Categories
Televisyen Terkini

Tonton Treler Acah Rasmi untuk Siri Reboot VERONICA MARS!

Veronica Mars akan kembali untuk sebuah revival siri mini menerusi saluran strim atas talian Hulu pertengahan 2019.

Dengan pelancaran sebuah treler acah rasmi yang memperlihatkan bintang utama Kristen Bell (Frozen, Zootopia, Gossip Girls) hadir semula untuk kembali beraksi sebagai watak detektif kegemaran ramai itu, pastinya para peminat akan berasa gembira dengan berita perkembangan terbaru ini.

Veronica Mars disiarkan selama tiga musim dari tahun 2004 hingga 2007 sebelum ditamatkan dan muncul semula sebagai sebuah filem yang dibiaya ramai (crowdfund) pada tahun 2014. Untuk siri mini kali ini, ia akan disiarkan sebanyak 8 episod dengan kembalinya pencipta dan penerbit asal Rob Thomas.

Ianya akan dibintangi Kristen Bell, Jason Dohring, Enrico Colantoni, Percy Daggs III, Francis Capra, Ryan Hansen, Max Greenfield, Ken Marino, Daran Norris, David Starzyk, Adam Rose dan Ryan Devlin.

Tarikh siaran rasmi telah ditetapkan pada tanggal 26 Julai, 2019 menerusi saluran rasmi Hulu.

Categories
Komik Televisyen Terkini

Pandang Pertama The Joker dan Batman dalam Musim Terakhir Siri Televisyen GOTHAM!

Siri televisyen Gotham sememangnya telah mengambil pendekatan unik dalam mendedahkan kisah asal-usul The Joker sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dan ia akhirnya akan memuncak dengan dua episod terakhir yang akan datang tidak lama lagi.

Menganjak ke hadapan, kita bukan sahaja dapat melihat kemunculan sulung Batman malah sudah pastinya kelibat The Joker juga akan hadir dari tirai besi Arkham Asylum!

Selepas pergelutan hebat dengan Bruce Wayne dan terhumban jatuh ke dalam takungan asid di dalam gedung makmal Ace Chemicals, Jeremiah Valeska telah koma dan wajahnya terkesan teruk. Walaupun plot cerita untuk Episod ke-99 (18 April, 2019) dan Episod ke-100 (25 April, 2019) itu masih lagi dirahsiakan, namun ia diyakini akan memberikan impak sebenar apabila pertembungan pertama Batman dan The Joker kelak dapat dipertontonkan sejak Gotham mula diperkenalkan pada 22 September, 2014.

Apakah pendapat anda tentang versi terkini dan wajah terbaru The Joker di bawah ini? Nyatakan menerusi ruangan komen yang disediakan seperti biasa untuk perkongsian bersama.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Video Podcast Televisyen Terkini

#TERKINI | Filem Srikandi X-MEN, Siri TV ALIEN, Saluran Strim APPLE! (15/2/19)

Dalam satu wawancara bersama media baru-baru ini, penerbit veteran X-Men Lauren Shuler Donner mendedahkan bahawa Fox sebelum ini terlebih dahulu berpeluang untuk menjadi perintis genere baharu filem-filem superhero dan komik sepertimana Wonder Woman (2017) dan Black Panther (2018) dengan filem yang dianggotai anggota wanita X-Men sebenuhnya!

Dalam kenyataan tersebut, beliau mendedahkan:

I frankly wanted to see an X-Women movieI didn’t get it through. But I think that would be cool. I think — not to have no guys in it, you have to have guys in it — but to make instead of Charles and Magneto at the helm it’ll be whomever. Kitty Pryde and Illyana Rasputin. Something like that.

Kebetulan juga, sebuah drama bersiri tentang sekumpulan superhero Marvel telah dibatalkan oleh ABC tetapi ia adalah besar kemungkinan disebabkan oleh pelancaran saluran strim Disney+ yang memaksa semua harta intelek Marvel ke sana.

