Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Thor. Love. Tiada Thunder.

Memang saya akui betapa ‘serius’ dan fanatik sungguh kumpulan ini kerana begitu komited mengikuti setiap butir perjalanan MCU sejak sedari awal lagi. Tetapi secara logiknya kalau mereka benar-benar matang, berpengalaman dan waras; rasanya tidak perlulah meroyan sedemikian rupa.

Esok lusa Disney+ mesti strim dan siarkan juga rasanya. Kalau setakat mahu tunjuk handal dan hebat kononnya dialah yang paling pertama, paling fanboy/fangirl di kalangan kawan-kawan elok juga semak kod etika dan prinsip diri anda sebagai peminat sejati. Kerana sesungguhnya sejati itu bukanlah tentang awal atau akhirnya hadir ke pawagam. Bukan juga agresif atau proaktifnya memprotes atas sebab apa sekalipun. Bagi saya secara peribadi kita hanya perlu bertenang kerana biarlah atas alasan apapun ia tidak lepas tayangan di sini.

Kerana bila bertenang, semangat anda dan anda akan terlihat sendiri tanpa perlu dtunjuk-tunjuk. Serulah semangat dari luar ke dalam, bukan selalunya perlu dari dalam ke luar. Nyalarasa kita perlu bertuankan pengalaman dan kematangan. Bukan membuka pekung secara terang-terangan.

Categories
Filem Komik Terkini

Pandang Pertama Kostum Adiwira Thena, Sersi dan Phastos di Set Penggambaran ETERNALS!

Terima kasih kepada sumber yang dipetik Mail Online, kita sekali lagi telah menerima perkembangan dan dua foto terbaru dari set penggamnbaran filem Eternals.

Dan besar kemungkinan ini merupakan foto paling mendedahkan para pelakon dengan kostum adiwira mereka walaupun diambil dari jauh. Kita dapat melihat kelibat Thena (Angelina Jolie), Sersi (Gemma Chan) dan Phastos (Brian Tyree Henry).

Kita pernah melihat Angelina Jolie dan Gemma Chan dengan busana biasa tetapi inilah kali pertama kita dapat menyaksikan mereka mengenakan kostum adiwira rasmi sepertimana sama yang pernah dipertontonkan kepada khalayak ramai semasa di San Diego Comic-Con tahun ini!


Eternals akan mula tayangan di pawagam seluruh dunia pada 4 November, 2020.

Categories
Animasi Anime Filem Komik Terkini

Kematian dan Kejutan Besar Sekali Lagi Ubah Status Quo dalam X-FORCE #1!

Tanpa disangka dan dijangka, pelancaran semula komik X-Men telah melakukan sesuatu yang sama sekali dianggap amat mustahil!

 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

* * * AMARAN SPOILER! * * *

* * * BACA ATAS RISIKO SENDIRI * * *

 

 

*

*

*

*

*

*

*

*

*

 

Beberapa minggu lalu status quo dan sejarah X-Men diubah secara besar-besaran selepas kesudahan jalan cerita epik House of X/Powers of X.

Kitty Pryde masih lagi belum disahkan status rasminya sebagai seorang mutan. Betsy Braddock menjadi Captain Britain.

Dan pada hari ini menerusi komik X-Force isu #1.. Profesor Charles Xavier telah dibunuh!

Inilah kesan daripada peristiwa “Dawn of X”. Penulis X-Force, Benjamin Percy terlebih dahulu pernah memberi klu awal sebelum pemergian Pengetua X-Men itu beberapa minggu sebelum pelancarannya:

“Something is going to happen at the end of X-Force #1 that will ripple across all the X-titles and leave you in pain and wonder.. So just wait for that final page.”

X-Force #1 ditulis oleh Benjamin Percy dengan ilustrasi oleh Joshua Cassara manakala kaver adalah hasil Dustin Weaver. Sinopsis rasmi adalah seperti yang tertera di bawah ini:

“THE HIGH PRICE OF A NEW DAWN! X-Force is the CIA of the mutant world. One half intelligence branch, one half special ops. Beast, Jean Grey and Sage on one side, Wolverine, Kid Omega and Domino on the other. In a perfect world, there would be no need for an X-Force. We’re not there.. yet.”

