Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Thor. Love. Tiada Thunder.

Memang saya akui betapa ‘serius’ dan fanatik sungguh kumpulan ini kerana begitu komited mengikuti setiap butir perjalanan MCU sejak sedari awal lagi. Tetapi secara logiknya kalau mereka benar-benar matang, berpengalaman dan waras; rasanya tidak perlulah meroyan sedemikian rupa.

Esok lusa Disney+ mesti strim dan siarkan juga rasanya. Kalau setakat mahu tunjuk handal dan hebat kononnya dialah yang paling pertama, paling fanboy/fangirl di kalangan kawan-kawan elok juga semak kod etika dan prinsip diri anda sebagai peminat sejati. Kerana sesungguhnya sejati itu bukanlah tentang awal atau akhirnya hadir ke pawagam. Bukan juga agresif atau proaktifnya memprotes atas sebab apa sekalipun. Bagi saya secara peribadi kita hanya perlu bertenang kerana biarlah atas alasan apapun ia tidak lepas tayangan di sini.

Kerana bila bertenang, semangat anda dan anda akan terlihat sendiri tanpa perlu dtunjuk-tunjuk. Serulah semangat dari luar ke dalam, bukan selalunya perlu dari dalam ke luar. Nyalarasa kita perlu bertuankan pengalaman dan kematangan. Bukan membuka pekung secara terang-terangan.

Categories
Artikel Filem Komik Terkini

Teori Konspirasi di Sebalik Filem THOR: LOVE AND THUNDER!

Maka dengan itu, Thor: Love and Thunder secara rasmi akan menjadi filem pertama dalam sejarah Semesta Sinematik Marvel (MCU) yang tidak akan ditayangkan untuk mana-mana pawagam di Malaysia.

Mungkin ramai ada bertanggapan dan teori konspirasi tersendiri. Di antara yang paling popular adalah:

  1. Unsur-unsur LGBTQ yang semakin lama semakin berani dan jelas keras dipersembahkan Hollywood.
  2. Dendam kesumat dan krisis berterusan antara Disney dan Lembaga Penapisan Filem  (LPF) sejak sebelum isu Lightyear dan Beauty and Beast lagi.
  3. Watak Gorr The God Butcher yang sangat sensitif lagi berisiko besar kerana ada dialog-dialog merencam pemahaman umum umat Islam.
  4. Babak bogel Thor yang di-pixelated dalam treler filem rasmi dan tidak ditapis dalam filem sebenar.
  5. Tidak ada kena mengena langsung dengan ancaman momentum atau prestasi pasaran luar biasa filem Mat Kilau kala ini.

.. dan banyaklah lagi teori-teori netizen lain.

Oleh itu hendak dipendekkan cerita, terimalah hakikat ini dan move on dengan kehidupan anda semua seperti biasa.

Jangan pula ditanya adakah ia akan keluar kelak menerusi saluran strim Disney+ Hotstar atau tidak. Saya bukan konspirasi teoris. Saya bukan pekerja Disney+ Hotstar. Saya bukan vlogger atau TikToker atau YouTuber murahan yang suka memandai-mandai. Apatah lagi saya bukan Abang Perisik Upahan anda nak kena buat semua kerja itu.

Ok?

Categories
Animasi Filem Komik Terkini

IRONHEART dan THUNDERBOLTS Sedang Dalam Pembikinan Marvel Studios?

Khabar angin yang bertiup kencang sekarang ini melaporkan bahawa pihak Marvel Studios sudah pun memulakan projek-projek Fasa 5 mereka. Sumber yang bermula dari MCU Cosmic tersebut masih lagi menjadi tanda tanya dan belum dapat disahkan secara rasmi.

Antara yang paling menarik perhartian adalah filem Ironheart dan Thunderbolts.

Ironheart adalah seorang adiwira bernama Riri Williams di dalam komik yang diinspirasikan daripada watak Iron Man manakala Thunderbolts pula merupakan sekumpulan pasukan penjahat yang menyamar sebagai adiwira yang kononnnya ingin menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Avengers.

 

Categories
Filem Komik Terkini

Pandang Pertama Kostum Adiwira Thena, Sersi dan Phastos di Set Penggambaran ETERNALS!

