Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Thor. Love. Tiada Thunder.

Memang saya akui betapa ‘serius’ dan fanatik sungguh kumpulan ini kerana begitu komited mengikuti setiap butir perjalanan MCU sejak sedari awal lagi. Tetapi secara logiknya kalau mereka benar-benar matang, berpengalaman dan waras; rasanya tidak perlulah meroyan sedemikian rupa.

Esok lusa Disney+ mesti strim dan siarkan juga rasanya. Kalau setakat mahu tunjuk handal dan hebat kononnya dialah yang paling pertama, paling fanboy/fangirl di kalangan kawan-kawan elok juga semak kod etika dan prinsip diri anda sebagai peminat sejati. Kerana sesungguhnya sejati itu bukanlah tentang awal atau akhirnya hadir ke pawagam. Bukan juga agresif atau proaktifnya memprotes atas sebab apa sekalipun. Bagi saya secara peribadi kita hanya perlu bertenang kerana biarlah atas alasan apapun ia tidak lepas tayangan di sini.

Kerana bila bertenang, semangat anda dan anda akan terlihat sendiri tanpa perlu dtunjuk-tunjuk. Serulah semangat dari luar ke dalam, bukan selalunya perlu dari dalam ke luar. Nyalarasa kita perlu bertuankan pengalaman dan kematangan. Bukan membuka pekung secara terang-terangan.

Categories
Filem Komik Terkini

Percutian Peter Parker Nyaris ke New Asgard dalam SPIDER-MAN: FAR FROM HOME!

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige baru-baru ini telah mendedahkan yang pihak produksi pernah mempertimbangkan untuk watak Sam Wilson/Captain America muncul pada kesudahan filem Spider-Man: Far From Home.

Tetapi itu bukan satu-satunya rujukan Avengers: Endgame yang hampir menjadi kenyataan menerusi sekuel terbaru arahan Jon Watts kerana percutian Peter Parker ke Eropah hampir membawanya ke kediaman baru Thor di New Asgard!

Terletak di Tønsberg, Norway (lokasi yang sama di mana Red Skull menjumpai Tesseract dalam Captain America: The First Avenger), New Asgard dipilih oleh Thor sebagai pemukiman terbaru beliau dan rakyatnya sejurus selepas kesudahan Avengers: Infinity War (2018).

Ketika pergi meninggalkan tempat itu untuk ke angkasa lepas bersama Guardians of the Galaxy, beliau telah melantik Valkyrie mengambil-alih tempatnya di sana sebagai ‘Ketua Kampung’.

Menurut satu kenyataan yang dikongsikan bersama pihak media semas sesi promosi oleh pengarah tersebut:

“I remember one point we were talking about if one of the stops along the way through Europe was going to be New Asgard..”

Spider-Man: Far from Home akan berada di pawagam seluruh dunia pada awal Julai nanti.

Categories
Animasi Anime Filem Iklan Komik Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Tun Mahathir Rasmikan Pameran MARVEL STUDIOS: 10 YEARS OF HEROES!

Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini telah meluangkan masa di sebalik jadualnya yang padat untuk berada di Pusat Membeli-belah Pavillion, Kuala Lumpur demi merasmikan Pameran Marvel Studios: 10 Years of Heroes.

“Kapten Malaysia” hadir diiringi oleh isterinya, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali telah disambut meriah oleh ramai pengunjung termasuk ‘cosplayer’ anggota Avengers yang terdiri daripada Iron Man, Thanos and Captain America. Beliau turut di bawa melawat ke sekitar premis pameran sambil diberikan pencerahan tentang kemajuan teknologi serta sejarah Marvel Studios yang bermula kira-kira sedekad lalu.

Ia dianjurkan oleh Walt Disney Asia Tenggara bersama Crave Alive dan Beast Kingdom dengan kolaborasi serta kerjasama Maybank, Samsung Malaysia dan Klook dengan 10 seksyen galeri yang mempamerkan prop rasmi filem, kostum, seni konsep dan pengalaman interaktif.

Bayaran tiket masuk adalah RM48 untuk dewasa dan RM28 untuk kanak-kanak.