Categories
Filem Komik Terkini

Gara-gara Penemuan Bom Tinggalan Tentera Nazi, Set Filem THE ETERNALS Dikosongkan!

Produksi untuk filem The Eternals dilapor telah dihentikan serta-merta selepas penemuan bom lama di Pulau Canary, Fuerteventura, Sepanyol yang mana sesi penggambaran sedang aktif berjalan.

Menurut sumber yang dipetik dari  The Sun, satu senjata peledak tinggalan tentera Wehrmacht Nazi dijumpai berdekatan set dan memaksa bintang-bintang utama filem tersebut seperti Angelina Jolie dan Richard Madden untuk beralih ke lokasi lebih selamat sementara menunggu unit pemati bom hadir.

Menurut seorang saksi:

“It was obviously terrifying. The bomb could have been there for decades untouched but who knows what might have happened if it was disturbed. Some of the biggest stars in the world were on set and nobody was taking any chances..”

Perkembangan terkini dan maklumat lanjut tentang berita ini bakal menyusul dari masa ke semasa.

The Eternals bakal berada di pawagam seluruh dunia menjekang 6 November, 2020.

Categories
Animasi Anime Filem Komik Manga Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Penerbit Sahkan Kemunculan Supaidāman untuk Sekuel SPIDER-MAN: INTO THE SPIDER-VERSE!

Kelibat Spider-Man dari Jepun (スパイダーマン, Supaidāman) kini rasmi akan muncul dalam filem sekuel Spider-Man: Into the Spider-Verse!

Menurut penerbit bersama Phil Lord (The LEGO Movie, Solo: A Star Wars Story) yang turut bertanggungjawab sebagai penulis skrip, pengesahan laporan tersebut telah didedahkan dalam satu maklumbalas peminat menerusi akaun Twitter rasmi milik beliau.

Jepun telah memperkenalkan Spider-Man versi aksi hidup ala Tokusatsu/Super Sentai mereka sendiri pada penghujung tahun 70an di bawah pelesenan rasmi Syarikat Toei yang boleh mengemudi sebuah robot mecha gergasi bernama Leopardon.

Sambungan filem Spider-Man: Into The Spider-Verse akan berada di pawagam seluruh dunia pada 8 April , 2022

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Vin Diesel Sedang Dipujuk untuk Watak Black Bolt dalam Filem INHUMANS?

Pencarian pelakon sudah pun bermula untuk kesemua projek fasa baru Semesta Sinematik Marvel (MCU) menerusi slot tayangan saluran strim rasmi Disney+.

Dan menurut satu sumber terbaru, bakal berlaku perubahan besar-besaran bermula menerusi siri Ms. Marvel dengan kehadiran kumpulan kerabat adiwira Inhumans. Yang pertama sekali akan muncul kelak adalah Black Bolt dan Maximus. Watak Raja Inhumans itu dilaporkan sudah ditawarkan kepada Vin Diesel (yang sudah bertahun lama mengidam dan berkempen untuk memnbawa watak Black Bolt!) manakala Aaron Taylor-Johnson yang pernah hadir dan “mati” sebagai Quicksilver dalam Avengers: Age of Ultron sebelum ini akan menjadi adik kandungnya, Maximus.

Untuk pengetahuan ramai, Kamala Khan/Ms. Marvel juga adalah seorang Inhuman serta plot yang direncanakan amat wajar boleh berlaku jika khabar-khabar angin sedang bertiup ini dilaporkan benar.

Apa pula pendapat anda? Komen seperti biasa menerusi ruangan tersedia di bawah ini.

 

 

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Hailee Steinfeld Ditawarkan Watak Kate Bishop untuk Siri TV Disney+ HAWKEYE!

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, bintang utama filem Bumblebee dan Spider-Man: Into the Spider-Verse iaitu Hailee Steinfeld telah ditawarkan watak sebagai Kate Bishop dalam siri televisyen stream terbaru Hawkeye terbtan Disney+!

Jeremy Renner sudah mengesahkan untuk beraksi kembali sebagai Clint Barton/Hawkeye dan dipercayai mengisahkan tentang cerita bagaimana beliau melatih protegé serta menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kate Bishop selaku Hawkeye yang baru.

