Categories
Komik Terkini

#SDCC2022 Spawn/Batman Bakal Bergabung Lagi Hujung Tahun Ini!

Ini ada berita baik untuk semua peminat komik di mana jua berada.

Spawn/Batman rasmi akan kembali beraksi bersama sejak pertama kali bertemu 28 tahun lalu. Pengumuman ini dibuat oleh Todd McFarlane sendiri menerusi satu pengumuman khas di San Diego Comic Convention (SDCC) dengan pelukis komik popular kegemaran ramai, Greg Capullo juga turut kembali sebagai ilustrator utama.

Komik 48 halaman berformat ‘one-shot’ tersebut bakal diterbitkan pada 13 Disember, 2022.

Kali terakhir kedua-dua adiwira yang berasal dari DC Comic dan Image Comics ini bertemu adalah pada tahun 1994 dengan komik ditulis oleh Frank Miller (Dark Knight Returns, 300) dan Todd McFarlane sendiri.

Categories
Animasi Anime Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Terkini

Todd McFarlane Dedah Dua Siri Animasi Baru SPAWN Kini Dalam Pembikinan!

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, pengasas Image Comics, usahawan dan pelukis komik tersohor iaitu Todd McFarlane telah memaklumkan kepada peminat-peminatnya tentang perkembangan terkini filem reboot Spawn.

Ia sememangnya sangat mengujakan kerana sangat dinantikan ramai sejak kali pertama dan terakhir muncul di pawagam pada tahun 1997.

Dan sementara menanti ia menjadi kenyataan, beliau secara rasmi hari ini mengumumkan mengenai dua buah projek terbaru Spawn semasa berlangsungnya acara Fan Expo Canada bahawa dua siri animasi Spawn sedang diusahakan. Salah satu daripadanya adalah disasarkan untuk penonton kanak-kanak!

Menurut Todd McFarlane:

“We’re talking right now. I just had a couple meetings this weekend about a couple different animation looks, both something that we can get kids in at a younger age and then get them into the sort of crack cocaine version of Spawn. And then do the adult one. So.. we’re talking about that. I think both of those come after the movie.”

Jelas sekali pembikinan sudah pun bermula untuk projek animasi di atas sejak kali animasi sulung Spawn pernah disiarkan dahulu menerusi saluran HBO pada tahun yang sama filem asalnya ditayangkan dengan resepsi positif.

Manakala itu, Blumhouse Production dilaporkan masih lagi aktif membangunkan filem aksi hidup reboot yang bakal dibintangi Jaime Foxx dan Jeremy Renner di bawah judul projek “Toy Dynamite”.

Sumber Video: SyFy Wire

Categories
Komik Televisyen Terkini

Lihat Kelibat Josh Duhamel sebagai The Utopian di Set Penggambaran JUPITER’S LEGACY!

Penggambaran siri adaptasi web tv Netflix untuk komik Jupiter’s Legacy kini sedang aktif berjalan di Toronto, Kanada.

Beberapa foto dari set lokasi telah muncul di atas talian dan memaparkan penampakan Josh Duhamel (Trilogi Transformers, CHiPs) sebagai The Utopian. Apa yang menariknya di sini adalah kelibat beliau adalah hampir sama dan serupa sepertimana yang pernah kita baca menerusi sumber asal komiknya!

Di dalam foto-foto ini, watak Utopian telah mengenakan seragam berwarna putih ikonik miliknya dengan jata logo berwarna merah dan emas di dada. Berambut panjang dan putih, ia jelas adalah sekata dengan versi komik asal tulisan Mark Millar (Civil War, Kingsman, Kick-Ass) dan lukisan Frank Quitely (All-Star Superman, New X-Men).

Berdasarkan sumber keterangan rasmi yang dikeluarkan oleh produksi baru-baru ini:

Sheldon Sampson (The Utopian) is the storied leader of the superhero team The Union. But times have changed, and he doesn’t understand the world we live in anymore. Or his own family.

Siri web tv Netflix ini adalah berdasarkan komik dengan judul sama yang mengisahkan tentang kisah kehidupan Generasi Pertama Superhero dan anak-anak mereka yang kini sudah mula hilang rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga dunia. Mereka menjalani sebagai selebriti Hollywood dan media sosial tanpa ada rasa amanah menjaga bumi sepertimana yang dilakukan oleh orang tua mereka sebelum ini.