Pameran tersebut akan dibuka secara rasmi untuk kunjungan umum mulai esok sehingga 17 Oktober, 2019.

Categories
Animasi Filem Terkini

Tonton Treler Acah Rasmi Sulung untuk Filem MALEFICENT: MISTRESS OF EVIL!

Sebelum Angelina Jolie beraksi secara rasmi dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) sebagai Sersi untuk filem The Eternals, pemenang Anugerah Academy tersebut akan kembali terlebih dahulu menerusi Maleficent: Mistress of Evil.

Dan pada hari ini, sebuah treler acah rasmi telah dilancarkan dan anda boleh menontonnya di bawah ini:

Selain Angelina Jolie, barisan pelakon lain yang akan turut kembali adalah Elle Fanning sebagai Puteri Aurora, Sam Riley sebagai Diaval, Imelda Staunton sebagai Knotgrass, Juno Temple sebagai Thistlewit dan Lesley Manville sebagai Flittle. Mereka akan disertai oleh bintang-bintang ternama seperti Michelle Pfeiffer, Chiwetel Ejiofor, Ed Skrein, Robert Lindsay dan Harrison Dickinson.

Maleficent: Mistress of Evil akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 Oktober, 2019.

Categories
Animasi Filem Komik Terkini

Selepas IRON MAN 3 dan AVENGERS: ENDGAME, Ty Simkins Mengaku Sudah Sedia untuk Peranan Iron Lad dalam MCU!

Pada penghujung dan kesudahan filem Avengers: Endgame, pemerhati dan penonton bermata tajam pasti telah terlihat kelibat Ty Simpkins kembali sebagai Harley Keener (yang pertama kali muncul dalam Iron Man 3 sebagai kanak-kanak) semasa upacara persemadian Tony Stark/Iron Man.

Dan baru-baru ini, pelakon tersebut akhirnya telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenain perasaan beliau kembali dalam satu babak terbesar dan bersejarah Semesta Sinematik Marvel (MCU) semasa acara tayangan perdana filem biografi pengarang terkenal, Tolkien:

“It was so cool coming back. When they gave me the call that I was going to do it, I was freaking out and screaming in the car. At first it wasn’t confirmed that I was going to come back and I didn’t want to mess it up. So my mom was asking ‘What is it? What is it?’ and I couldn’t tell her!”

Ditanya mengapakah watak tersebut diemput untuk menghadiri acara persemadian itu dan sama ada beliau masih lagi berhubungan dengan Tony Stark, pelakon itu menambah:

“I like to think that they did and that Tony was still taking care of him, because for Harley that bond was super close and he was his kind of his only father figure. So that’s what I was thinking about in the funeral scene, about how sad Harley would have been.”

Dan sejak kemunculannya dalam Avengers: Endgame, terdapat banyak spekulasi yang mengandaikan bahawa Harley Keener bakal menjadi memegang peranan sebagai Iron Man baharu. Jika diselak sejarah komik pula, Iron Lad (versi remaja kepada antagonis Kang the Conqueror dari masa hadapan) bakal mengetuai pasukan Young Avengers. Persoalan ini turut diajukan kepada pelakon muda tersebut dengan jawapan positif:
“Yes, 100%. I would love that! I’d do it, I’d do it. Without a doubt.”
Maka kini terpulanglah kepada Marvel Studios untuk menjadikannya keyataan untuk kita semua.
Categories
Animasi Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Pengarah Isyhtihar DARK PHOENIX Penutup Francais Filem X-MEN untuk Reboot Semula MCU!

Suka atau tidak, francais filem X-Men nampaknya bakal berakhir secara rasmi dengan filem Dark Phoenix.

Selepas permulaan yang cemerlang pada tahun 2000, francais adiwira mutan tersebut telah diberikan sentuhan reboot ala Star Trek (aliran masa Kelvin arahan J.J Abrams) pada tahun 2011 tetapi kurang memberangsangkan demi mengekalkan momentum populariti di pawagam sejak itu. Dan semua itu akan ditamatkan secara serta-merta selesai selesai gabungan Disney/Fox dengan reboot terbaru untuk seiringan dengan Semesta Sinematik Marvel.

