Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Versi Terbaru THE NEW MUTANTS Dilapor Sisihkan Semua Hubungan dengan Francais Asal X-MEN!

Berdasarkan sebuah laporan terbaru, Disney dan Marvel Studios telah pun menyunting semua babak atau pertalian dengan semua filem-filem X-Men di bawah 20th Century Fox (2000-2019) sebelum ini untuk The New Mutants menjelang tayangannya pada bulan April 2020.

Perubahan dilakukan kerana ingin memberi ruang dan peluang kepada Presiden Marvel Studios, Kevin Feige untuk membawa watak-watak daripada filem tersebut diserap masuk ke dalam Semesta Sinematik Marvel (MCU) walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat. Disney dikatakan mahu mendefinasikan semula pengertian dan maksud ‘mutant’ yang tidak memiliki sebarang pengalaman mahupun mengetahui kewujudan X-Men!

Memetik satu sumber laporan:

“The story is set within a secret facility that experiments on mutants and the main character (Danielle Moonstar) doesn’t know she is a mutant or the meaning of the word (mutant). Moonstar is brought to the facility after an attack by Demon Bear.”

Mister Sinister dikatakan adalah antagonis utama The New Mutants dengan khabar angin sebelum ini menamakan Jon Hamm was sebagai pemegang watak tersebut dalam satu babak kredit bonus. Dan sekiranya ia benar, babak tersebut pastinya akan dicantas pada peringkat sekarang demi merealisasikan rancangan Disney/Marvel Studios.