanjian berjalan lancar, Hailee Steinfeld bakal melalui komitmen yang panjang bersama Marvel Studios dan Disney untuk tahun-tahun mendatang kerana bakal dikembangkan sebagai siri televisyen berasingan atau kemunculan di dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).