Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Thor. Love. Tiada Thunder.

Memang saya akui betapa ‘serius’ dan fanatik sungguh kumpulan ini kerana begitu komited mengikuti setiap butir perjalanan MCU sejak sedari awal lagi. Tetapi secara logiknya kalau mereka benar-benar matang, berpengalaman dan waras; rasanya tidak perlulah meroyan sedemikian rupa.

Esok lusa Disney+ mesti strim dan siarkan juga rasanya. Kalau setakat mahu tunjuk handal dan hebat kononnya dialah yang paling pertama, paling fanboy/fangirl di kalangan kawan-kawan elok juga semak kod etika dan prinsip diri anda sebagai peminat sejati. Kerana sesungguhnya sejati itu bukanlah tentang awal atau akhirnya hadir ke pawagam. Bukan juga agresif atau proaktifnya memprotes atas sebab apa sekalipun. Bagi saya secara peribadi kita hanya perlu bertenang kerana biarlah atas alasan apapun ia tidak lepas tayangan di sini.

Kerana bila bertenang, semangat anda dan anda akan terlihat sendiri tanpa perlu dtunjuk-tunjuk. Serulah semangat dari luar ke dalam, bukan selalunya perlu dari dalam ke luar. Nyalarasa kita perlu bertuankan pengalaman dan kematangan. Bukan membuka pekung secara terang-terangan.

Categories
Filem Komik Terkini

Peminat Bengang Filem X-MEN akan ditukar namanya menjadi THE MUTANTS!

Ada khabar angin mengatakan nama X-Men akan diubah ke The Mutants untuk Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Ini bukan satu cerita baru kerana sudah mula tular sejak awal tahu lalu sekaligus kembali menyemarakkan rasa gelisah dan resah ramai peminat. Tidak kurang juga yang marah berasa amarah. Namun begitu, harus diingat bahawa Stan Lee  jugapernah muncul dengan nama tersebut semasa mula mencipta X-Men satu ketuka dulu sebelum ditolak oleh pihak penerbitan.

Sama ada sahih atau tidak, berkemungkinan San Diego Comic Con (SDCC) yang sedang berlangsung sekarang ada jawapannya jika pihak Marvel Studios memilih untuk mententeramkan kekalutan yang melanda dari terus porak peranda!

Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Steven Spielberg Arah Filem Baharu FANTASTIC FOUR: On Tak On?

Ya, ada khabar angin bertiup kencang bahawa pengarah legendaris E.T, Jaws, Jurassic Park dan Indiana Jones itu dilaporkan akan menjadi teraju utama untuk filem baharu Fantastic Four.

Ya, ada pengesahan rasmi bahawa Presiden Marvel Studios, Kevin Feige telah berjumpa beliau sejak dulu lagi untuk terlibat dalam mana-mana projek dan produksi rumah penerbitan komik terbesar dunia itu,

Ya, ada kebarangkalian semua ini boleh menjadi kenyataan selepas kemunculan John Krasinski, Sir Patrick Stewart, Chralize Theron, Angelina Jolie, Christian Bale, Russel Crowe dan beberapa bintang-bintang besar lain sejak kebelakanhan ini ke dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) termasuklah Sam Raimi yang kembali dipujuk setelah merajuk bertahun lamanya.

Persoalannya:

Steven Spielberg ok ke tu? Kejap dia macam on. Kejap dia macam tak on.

Korang on tak on?

Categories
Animasi Filem Komik Terkini

IRONHEART dan THUNDERBOLTS Sedang Dalam Pembikinan Marvel Studios?

Khabar angin yang bertiup kencang sekarang ini melaporkan bahawa pihak Marvel Studios sudah pun memulakan projek-projek Fasa 5 mereka. Sumber yang bermula dari MCU Cosmic tersebut masih lagi menjadi tanda tanya dan belum dapat disahkan secara rasmi.

Antara yang paling menarik perhartian adalah filem Ironheart dan Thunderbolts.

