Categories
Artikel

Ada Sesiapa Rindukan Jar Jar Binks?

Jar Jar Binks dianggap oleh ramai peminat sebagai satu watak paling lemah dalam francais Star Wars.

Kendatipun begitu (cuba buka kamus kalau mahu tahu apa makna ‘kendatipun’. Saja pakai supaya sedap baca!), Ayahanda George Lucas menafikan kenyataan di atas dan menganggap mahkluk Gungan dari Planet Naboo itu sebagai watak kegemarannya dalam sejarah prekuel Star Wars sejak dihidupkan semula lebih 2o tahun dulu.

Perjalanan hidupnya daripa seekor marhaen biasa ke komander perang dan akhirnya dilantik menjadi senator jangan sesekali kita pandang enteng sebelah mata.

Malah Tuan Direktor Taika Waititi (Thor: Love and Thunder, Flash Gordon, Incal) yang bakal mengarahkan filem baharu Star Wars akan datang selepas kejayaan The Mandalorian turut pernah mendedahkan minat untuk mengembalikan Jar Jar Binks.

Bagaimana dengan anda? On ke tak on nak tengok comeback Jar Jar Binks nanti?

Lakaran konsep awal untuk Jar Jar Binks (circa 1996)