 

***

 

Rentetan sumber laporan mengenai siri televisyen Alien yang sedang dalam fasa pembangunan kala ini, kami telah berjaya mendapat susulan maklumat berkaitannya.

Nampaknya bukan hanya kita akan mendapat satu tetapi dua siri dua projek televisyen berdasarkan filem asal karya pengarah terkenal Ridley Scott itu!

Ia akan diterbitkan oleh beliau sendiri menerusi saluran strim Hulu yang ternyata sukses dengan siri Castle Rock gabungan dua minda dan mahakarya J.J. Abrams/Stephen King pada tahun lalu. Ridley Scott kini sedang sibuk menyiapkan siri televisyen fiksyen sains sulungnya berjudul Raised by Wolves untuk saluran TNT.

 

***

 

Selepas khabar angin yang menyatakan Apple bakal membeli Netflix tidak menjadi kenyataan, nampaknya gergasi teknokrat multinasional itu mahu dan semakin serius dalam saingan kandungan strim atas talian.

Berdasarkan sumber rasmi, perkhidmatan strim digital atas talian milik mereka sendiri bakal didedahkan menerusi satu gala gilang-gemilang pada 25 Mac bulan hadapan!

Ia akan dihadiri ramai barisan bintang ternama dan nama-nama besar industri hiburan seperti Jennifer Aniston, J.J. Abrams, Jennifer Garner, Reese Witherspoon dan ramai lagi. Dengan ramalan penggunaan format yang sama sepertimana Netflix dan Amazon termasuk kandungan eksklusif sendiri, ini jelas merupakan satu langkah strategik oleh Apple selepas urusniaga dan keuntungan jualan iPhone sejak kebelakangan ini yang tidak menentu.

 

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | Siri Animasi MARVEL/HULU, Sekuel AQUAMAN, SHAZAM! (12/2/19)

Warner Bros. Pictures dan DC Entertainment telah melancarkan sebuah video promosi eksklusif untuk filem Shazam! arahan David F. Sandberg.

Ia memberikan kita sisi pandang baharu dan segar untuk adaptasi filem komik terbaru itu yang dibintangi oleh Zachary Levi sebagai teraju utama, Billy Batson/Shazam. Video tersebut dapat anda tonton di bawah ini:

Shazam! akan berada di pawagam seluruh dunia pada 5 April, 2019.

 

***

 

Sekuel Aquaman akhirnya rasmi sedang dalam fasa pembangunan!

Sebagai bukti, seorang penulis skrip dan lakon layar telah dilantik hari ini dengan nama David Leslie Johnson-McGoldrick sekali lagi dipilih selaku pengkarya filem dan cerita terdahulu. Sama ada rakan sejawatnya, Will Beal akan digandingkan sama masih menjadi tanda-tanya.

Kita juga masih menantikan pengesahan James Wan untuk kembali sebagai pengarah walaupun sah akan hadir selaku penerbit bersama Peter Safran.

 

***

 

Marvel mungkin terpaksa menamatikan projek siri animasi Deadpool yang sebelum ini dirancang untuk siaran menerusi saluran FX. Namu  perkembangan terkini nampaknya mendedahkan bahawa mereka bakal bergabung pula dengan HULU (yang bakal dimiliki oleh Disney/Marvel tidak lama lagi untuk melancarkan siri animasi The Offenders!

Empat siri animasi berasingan akan disiapkan dengan penampilan watak M.O.D.O.K.Hit-MonkeyTigra & Dazzler dan Howard the Duck. Hampir serupa dan sama dengan pendekatan Netflix untuk siri The Defenders, mereka juga bakal digabungkan dalam satu pasukan tidak lama lagi.

Belum ada pengumuman lanjut selain itu tetapi ia dijangka disasarkan untuk tonton dewasa dan bukan untuk tatapan kanak-kanak.