Ironheart adalah seorang adiwira bernama Riri Williams di dalam komik yang diinspirasikan daripada watak Iron Man manakala Thunderbolts pula merupakan sekumpulan pasukan penjahat yang menyamar sebagai adiwira yang kononnnya ingin menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Avengers.

 

Categories
Filem Komik Terkini

Pandang Pertama Kostum Adiwira Thena, Sersi dan Phastos di Set Penggambaran ETERNALS!

Terima kasih kepada sumber yang dipetik Mail Online, kita sekali lagi telah menerima perkembangan dan dua foto terbaru dari set penggamnbaran filem Eternals.

Dan besar kemungkinan ini merupakan foto paling mendedahkan para pelakon dengan kostum adiwira mereka walaupun diambil dari jauh. Kita dapat melihat kelibat Thena (Angelina Jolie), Sersi (Gemma Chan) dan Phastos (Brian Tyree Henry).

Kita pernah melihat Angelina Jolie dan Gemma Chan dengan busana biasa tetapi inilah kali pertama kita dapat menyaksikan mereka mengenakan kostum adiwira rasmi sepertimana sama yang pernah dipertontonkan kepada khalayak ramai semasa di San Diego Comic-Con tahun ini!


Eternals akan mula tayangan di pawagam seluruh dunia pada 4 November, 2020.

Categories
Filem Komik Terkini

Gara-gara Penemuan Bom Tinggalan Tentera Nazi, Set Filem THE ETERNALS Dikosongkan!

Produksi untuk filem The Eternals dilapor telah dihentikan serta-merta selepas penemuan bom lama di Pulau Canary, Fuerteventura, Sepanyol yang mana sesi penggambaran sedang aktif berjalan.

Menurut sumber yang dipetik dari  The Sun, satu senjata peledak tinggalan tentera Wehrmacht Nazi dijumpai berdekatan set dan memaksa bintang-bintang utama filem tersebut seperti Angelina Jolie dan Richard Madden untuk beralih ke lokasi lebih selamat sementara menunggu unit pemati bom hadir.

Menurut seorang saksi:

“It was obviously terrifying. The bomb could have been there for decades untouched but who knows what might have happened if it was disturbed. Some of the biggest stars in the world were on set and nobody was taking any chances..”

Perkembangan terkini dan maklumat lanjut tentang berita ini bakal menyusul dari masa ke semasa.

The Eternals bakal berada di pawagam seluruh dunia menjekang 6 November, 2020.

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Vin Diesel Sedang Dipujuk untuk Watak Black Bolt dalam Filem INHUMANS?

Pencarian pelakon sudah pun bermula untuk kesemua projek fasa baru Semesta Sinematik Marvel (MCU) menerusi slot tayangan saluran strim rasmi Disney+.

Dan menurut satu sumber terbaru, bakal berlaku perubahan besar-besaran bermula menerusi siri Ms. Marvel dengan kehadiran kumpulan kerabat adiwira Inhumans. Yang pertama sekali akan muncul kelak adalah Black Bolt dan Maximus. Watak Raja Inhumans itu dilaporkan sudah ditawarkan kepada Vin Diesel (yang sudah bertahun lama mengidam dan berkempen untuk memnbawa watak Black Bolt!) manakala Aaron Taylor-Johnson yang pernah hadir dan “mati” sebagai Quicksilver dalam Avengers: Age of Ultron sebelum ini akan menjadi adik kandungnya, Maximus.

Untuk pengetahuan ramai, Kamala Khan/Ms. Marvel juga adalah seorang Inhuman serta plot yang direncanakan amat wajar boleh berlaku jika khabar-khabar angin sedang bertiup ini dilaporkan benar.

Apa pula pendapat anda? Komen seperti biasa menerusi ruangan tersedia di bawah ini.

 

 

Categories
Filem Konten Strim Televisyen Terkini

WANDAVISION Dilaporkan Separa Sitkom, Separa Filem Epik Marvel!