Terima kasih kepada sumber yang dipetik Mail Online, kita sekali lagi telah menerima perkembangan dan dua foto terbaru dari set penggamnbaran filem Eternals.

Dan besar kemungkinan ini merupakan foto paling mendedahkan para pelakon dengan kostum adiwira mereka walaupun diambil dari jauh. Kita dapat melihat kelibat Thena (Angelina Jolie), Sersi (Gemma Chan) dan Phastos (Brian Tyree Henry).

Kita pernah melihat Angelina Jolie dan Gemma Chan dengan busana biasa tetapi inilah kali pertama kita dapat menyaksikan mereka mengenakan kostum adiwira rasmi sepertimana sama yang pernah dipertontonkan kepada khalayak ramai semasa di San Diego Comic-Con tahun ini!


Eternals akan mula tayangan di pawagam seluruh dunia pada 4 November, 2020.

Categories
Filem Komik Terkini

Gara-gara Penemuan Bom Tinggalan Tentera Nazi, Set Filem THE ETERNALS Dikosongkan!

Produksi untuk filem The Eternals dilapor telah dihentikan serta-merta selepas penemuan bom lama di Pulau Canary, Fuerteventura, Sepanyol yang mana sesi penggambaran sedang aktif berjalan.

Menurut sumber yang dipetik dari  The Sun, satu senjata peledak tinggalan tentera Wehrmacht Nazi dijumpai berdekatan set dan memaksa bintang-bintang utama filem tersebut seperti Angelina Jolie dan Richard Madden untuk beralih ke lokasi lebih selamat sementara menunggu unit pemati bom hadir.

Menurut seorang saksi:

“It was obviously terrifying. The bomb could have been there for decades untouched but who knows what might have happened if it was disturbed. Some of the biggest stars in the world were on set and nobody was taking any chances..”

Perkembangan terkini dan maklumat lanjut tentang berita ini bakal menyusul dari masa ke semasa.

The Eternals bakal berada di pawagam seluruh dunia menjekang 6 November, 2020.

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Vin Diesel Sedang Dipujuk untuk Watak Black Bolt dalam Filem INHUMANS?

Pencarian pelakon sudah pun bermula untuk kesemua projek fasa baru Semesta Sinematik Marvel (MCU) menerusi slot tayangan saluran strim rasmi Disney+.

Dan menurut satu sumber terbaru, bakal berlaku perubahan besar-besaran bermula menerusi siri Ms. Marvel dengan kehadiran kumpulan kerabat adiwira Inhumans. Yang pertama sekali akan muncul kelak adalah Black Bolt dan Maximus. Watak Raja Inhumans itu dilaporkan sudah ditawarkan kepada Vin Diesel (yang sudah bertahun lama mengidam dan berkempen untuk memnbawa watak Black Bolt!) manakala Aaron Taylor-Johnson yang pernah hadir dan “mati” sebagai Quicksilver dalam Avengers: Age of Ultron sebelum ini akan menjadi adik kandungnya, Maximus.

Untuk pengetahuan ramai, Kamala Khan/Ms. Marvel juga adalah seorang Inhuman serta plot yang direncanakan amat wajar boleh berlaku jika khabar-khabar angin sedang bertiup ini dilaporkan benar.

Apa pula pendapat anda? Komen seperti biasa menerusi ruangan tersedia di bawah ini.

 

 

Categories
Filem Konten Strim Televisyen Terkini

WANDAVISION Dilaporkan Separa Sitkom, Separa Filem Epik Marvel!

Pada awal minggu ini, terdapat laporan yang menyatakan pihak Marvel Studios sedang mencari watak bayi untuk projek WandaVision. Dan yang terbaru sekarang adalah siri 6-episod yang bakal bersiaran menerusi Disney+ itu akan dipecahkan kepada dua bahagian!

Begini ceritanya:

Tiga episod awal akan disusun sebagai sebuah sitkom klasik Hollywood dengan fokus diberikan kepada watak utama, Wanda dan The Vision. Tiga episod seterusnya akan memberikan fokus kepada keduanya sebagai pasangan suami isteri dan ayah ibu kepada dua orang anak dengan anak ketiga yang sudah dewasa.

Kelihatan seperti Wanda sudah hilang kawalan kuasa mistiknya dan sudah mula “menyusun” laluan hidup berkeluarga.