Dua siri prekuel komik berjudul Jupiter’s Circle telah terhasil selepas itu manakala sekuel Jupiter’s Legacy 2 mula diterbitkan pada tahun 2016.

Adaptasi ini dibintangi oleh Josh Duhamel sebagai Utopian, Ben Daniels sebagai Brain-Wave, Leslie Bibb sebagai Lady Liberty, Elena Kampouris sebagai Chloe Sampson, Andrew Horton sebagai Brandon Sampson, Mike Wade sebagai Flare dan Matt Lanter sebagai Skyfox.

Bakal bersiaran menerusi saluran strim Netflix pada tahun hadapan.

Categories
Komik Televisyen Terkini

Siri Komik THE WALKING DEAD Berakhir Hari Ini Pada Isu #193 (AMARAN SPOILER!)

Isu terdahulu untuk komik The Walking Dead telah menyaksikan satu detik tragis dan bersejarah untuk judul popular terbitan Image Comics dan Skybound itu.

Dengan tamatnya riwayat serta pemergian watak protagonis utama iaitu Rick Grimes, ramai yang beranggapan bahawa jalan cerita komik ciptaan karya Robert Kirkman itu akan diteruskan menerusi anaknya Carl Grimes sebagai fokus. Namun segalanya akan tamat secara rasmi pada isu #193 dengan kesudahan dan penamat definitif untuk keseluruhan komik tersebut sejak isu sulung yang pertama kali terbit sebagai naskah hitam putih pada tahun 2003.

Dengan berketebalan 71 halaman muka surat, ramai peminat dan kolektor komik pasti akan menjadikannya naskah berharga untuk aset simpanan untuk masa hadapan.

Siri televisyen The Walking Dead bermula sebagai sebuah adaptasi luhur dan tepat pada sumber asal. Tetapi kemudiannya, ia bercambah menjadi plot cerita yang lebih progresif dengan kematian dan korban beberapa watak-watak utama yang sebenarnya masih hidup hingga kini di dalam komik.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI | Superfriends vs The Elite, Rekod Dunia Guinness Wolverine & Professor X & Adaptasi The Old Guard! (22/2/19)

Pengarah Gina Prince-Bythewood (Cloak and Dagger, The Secret Life of Bees) telah mendedahkan satu lagi projek besar untuk Netflix: Sebuah adaptasi komik hasil karya Greg Rucka dan Leandro Fernandez bergenre fiksyen sains aksi, The Old Guard.

Terkini, bintang pemenang anugerah Charlize Theron (Mad Max: Fury Road, Atomic Blonde) dan Kiki Layne (If Beale Street Could Talk, Captive State) telah dipilih menjadi pelakon utama

Untuk yang tidak pernah membaca atau mengetahui jalan cerita komik tersebut, berikut adalah sinopsisnya:

“The Old Guard focuses on a small group of soldiers, led by a woman named Andy, who are inexplicably immortal and have been working as mercenaries through the ages. The novelty of not dying long gone, the group gets a jolt in their bones when they discover the existence of a new immortal, a black woman serving in the Marines, at the same time as a nefarious organization captures their undying actions on camera.”

 

***

 

Hugh Jackman dan Patrick Stewart dengan secara rasminya telah bersara terus daripada muncul dalam sebarang filem X-Men sejak Logan (2017). Kali pertama mereka hadir bersama sebagai Wolverine dan Professor Charles Xavier adalah menerusi filem X-Men (2000).

Hari ini, pencapaian menakjubkan mereka itu telah diiktiraf sebagai “Karier Terpanjang sebagai Superhero versi Aksi Hidup Marvel” oleh Rekod Dunia Guinness dengan tempoh rasmi selama 16 tahun 228 hari secara total!

 

***

 

Supergirl sedang bersiap-sedia untuk pertembungan paling hebat setakat ini.

Kara Danvers/Kara Zor-El/Supergirl bakal berganding bahu bersama Martian Manhunter, Brainiac-5 dan Dreamer dengan kod nama “Superfriends” dalam misi menumbangkan Manchester Black dan konconya iaitu The Elite yang terdiri daripada Menagerie dan Hat.

The Elite pertama kali muncul menerusi komik Action Comics #775 (Mac 2001) dengan kisah “What’s So Funny About Truth, Justice & the American Way?”. Ia mendapat perhatian luarbiasa para pengkritik kerana isi cerita dan moralitinya yang mendalam serta pernah juga diadaptasikan sebagai filem animasi Superman vs. The Elite (2012).