Seandainya kenyataan yag diberikan oleh pengarah Simon Kinberg itu sahih dan muktamad, ini bermakna Dark Phoenix adalah penutup tirai sepertimana yang didedahkan di bawah ini:

“From the beginning of conceiving what we were going to do with this film and writing it, which was three plus years ago, so long before there was a Disney merger, I felt like this was the natural culmination for this cycle of X-Men movies. Because it is seeing this family that you’ve come to love and know for how ever many films, and if you count the originals almost 20 years now, you see that family tested in a whole new way. You see that family start to fall apart in a real way for the first time, ultimately come back together.

“That felt like the culmination of a storyline or a cycle of these films. And for me, and for most of the fans … Dark Phoenix is the ultimate and most iconic storyline in the X-Men universe. And so I didn’t know how we would top Dark Phoenix within this cycle. This felt like we had to earn our way back to Dark Phoenix. And I feel like we did hopefully, and beyond that felt like we’d want to sort of create an ending and the possibility of a new beginning. And that’s what we do on this film.”

Dark Phoenix akan berada di pawagam seluruh dunia pada 7 Jun, 2019.
Categories
Animasi Filem Komik Terkini

James Gunn Dipujuk Balik Untuk GUARDIANS OF THE GALAXY VOL. 3; Terus Kekal Pengarah SUICIDE SQUAD 2!

Guardians of the Galaxy Vol. 3 sebenarnya dirancang untuk tayangan tahun hadapan.

Tetapi disebabkan oleh beberapa Tweet lama sedekad lalu dari akaun James Gunn yang ditularkan netizen, Disney terpaksa memecat pengarah tersebut walaupun dikritik peminat dan dikecam pelakon francais filem itu.

Namun pada awal hari ini, terdapat sumber sahih mengatakan bahawa beliau telak dipanggil semula dan walaupun beliau kini sudah berhijrah ke Warner Bros dan DC Comics untuk menyiapkan filem The Suicide Squad, produksi akan mula untuk filem Guardians of the Galaxy Vol.3 sejurus selepas selesai projek tersebut.

Presiden Walt Disney Studios, Alan Horn telah bertemu James Gunn beberapa kali sebelum ini selepas dipecat serta turut menerima penjelasan dan permohonan maaf dari beliau kini rasmi memilih untuk kembali mengemudi StarLord, Gamora, Rocket, Groot dan Drax untuk meneruskan pengembaraan kosmik mereka di dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Walaupun nama pengarah lain seperti Taika Waititi dan Adam McKay pernah dicanang sebagai pengganti beliau, Marvel Studios sebenarnya hanya mahukan James Gunn sebagai pengendali trilogi tersebut sepertimana pernah ditekan oleh Kevin Feige selaku Presiden Marvel Studios.

Categories
Filem Komik Terkini

Filem Solo BLACK WIDOW Mencari Penyangak Lebih “Buas, Bahana dan Bahaya”!

Barisan watak-watak baharu yang akan menyertai produksi filem solo Black Widow masih lagi belum ditetapkan secara rasmi.

Dikhabarkan Marvel Studios dan pengarah Cate Shortland sedang memburu seorang pelakon dengan perwatakan hebat untuk berperanan sebagai seteru utama Natasha Romanoff.

Lebih tepat lagi, mereka dilaporkan sedang mencari kriteria tersebut untuk kekosongan yang di atas:

– Etnik Afrika/Kulit Hitam British
– Usia 30 hingga 45 tahun
– Tahan lasak, tampak merbahaya dan berperwatakan misterius

Ada terdengar ura-ura juga bahawa satu watak berbangsa Russia seperti Crimson Dynamo, Red Guardians atau mungkin Taskmaster bakal mendapat tempat di dalam filem ini tetapi nampaknya ia masih lagi belum pasti.

Dengan penggambaran prinsipal untuk Black Widow bakal bermula dalam tempoh beberapa bulan lagi, kita pastinya akan menerima pengesahan untuk kesemua laporan di atas dalam masa terdekat ini.

