Categories
Televisyen Terkini

IVE Betul-Betul Buat Peminat Terkejut Beruk!

IVE yang baru sahaja diperkenalkan telah menjadi perbualan hangat.

Ahli kumpulannya terdiri daripada 6 orang iaitu Liz, Rei, Gaeul dan Leeseo serta dua orang bekas ahli IZ*ONE iaitu Ahn Yujin dan Jan Won-Young.

Leeseo mengejutkan ramai peminat kerana visualnya yang cantik dan ketinggian badannya. Yang paling mengejutkan ialah usianya yang masih berusia 15 tahun!

Walaupun terdapat perdebatan mengenai Leeseo, ramai yang tetap menyokong IVE untuk mewujudkan impian mereka menjadi girl group setanding Twice, Blackpink, Aespa dan ramai lagi.

Selepas memperkenalkan artis terbaharunya, agensi itu mengesahkan tarikh debut mereka pada 1 Disember tahun ini.

 

 

Categories
Televisyen Terkini

MTV XOXO Dedahkan Keakraban Jeon Somi dan Blackpink?

Terkini, Jeon Somi yang merupakan artis solo YG Entertainment telah mengeluarkan sebuah album terbaru iaitu XOXO. Somi dan Blackpink berada dalam satu agensi yang sama di mana mereka sering kelihatan bersama.

Keakraban mereka boleh dilihat di sebalik tabir muzik video dan juga beberapa posting di Instagram yang menunjukkan mereka memberi sokongan antara satu sama lain.

Berbeza pula kali ini, Somi menunjukkan keakraban mereka di dalam muzik video album terbaharunya pula.

Di dalam lirik XOXO terdapat lirik yang pernah dinyanyikan oleh Jennie Blackpink iaitu “bichi naneun solo”. Lirik ini terdapat di dalam lagu debut solo Jennie pada tahun 2018 yang bertajuk Solo.

Para peminat juga mengatakan ada beberapa babak yang dibawa Somi menunjukkan babak yang pernah dibawa Blackpink.

Dalam video itu, Jeon Somi dilihat memecahkan cermin depan kereta dengan tukul. Peminat dengan cepat mengatakan bahawa Lisa melakukan perkara yang sama dalam video muzik Lovesick Girls.

Jeon Somi

Lisa

Somi turut mengenakan gaya rambut yang sama dan serupa seperti Rose Blackpink dan juga mengenakan beberapa prop yang pernah digunakan oleh Blackpink di dalam muzik video mereka.

Categories
Televisyen Terkini

Permainan SQUID GAME Bukan Berasal daripada Korea?

Squid Game yang ditayangkan baru-baru ini telah mendapat perhatian ramai dan menjadi trending di seluruh dunia. Filem ini dikatakan filem korea pertama yang mendapat tontonan terbesar di Netflix.

Bukan hanya komen positif, malah Squid Game juga telah menerima kritikan yang sangat hebat. Terkini, media Jepun mengatakan bahawa sebahagian besar permainan yang terdapat di dalam filem itu bukan berasal daripada Korea!

The Nikkei mendakwa game pertama Mugunghwa atau Red Light, Green Light mempunyai peraturan dan irama yang sama dengan sebuah permainan Jepun.

Menurut sumber yang sama, permainan lain juga diambil dari permainan Jepun seperti ddakji dan dalgona.

Categories
Televisyen Terkini

MY NAME Trending Sebab Pelakon atau Jalan Cerita?

Drama bersiri korea terbaharu, My Name yang ditayangkan di Netflix pada 15 Oktober lalu telah mendapat perhatian ramai penonton.

Selain jalan cerita yang hebat dan menarik, My Name menawarkan kelainan pada watak utama iaitu Han So hee yang membawakan watak Jiwoo di dalam siri tersebut.

Watak Han So Hee kali ini sangat berlainan dengan watak-watak yang pernah dibawa beliau sebelum ini dalam Nevertheless dan The World Of Married.

Perwatakan Jiwoo di dalam drama ini merupakan seorang perempuan yang kuat dan agresif serta mahu mencari pembunuh bapanya.

Jiwoo menjadi seorang anggota polis dengan bantuan ketua gangster yang merupakan kawan kepada bapanya demi mencari pembunuh bapanya yang dikatakan seorang anggota polis juga.

Selain itu, terdapat juga watak-watak lain yang menjadi sebab mengapa drama ini trending. Antaranya ialah Ahn Bo Hyun, Kim Sang Ho, Lee Hak Ju dan Jang Yull.

Pelbagai aksi dan emosi yang ditampilkan di dalam drama ini yang akan membuat penonton merasa perit sepertimana dihadapi oleh setiap watak.

Maka tidak hairanlah My Name menjadi salah satu drama yang berjaya memikat hati penonton selepas Squid Game!