Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Christopher McQuarrie dan Henry Cavill Usulkan Filem SUPERMAN/GREEN LANTERN!

Warner Bros. nampaknya sudah mula sedar dan memperbaiki kesilapan yang dilakukan sebelum ini dalam memperluaskan Semesta Kembangan Filem DC (DC Extended Film Universe) untuk tempoh yang mendatang.

Akan tetapi muncul satu laporan terbaru hari ini yang bakal membangkitkan rasa kurang senang untu pengikut dan peminat setia DC Comics.

Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa pengarah Mission: Impossible – Fallout, Rogue Nation, Jack Reacher dan Edge of Tomorrow iaitu Christopher McQuarrie hampir-hampir menjadi sutradara untuk sekuel Man of Steel 2atau Green Lantern Corps tetapi pihak studio langsung tidak berminat terhadap idea tersebut.

Asalnya, Christopher McQuarrie dan bintang utama Henry Cavill telah mengusulkan sebuah filem Superman untuk Warner Bros. dan DC Comics yang mana ia akan terus merangka laluan untuk filem Green Lantern Corps.

Sebagai buktinya, lihat entri tweet pengarah tersebut bawah ini sebagai perkongsian dan pendedahan berani beliau:

Apa pula pandangan dan pendapat anda mengenai perkembangan laporan terbaru di atas? Nyatakan komen serta reaksi seperti biasa menerusi ruangan yang tersedia di bawah entri ini.

Categories
Filem Novel Televisyen Terkini

Filem Terbaru Henry Cavill Bakal Beraksi sebagai Sherlock Holmes!

Henry Cavill dijangka akan memegang peranan sebagai seorang lagi versi terbaru Sherlock Holmes.

Akan tetapi beliau bukanlah fokus utama kepada filem tersebut kerana bintang utama filem Man of Steel (2013), Justice League (2017) dan Mission: Impossible – Fallout (2018) itu bakal digandingkan dengan pelakon baru yang sedang meningkat naik menerusi siri Netflix, Stranger Things iaitu Millie Bobby Brown dengan watak adik perempuannya, Enola Holmes.

Ianya berdasarkan siri buku The Enola Holmes Mystery karya Nancy Springer.

Helena Bonham Carter (Sweeny Todd, Fight Club) juga turut serta dalam filem ini sebagai ibu kepada kedua-dua watak utama tadi dengan Harry Bradbeer (Sugar Rush, Fleabag, Killing Eve) dilantik selaku pengarah.

Filem tersebut dijangka untuk tayangan rasmi pada tahun hadapan.