Apakah salah satu daripada watak-watak antagonis dalam imej panel komik di atas ini bakal menjadi seteru terbaharu untuk Black Widow?
Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | Treler DOOM PATROL, Filem THE TRENCH, SKRULL!

DC Universe akhirnya telah menyiarkan sebuah treler acah rasmi untuk tayangan perdana siri televisyen strim terbaru, Doom Patrol!

Dengan pelbagai babak-babak baru termasuk pandang pertama watak penjahat Mr. Nobody yang dilakonkan oleh Alan Tudyk (Frozen, Big Hero 6, Rogue One), naskah adaptasi daripada DC Comics yang bakal bersiaran pada 15 Februari nanti dapat anda tonton di bawah ini:

 

***

 

Slot video promosi terbaru Captain Marvel di bawah ini padat dengan aksi-aksi dan babak yang belum terlihat sebelum ini.

Ia mempertontonkan bagaimana Carol Danvers/Captain Marvel cuba menerangkan kehadirannya ke bumi kepada Nick Fury termasuk penampakan anggota StarForce merempuh dan bertempur dengan sekumpulan platun askar Skrull!

 

***

 

Susulan kejayaan blockbuster luarbiasa Aquaman yang kini sudah kutipan tiket seluruh dunia melebihi USD1 bilion, sumber yang dipetik dari The Hollywood Reporter telah mendedahkan bahawa Warner Bros. kini sedang bersiap-siaga untuk fasa pembangunan awal filem spin-off, The Trench.

Gabungan bakat muda Noah Gardner dan Aidan Fitzgerald yang sebelum ini pernah berkhidmat bersama Bad Robot Productions di bawah sutradara J.J. Abrams untuk projek Super 8 (2011) dan Mission: Impossible – Ghost Protocol (2011) telah diberikan tanggungjawab untuk menjadi penulis skrip.

James Wan dan Peter Safran pula sah tetap kekal sebagai penerbit.

Tiada maklumat lanjut diperolehi melainkan ia bakal berlatarbelakangkan dunia dan kerajaan Trench tanpa kemunculan barisan pelakon-pelakon utama filem Aquaman sebelum ini.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Televisyen Terkini

#TERKINI | Pendedahan AVENGERS: ENDGAME, Filem X-MEN oleh BENDIS, TOY STORY 4!

Perisai asal Captain America dikembalikan? Groot ada seragam baru? Kemunculan sulung Ronin? Thor merajuk?

Walaupun kita terpaksa menanti sekurang-kurangnya sehingga bulan hadapan untuk treler rasmi kedua Avengers: Endgame disiarkan, Marvel Studios tetap tidak menghampakan dengan pendedahan slot promo iklan berdurasi 30 saat hari ini.

Tonton video promo tersebut di bawah ini:

Avengers: Endgame akan berada di pawagam seluruh dunia pada 26 April, 2019.

 

***

 

Tonton video promo terbaru untuk filem Toy Story 4 yang menyaksikan Ducky dan Bunny cuba ‘membuli’ Buzz Lightyear tetapi kurang berkesan di bawah ini!

Toy Story 4 membuka fasa seterusnya selepas trilogi kisah pengembaraan Woody, Buzz dan kawan-kawannya pada 21 Jun, 2019.

 

***

 

Penulis komik berprofil tinggi, Brian Michael Bendis  hari ini mendedahkan yang beliau sebenarnya sedang menulis sebuah skrip untuk filem X-Men!

Bekas penulis Marvel yang juga pernah menulis komik All-New X-Men beberapa tahun lalu telah disenaraikan oleh 20th Century Fox untuk melahirkan sebuah lakon layar untuk sebuah filem baru yang wujud dalam Semesta X-Men studio tersebut. Filem itu hanya diberi kod judul ‘143’ dan dijangka akan diarahkan oleh Tim Miller (Deadpool, Terminator 6).

Walaupun penggabungan Studio Fox dan Disney meletakkan pembangunan kesemua francais filem X-Men dalam tanda tanya serta status semasa Brian Bendis kini sebagai pengkarya rasmi DC Comics, penulis pemenang 5 kali Anugerah Eisner itu mengesahkan bahawa projek tersebut tetap diteruskan seperti dirancang.