Sekiranya rundingan positif dan perjanjian berjalan lancar, Hailee Steinfeld bakal melalui komitmen yang panjang bersama Marvel Studios dan Disney untuk tahun-tahun mendatang kerana bakal dikembangkan sebagai siri televisyen berasingan atau kemunculan di dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Terkini

Taika Waititi Bakal Arah Sebuah Filem Rahsia Sebelum THOR: LOVE AND THUNDER!

Tidak. Thor: Love and Thunder tidak ditangguhkan pembikinan dan tarikh tayangannya.

Tetapi pengarah Taika Waititi dilaporkan akan mengarah sebuah filem rahsia di bawah studio Fox Searchlight sebelum memulakan projek pengembaraan filem Thor yang keempat itu. Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, beliau sendiri akan menulis dan mengarahkan filem tersebut di mana ia melibatkan Garrett Basch, Jonathan Cavendish dan pengarah Venom 2, Andy Serkis sebagai penerbit.

Tiada sebarang maklumat tambahan atau perincian plot dapat didedahkan setakat ini.

Categories
Komik Terkini

Penulis Jonathan Hickman Perkenalkan Kod Warna untuk Komik HOUSE OF X & POWERS OF X!

Siri komik House of X dan Powers of X terbitan Marvel yang baru dilancarkan minggu ini bakal mempersembahkan banyak konten serba baharu dan halatuju sangat menarik demi masa depan X-Men.

Menurut penulisnya Jonathan Hickman yang hadir dengan gagasan penceritaan tahap frenetik untuk kedua-dua judul tersebut serta digabungkan pula dengan segala edisi varian dan cetakan semula, besar kemungkinan akan menyukarkan pembaca untuk membeli komik berdasarkan aturan dan susunan tepat pada setiap minggu.

Oleh kerana itu, beliau telah memperkenalkan sistem logo kod warna untuk kedua-dua siri komik tersebut bagi setiap keluaran dalam usaha membantu serta memastikan pembaca membeli komik yang betul setiap minggu.

Penulis yang pernah menghasilkan Secret Wars (2015) dan Infinity (2013) itu menjelaskan bahawa pembaca hanya perlu “lihat pada logo sekiranya terkeliru dan perhatikan pada indikasi berwarna merah, kuning dan biru”. Setiap logo akan terpampang judul komik, nombor isu/keluaran dan nama penulis serta pelukis.  Sistem ini akan memastikan yang peminat dan pembaca komik dapat mengikuti setiap jalan cerita dengan lebih mudah untuk salah satu atau kedua-dua siri di atas tanpa ketinggalan satu isu pun atau dengan secara tidak sengaja membeli isu yang sama.

Bermula dengan keluaran House of X #1 semalam, maka secara rasminya komik House of X dan Powers of X akan terbit setiap minggu selama tiga bulan berturut-turut.

Categories
Filem Komik Terkini

Percutian Peter Parker Nyaris ke New Asgard dalam SPIDER-MAN: FAR FROM HOME!

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige baru-baru ini telah mendedahkan yang pihak produksi pernah mempertimbangkan untuk watak Sam Wilson/Captain America muncul pada kesudahan filem Spider-Man: Far From Home.

Tetapi itu bukan satu-satunya rujukan Avengers: Endgame yang hampir menjadi kenyataan menerusi sekuel terbaru arahan Jon Watts kerana percutian Peter Parker ke Eropah hampir membawanya ke kediaman baru Thor di New Asgard!

Terletak di Tønsberg, Norway (lokasi yang sama di mana Red Skull menjumpai Tesseract dalam Captain America: The First Avenger), New Asgard dipilih oleh Thor sebagai pemukiman terbaru beliau dan rakyatnya sejurus selepas kesudahan Avengers: Infinity War (2018).

Ketika pergi meninggalkan tempat itu untuk ke angkasa lepas bersama Guardians of the Galaxy, beliau telah melantik Valkyrie mengambil-alih tempatnya di sana sebagai ‘Ketua Kampung’.

Menurut satu kenyataan yang dikongsikan bersama pihak media semas sesi promosi oleh pengarah tersebut:

“I remember one point we were talking about if one of the stops along the way through Europe was going to be New Asgard..”

Spider-Man: Far from Home akan berada di pawagam seluruh dunia pada awal Julai nanti.