Koleksi Kad Uncanny X-Men 1992 oleh Jim Lee (11/2019)

Blog

Pengenalan formal saya pada dunia koleksi komik antarabangsa Amerika Syarikat seperti Marvel dan DC Comics sebenarnya tidak bermula dengan komik.

Pada tahun 1992 dengan ledakan pelukis-pelukis hebat dan pemecah tradisi industri pada waktu itu seperti Todd McFarlane, Rob Liefeld, Marc Silvestri, Erik Larsen dan Whilce Portacio yang masing-masing tampil dengan gaya lukisan radikal tersendiri, Marvel nampaknya telah mengambil peluang dan ruang kejayaan komersial tersebut untuk mengeluarkan produk-produk lain selain komik.

Dan salah satu daripadanya yang hadir meragut perhatian saya dan kawan-kawan sekolah pada tahun itu adalah sebuah produk kad koleksi komik yang dikeluarkan oleh Impel (sekarang Skybox) di bawah pelesenan Marvel untuk Uncanny X-Men. Kesemua ilustrasi kad-kad tersebut dilukis sepenuhnya oleh Jim Lee.

Kuasa luarbiasa mengumpul koleksi kad ini jauh lebih ketagihan daripada budak-budak sekarang mengumpul kad BoboiBoy dan yang sewaktu dengannya. Sebagai contoh: Sekiranya kita bernasib baik dan bertuah, pek kad yang dibeli akan terkandung sekeping kad hologram atau kad super eksklusif yang ditandatangani oleh Jim Lee sendiri (dan sudah tentunya, pemegang kad untuk watak ‘Roma’). Inilah yang bakal menjadi punca kemasyhuran pemegang kad tersebut, kecemburuan ramai kawan-kawan dan pergaduhan tidak terancang di kalangan kami di sekolah dan di luar pintu pagar sekolah. Ada 99 kad kesemuanya untuk koleksi lengkap termasuk 1 kad¬†checklist¬†manakala kad No. #91 hingga #99 boleh dicantumkan untuk memperoleh imej penuh Balai Latihan Intesif X-Men,¬†‘Danger Room’!

Jim Lee dan kawan-kawannya kemudian telah keluar dari Marvel dan mencipta sejarah industri dengan Image Comics. Jim Lee kini menyandang jawatan penerbit bersekutu serta Ketua Pegawai Kreatif (CCO) untuk DC Comics.

Sehingga kini, koleksi kad tersebut kekal menjadi perintis dan pemacu sulung saya menjadi kolektor komik profesional, serius dan sepenuh masa sehingga terlahirnya KedaiKomikOnline ini lebih kurang 15 tahun selepas itu.

Aquaman vs Namor!

Blog

Semalam saya ada berbual dengan salah seorang pengikut tegar dan peminat setia kedaikomikonline.

Dia ada menyatakan hasrat lebih menginginkan sebuah filem Namor berbanding Aquaman atas sebab-sebab serta alasan beliau tersendiri. Salah satunya yang ditekankan adalah Namor the Sub-Mariner adalah lebih bad ass daripada Aquaman katanya.

Namun, persoalan lebih penting di sini adalalah pada titik permulaan dan jalan cerita manakah yang bakal diperkenalkan Kerabat DiRaja Atlantis Marvel tersebut?

Jika ditanya saya, alang-alang semua hak dan francais komik Fox sudah kembali ke Marvel Studios, elok sahaja jalan cerita di bawah ini diletupkan kepada dunia! —