Seterusnya ia dikhabarkan terus bersambung langsung menerusi filem Doctor Strange in the Multiverse of Madness dan membiarkan anak-anak mereka (Wiccan dan Speed dari Young Avengers?) hidup berdikari di serata Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Sudah tentu semua yang dilaporkan hanyalah khabar angin setakat ini dan ia masih terbuka untuk sebarang taklukan perubahan mahupun spekulasi.

Apa pula pendapat anda? Nyatakan komen anda seperti biasa menerusi ruangan yang tersedia di bawah entri ini.

Categories
Filem Komik Terkini

Kristen Stewart Dinasihatkan Jaga Perilaku Sekiranya Mahu Beraksi Dalam MCU!

Dalam satu wawancara eksklusif bersama Harper’s Bazaar UK, Kristen Stewart mendedahkan bahawa beliau telah dinasihatkan untuk menjaga perilaku dan selindungi kecenderungannya terhadap jantina sejenis sekiranya mahu maju dalam karier.

Bintang Hollwyood berusia 29 tahun yang pernah popular menerusi saga Twilight itu bakal beraksi dalam reboot filem Charlie’s Angels menyatakan beliau “disuruh” untuk berubah dan elakkan diri daripada dilihat berpimpin tangan di khalayak ramai untuk berperanan dalam mana-mana filem Marvel. Sama ada benar atau tidak kenyaatan yang di atas, Kristen Stewart masih belum jelaskan secara terperinci apakah watak yang ditawarkan pada ketika itu. Apa pun begitu, beliau nampaknya masih enggan mendengar teguran atau menolak nasihat seumpamanya serta memberi impak kepada kariernya kini:

“‘I was informed by an old-school mentality, which is if you want to preserve your career and your success and your productivity. There are people in the world who don’t like you and they don’t like that you date girls and they don’t like that you don’t identify as “hetero-sexual”. And people like to know stuff, so what the f*** are you?’

Sekiranya Kristen Stewart mahu mencuba nasib dalam mana-mana filem bergenre superhero atau adaptasi komik, watak manakah yang dirasakan sesuai untuk beliau?

Categories
Filem Komik Muzik Video Terkini Video

Bintang Utama AVENGERS: ENDGAME, Jeremy Renner Lancarkan Single Lagu Terbaru!

Jeremy Renner yang cukup dikenali ramai sebagai Hawkeye/Ronin menerusi filem-filem Avengers dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) kini nampaknya mahu berehat dari menyelamatkan dunia dari ancaman penjahat sebagai seorang superhero dan beralih ke bidang nyanyian!

Single lagu dan muzik video terbaru berjudul “Main attraction” dilancarkan dan diumumkan oleh beliau sendiri menerusi akaun Twitter rasmi miliknya dengan kapsyen:

Main Attraction Music Video out now! Link in my bio to watch the whole video on Youtube

Video tersebut dapat anda tonton di bawah ini:

Categories
Animasi Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Filem ‘Crossover’ SPIDER-MAN/VENOM Dapat Kelulusan Pengarah!

Venom mungkin bukan sebuah naskah blockbuster namun ia tetap menjana kejayaan besar sebagai filem pecah panggung yang mendominasi carta kutipan tiket pada tahun lalu.

Dan sudah kedengaran laporan bakal ada satu filem ‘crossover’ yang akan menampilkan Tom Hardy sebagai Eddie Brock/Venom dan Tom Holland sebagai Peter Parker/Spider-Man. Malah Presiden Marvel Studios, Kevin Feige turut mengesahkan bahawa kebarangkalian ianya akan terjadi adalah amat positif.

Dalam satu wawancara media untuk promosi filem Spider-Man: Far From Home, pengarah Jon Watts telah diajukan soalan sama ada beliau percaya idea untuk menggabungkan dua francais tersebut atau sebaliknya.

Jawapan yang diberikan adalah begitu positif:

“I found Venom to be so funny and I thought Tom Hardy was so great.. I don’t know that they are so different. I think you put those two Toms together and you’re going to see something pretty special!”

Tidak dapat dinafikan potensi untuk sebuah cerita yang menggabungkan kedua-dua watak popular itu akan berjaya. Tetapi ia memerlukan masa dan persefahaman padu daripada Marvel Studios dan Sony Pictures demi menjana sesuatu yang hebat di antaranya.