Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

Siri Sekuel WATCHMEN Akhirnya Umum Tarikh Siaran Rasmi di Saluran HBO!

HBO telah mengumumkan tarikh siaran rasmi untuk siri televisyen Watchmen yang dinantikan ramai secara eksklusif menerusi saluran premium mereka pada tanggal 20 Oktober, 2019.

Siri sekuel adaptasi novel grafik klasik karya Alan Moore dan Dave Gibbons itu diilhamkan oleh Damon Lindelof (Lost, Prometheus, Stark Trek Into Darkness) yang turut hadir selaku penulis skrip dan penerbit.

Musim sulung untuk Watchmen dijaduakan untuk siaran selama 9 episod sahaja.

Sementara plot cerita masih lagi sulit dan disimpan rapi, siri ini tetap menampilkan barisan bintang ternama yang terdiri daripada Jeremy Irons, Regina King, Jean Smart, Don Johnson, Tim Blake Nelson, Louis Gossett Jr., Yahya Abdul-Mateen II, Adelaide Clemens, Andrew Howard, Tom Mison, Frances Fisher, Jacob Ming-Trent, Sara Vickers, Dylan Schombing, Lily Rose Smith dan Adelynn Spoon.

Seorang pelakon dengan reputasi besar dan dirahsiakan identitinya telah dipilih memegang watak Dr. Manhattan yang akan kembali ke bumi setelah beberapa tahun bertapa di permukaan bulan dalam kesudahan jalan cerita Watchmen asal.

Categories
Animasi Iklan Televisyen Terkini

Tonton Iklan Sekuen Pembukaan GAME OF THRONES dalam Versi Oreo!

Kurang dua minggu lagi sebelum siaran Musim ke-8 dan Terakhir untuk siri televisyen popular, Game of Thrones.

Dan demi meraikannya, jenama biskut coklat kegemaran ramai iaitu Oreo telah mengumumkan biskut coklat edisi terhad sempena menandakan ketibaan epik fantasi HBO itu dan sebuah iklan sekuen pembukaan Game of Thrones yang dibikin sepenuhnya menggunakan bahan-bahan Oreo!

Ianya dihasilkan dengan usahasama Elastic, studio rasmi yang sama untuk sekuen pembukaan asal tersebut dan dilaporkan menggunakan lebih 2,750 biskut coklat untuk membina istana, lanskap dan salji yang dibuat hasil daripada krim istimewa Oreo.

Ianya boleh didapati di pasaraya-pasaraya terpilih seluruh dunia mulai 8 April, 2019.

Categories
Televisyen Terkini

Tonton Treler Rasmi Musim Ke-8 dan Terakhir Siri Televisyen GAME OF THRONES!

“Winter is here.”

Setelah mengacah kita semua dengan beberapa video promosi ringkas dan barisan poster watak, HBO akhirnya kini telah melancarkan sebuah treler rasmi penuh untuk Game of Thrones Musim ke-8 dan terakhir untuk siri televisyen kegemaran ramai adaptasi novel epik fantasi George R. R. Martin tersebut.

Ia memberi gambaran pertembungan hebat di antara api dan ais di mana panglima perang Westeros berpadu tenaga untuk menumbangkan Night King yang durjana dan askar mautnya!

Game of Thrones akan kembali bersiaran buat kali terakhir pada 14 April, 2019.