Categories
Filem Terkini

Nama dan Butiran Rasmi Watak Rami Malek untuk JAMES BOND 25 Tertiris!

Rami Malek yang popular menerusi siri televisyen Mr. Robot (2015) malah berjaya menggondol Anugerah Oscar menerusi peranannya sebagai Freddy Mercury menerusi Bohemian Rhapsody (2018) bakal mencuri tumpuan sekali lagi sebagai antagonis utama dalam filem James Bond terbaru, No Time To Die.

Sejak diumumkan, tidak banyak yang kita ketahui tentang watak tersebut. Tiada nama, tiada cerita latarbelakang dan tiada butiran apa-apa langsung.

Hari ini dengan secara rasmi, nama yang menjadi ancaman besar bagi Agen Perisik 007 lakonan Daniel Craig buat kali terakhir adalah Safin.

Berikut adalah butiran terbaru yang diperolehi daripada penerbit Barbara Brocolli sejurus selepas pengumuman rasmi itu:

“We’ve thrown the book at James Bond on this one. He is really the supervillain. He’s the one that really gets under Bond’s skin.. a nasty piece of work”

Categories
Filem Novel Terkini

Pandang Pertama Daniel Craig sebagai 007 di Set Filem JAMES BOND 25!

Penggambaran prinsipal untuk filem James Bond 25 telah pun bermula pada April lalu.

Sejak itu, satu video eksklusif di belakang tabir pembikinan filem tersebut telah pun didedahkan baru-baru ini. Dan kini, kita akhirnya dapat melihat pandang pertama yang rasmi untuk bintang utama, Daniel Craig yang kembali sebagai James Bond buat kali kelima.

Diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga (Jane Eyre, It), ia dijangka bakal menjadi penampilan terakhir Daniel Craig sebagai Agen 007/Komander James Bond. Di dalam foto ini, beliau kelihatan tenang berdiri di hadapan Whitehall, London dengan penampakan kereta klasik Aston Martin V8 sebagai latar belakang.

James Bond 25 bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 3 April, 2020.

 

 

Categories
Filem Terkini

Foto dan Video Lokasi Penggambaran JAMES BOND 25 Dedahkan Kelibat Penjahat Misteri Bertopeng!

Penggambaran prinsipal untuk filem James Bond 25 kini sedang aktif dijalankan dan ia berkemungkinan besar bakal menjadi filem terakhir yang menampilkan Daniel Craig sebagai Agen 007.

Hari ini kita diperlihatkan dengan barisan foto-foto dari set lokasi berdekatan kawasan Nittedal, Norway serta menampilkan watak penjahat misteri bertopeng.

Ia diiringi dengan sebuah video pendek menerusi entri Tweet menerusi pautan di bawah ini. Jika diperhatikan dengan lebih dekat, ada andaian netizen mengatakan bahawan kanak-kanak perempuan di dalam foto tersebut besar kemungkinan adalah anak kepada James Bond sendiri!

Untuk pengetahuan ramai, Danny Boyle (Trainspotting, The Beach, 28 Days Later, Sunshine, Slumdog Millionaire, 127 Hours, Steve Jobs) sebenarnya telah dipilih untuk mengarah filem James Bond 25. Akan tetapi Cary Joji Fukunaga terpaksa menggantikannya atas sebab-sebab yang tidak didedahkan sekaligus menandakan halatuju cukup berbeza dan bukan ortodoks untuk jalan cerita kali ini.

James Bond 25 dijangka akan berada di pawagam seluruh dunia pada 13 Februari, 2020.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI | Superboy dalam TITANS, Quantum Realm dalam MCU & Rami Malek dalam JAMES BOND! (28/2/19)

Titans musim pertama berakhir dengan cerita yang agak tergantung.

Namun demikian pada babak bonus kredit episod penghabisan, kita dapat melihat penampilan Superboy yang berjaya melolosan diri daru Makmal CADMUS bersama Krypto serta dijangka akan memberi impak besar untuk musim mendatang,

Hari ini, nama pelakon yang bakal memegang watak Superboy itu telah terdedah dan nama beliau adalah Joshua Orpin. Untuk versi Superboy dalam Titans, beliau dilabelkan sebagai “seorang remaja yang mencari identiti sebenar dalam menjadi seorang adiwira”.

 

***

 

Kedengaran desas-desus kebelakangan ini serta teori pelbagai yang mengatakan filem Avengers: Endgame akan membawa kita lebih dalam ke dasar dimensi dan dunia ‘Quantum Realm’.

Semuanya daripada pengembaraan masa kepada penampilan sulung Black Knight. Terkini Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah mengeluarkan kenyataan tentang peri pentingnya perkara tersebut:

“I think it is really important. I think it’s one of the fun things about the comics that allow you to explore entirely new terrains. And we’ve hinted at it now in numerous films and it’s untapped, primarily untapped potential.”

Kini jelas bahawa ‘Quantum Realm’ bakal memainkan peranan besar untuk Fasa 4 Semesta Sinematik Marvel (MCU) tetapi cuma belum dapat dipastikan ke tahap dan formasi yang bagaimana.

 

***

 

Sumber yang dipetik dari Collider telah mengesahkan bahawa pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Academy ke-91 baru-baru ini, Rami Malek sedang dalam fasa rundingan akhir untuk menjadi watak antagonis utama untuk filem James Bond 25!

Nampaknya semua sedang berjalan lancar dan hanya tinggal susunan jadual penggambaran untuk musim terakhir Mr. Robot sebelum segalanya masuk ke peringkat seterusnya. Khabar angin menyebut beliau mungkin akan memegang watak penjahat yang buta dalam filem terbaru hasil adaptasi karya perisik popular Ian Flemung itu. Pelakon lain yang disahkan akan beraksi adalah Lea Seydoux, Naomie Harris, Ben Whishaw, Ralph Fiennes dan sudah tentunya Daniel Craig.

Sebagai berita bonus daripada sumber Variety, Billy Magnussen (Maniac) adalah pilihan utama untuk memegang watak Pegawai Operatif Khas CIA yang bakal berganding bahu dengan James Bond.

James Bond 25 dijangka berada di pawagam seluruh dunia pada 8 April, 2020.