Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | THOR Jadi HULK HOGAN, Drama Bersiri OBI-WAN KENOBI & JOHN WICK Kaki Skodeng! (21/2/19)

Tidak ada seorang pun yang dimaklumkan bahawa sebuah filem biografi Hulk Hogan sedang diusahakan sehingga hari ini!

Menurut sumber yang dipetik dari THR, pelakon asal Australia iaitu Chris Hemsworth (Thor, Ghostbusters, MIB: International) bakal memegang peranan utama sebagai ahli gusti legenda tersebut.

Projek di bawah naungan Netflix itu akan diarahkan oleh pengarah Joker, Todd Philips yang turut sama bertindak sebagai penerbit bersama Chris Hemsworth, Michael Sugar, Bradley Cooper dan bekas promoter WCW, Eric Bischoff.

Hulk Hogan atau nama sebenarnya Terry Gene Bollea adalah seorang ahli gusti profesional paling dikenali dan popular pada era 80an dan 90an serta wajah komersial untuk WWE (dahulu WWF) sejak sekian lama. Nama dan wajahnya telah muncul dalam banyak jenama produk dan adaptasi termasuk filem, siri animasi dan juga komik.

 

***

 

Natalie Portman telah memfailkan perintah halangan ke atas seorang lelaki yang menggelarkan dirinya ‘John Wick’ setelah terdapat percubaan untuk masuk ke dalam kediamannya baru-baru ini.

Menurut sumber berita, dokumen mahkamah telah pun berjaya diperolehi untuk perintah halangan sementara terhadap lelaki itu termasuk perintah merampas senjata api sejak dua minggu lalu. Petisyen yang difailkan pada 31 Januari lalu itu menyebut:

 “a high-prole actor of international notoriety.. rang the intercom/doorbell multiple times but said nothing when attempts to engage him were made over the intercom several times, telepathically.. and that he had travelled from Colorado to Los Angeles to meet the individual.”

 

***

 

Sejak bertahun lamanya, peminat dan pengikut setia mahukan sebuah filem solo Obi-Wan Kenobi.

Dan kini impian itu bakal menjadi kenyataan.

Seorang pengarah dan penulis skrip dikatakan sudah pun dilantik secara sulit oleh pihak produksi dengan keutamaan projek tersebut untuk saluran strim terbaru Disney+ yang besar kemungkinan akan menjadi drama bersiri sepanjang 6 episod. Walaupun kegagalan filem Solo: A Star Wars Story telah membantutkan produksi tersebut dari format filem ke format strim digital, pelakon Ewan McGregor tetap dikatakan bakal muncul selepas kali terakhir tampil dalam Star Wars: Episode III – Revenge of the Sith (2005).

Secara rasminya, ini adalah produksi Star Wars kedua untuk Disney+ selepas The Mandalorian yang sedang sibuk dalam fasa penggambaran prinsipal.

Categories
Blog

Penangan John Wick! (18/2019)

Saya ada seorang kenalan yang bukanlah seorang ‘kaki wayang’ dan tidak terlalu maklum tentang perkembangan dunia filem semasa.

Beliau tidak ambil tahu apakah filem yang terbaru dan akan datang di pawagam.

Beliau tidak ambil pusing semua filem Marvel, DC, Star Wars, Transformers atau francais filem blockbuster Hollywood lain kala ini.

Beliau juga tidak berapa ingat bila kali terakhir ke pawagam apatah lagi kepentingannya untuk menonton filem di atas papan layar sinema.

Itu pun kebetulan saya baru tahu kerana kami ada projek yang perlu dilaksanakan bersama. Maka sekali sekala beliau akan tanya kalau rasa bosan bila sudah siap kerja atau tidak tahu mahu buat apa tentang perihal semua filem baru yang sedang ‘panas’. Bukan ‘panas’ yang satu lagi itu tetapi yang ‘panas’ sekarang dan akan datang sampai orang kecoh dan riuh-rendah mahu tonton di pawagam.

Barulah nampak beliau bernafsu sedikit.

Yang peliknya, ada sebuah filem yang beliau sangat minat dan ikuti sampaikan melampaui pengetahuan saya yang peka filem ini.

Fanatik. Ekstrim. Obses. Taksub.

Tanyalah beliau perihal John Wick. Jangan kata nama kereta, hotel, musuh, dialog dan segala macam kekuatan dan kelemahan watak dan filem itu dia tahu.. saya rasa nama kuda tunggangan dalam filem terbaru tahun ini pun dia boleh ramal tepat.

Yang ini beliau akan bernafsu sungguh. Dan mungkin inilah jua yang dinamakan ‘Nafsu Kuda’ hasil penangan filem best sepertinya!

Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Terkini

#TERKINI | Treler Sulung JOHN WICK 3, Pandang Pertama Filem BLOODSHOT, Poster Terbaru ALITA: BATTLE ANGEL!

Treler sulung rasmi untuk filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum yang dibintangi oleh teraju utama Keanu Reeves telah dilancarkan hari ini. Turut beraksi adalah Halle Berry, Laurence Fishburne, Mark Dacascos, Asia Kate Dillon, Lance Reddick, Saïd Taghmaoui, Jerome Flynn, Jason Mantzoukas, Tobias Segal, Boban Marjanovic, Anjelica Huston, Ian McShane termasuk bintang aksi tempur dari Indonesia, Yayan Ruhian dan Cecep Arif Rahman!

Filem arahan Chad Stahelski ini akan berada di pawagam pada 17 Mei, 2019.

 

* * *

 

Vin Diesel telah memuatnaik foto rasmi dari set penggambaran filem Bloodshot adaptasi komik terbitan Valiant Entertainment hari ini.

Beliau memegang watak utama Ray Garrison yang bakal berubah menjadi adiwira komik kesan dan hasil eksperimen teknologi nano demi memberikannya kuasa regenerasi semula serta metamorph luarbiasa. Selain filem ini, sebuah lagi filem daripada komik Valiant Entertainment berjudul Harbinger sedang giat dalam fasa pra-produksi yang seterusnya akan menjurus kepada pertembungan muktamad dalam filem Harbinger Wars!

Bloodshot akan berada di pawagam pada 22 Februari, 2020.

 

* * *

 

Berikut pula adalah barisan poster terbaru untuk semua watak-watak utama yang bakal muncul menerusi filem Alita: Battle Angel arahan Robert Rodriguez dan diterbitkan oleh James Cameron.

Filem adaptasi manga cyberpunk ciptaan Yukito Kishiro tersebut akan berada di pawagam seluruh dunia pada 14 Februari, 2019.

Categories
Filem Komik Terkini

#TRIKINI | Treler Acah SPIDER-MAN: FAR FROM HOME, Poster Rasmi JOHN WICK 3: PARABELLUM, Kombo M:I 7 & M:I 8!

Tonton treler acah rasmi sulung untuk filem Spider-Man: Far From Home yang bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 5 Julai, 2019 di bawah ini:

* * *

Poster rasmi filem John Wick: Chapter 3 – Parabellum didedahkan umum menjelang tayangannya pada 17 Mei, 2019.

* * *

Christopher McQuarrie sah akan kembali untuk mengarah filem Mission: Impossible 7 dan Mission: Impossible 8 secara serentak untuk tayangan terus menerus untuk tahun 2021 dan 2022.