Categories
Animasi Filem Komik Terkini

Filem JOKER ‘Cedok’ Idea KELUANGMAN?

Menerusi entri Twitter yang sedang sohorkini, satu teori menarik dikemukakan oleh sekumpulan penonton dengan menyatakan bahawa tema cerita dan idea di sebalik filem Joker yang sedang hangat berputar di pawagam seluruh dunia kala ini sebenarnya sudah terlebih dahulu dipersembahkan menerusi siri animasi adiwira tempatan, Keluangman lebih 20 tahun lalu!

Ia telah dikemukakan dan dipersetujui oleh bebenang tweet peminat dan pemerhati seperti @Irham_HakimiMH, @HelmiHarieri, @FAKEsyaher dan @xjxx

Dengan pautan retweet sebanyak lebih 7,000 kali (setakat laporan ini ditulis), pemilik akaun @Irham_HakimiMH menarik pehatian warganet dengan mengajak para peminat untuk turut meneliti kembali elemen gangguan mental yang sama dihadapi Borhan/Keluangman persis Arthur Fleck/Joker.

Konsep asal animasi buatan tempatan tersebut adalah idea ilham Kamn Ismail dan krew penerbitannya satu ketika dulu di bawah UAS Animation Studios (M) Sdn Bhd. Ia berkisar tentang seorang adiwira yang tidak memiliki sebarang kuasa ajaib atau luarbiasa tetapi hanya menggunakan naluri dan kejujurannya sahaja walaupun diagnosis mengatakan beliau menghidapi ‘sakit mental’.

Apa pula pendapat anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan di bawah.