Pada awal minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan pihak Marvel Studios sedang mencari watak bayi untuk projek WandaVision. Dan yang terbaru sekarang adalah siri 6-episod yang bakal bersiaran menerusi Disney+ itu akan dipecahkan kepada dua bahagian!

Begini ceritanya:

Tiga episod awal akan disusun sebagai sebuah sitkom klasik Hollywood dengan fokus diberikan kepada watak utama, Wanda dan The Vision. Tiga episod seterusnya akan memberikan fokus kepada keduanya sebagai pasangan suami isteri dan ayah ibu kepada dua orang anak dengan anak ketiga yang sudah dewasa.

Kelihatan seperti Wanda sudah hilang kawalan kuasa mistiknya dan sudah mula “menyusun” laluan hidup berkeluarga.

Seterusnya ia dikhabarkan terus bersambung langsung menerusi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan membiarkan anak-anak mereka (Wiccan dan Speed dari Young Avengers?) hidup berdikari di serata Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Sudah tentu semua yang dilaporkan hanyalah khabar angin setakat ini dan ia masih terbuka untuk sebarang taklukan perubahan mahupun spekulasi.

Apa pula pendapat anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan yang tersedia di bawah entri ini.

Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Hailee Steinfeld Ditawarkan Watak Kate Bishop untuk Siri TV Disney+ HAWKEYE!

Berdasarkan sumber yang dipetik dari Variety, bintang utama filem Bumblebee dan Spider-Man: Into the Spider-Verse iaitu Hailee Steinfeld telah ditawarkan watak sebagai Kate Bishop dalam siri televisyen stream terbaru Hawkeye terbtan Disney+!

Jeremy Renner sudah mengesahkan untuk beraksi kembali sebagai Clint Barton/Hawkeye dan dipercayai mengisahkan tentang cerita bagaimana beliau melatih protegé serta menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada Kate Bishop selaku Hawkeye yang baru.

Sekiranya rundingan positif dan perjanjian berjalan lancar, Hailee Steinfeld bakal melalui komitmen yang panjang bersama Marvel Studios dan Disney untuk tahun-tahun mendatang kerana bakal dikembangkan sebagai siri televisyen berasingan atau kemunculan di dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Categories
Animasi Filem Komik Manga Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Marvel Studios Dilaporkan Punya Rancangan Besar dan Luarbiasa untuk DOCTOR DOOM!

Doctor Doom adalah antagonis terhebat dalam sejarah komik Marvel tetapi seolah-olah telah “dibazirkan” untuk tiga buah filem sebelum ini.

Kini, perhatian terus diberikan kepada Marvel Studios tentang perancangan lanjut bagaimana mahu membawa watak Victor Von Doom terus relevan ke layar pawagam. Dan satu khabar angin bertiup kencang di kala ini telah mendedahkan bagaimana Presiden Marvel Studios, Kevin Feige dan tenaga kreatifnya yang sudah pun mula menggerakkannya.

Berdasarkan satu sumber yang boleh dipercayai, Doctor Doom tidak akan muncul sebagai musuh utama Fantastic Four dalam pengembaraan sulung mereka untuk Semesta Sinematik Marvel (MCU). Tetapi itu tidak bermakna beliau akan berhenti daripada memberi ancaman kerana Marvel Studios bersiap-siaga untuk rencana cerita lebih besar demi masa hadapan MCU.

Salah satu idea tersebut adalah memperkenalkan kisah asal-usul Dr. Doom menerusi saluran strim Disney+ TV sebelum hadir bertembung dengan Fantastic Four.


Hanya masa akan menentukan perkhabaran di atas dan sudah tentunya kita sedar bahawa wujud lebih banyak seteru Fantastic Four yang hebat untuk mengacam mereka sebelum kemunculan Dr. Doom

Apa pula pendapat dan pandangan anda tentang laporan ini? Komen seperti biasa menerusi ruangan di bawah.