Categories
Filem Komik Permainan Video Terkini

#TERKINI | Filem Mini ANTHEM, TOLKIEN, KUNG FU HUSTLE 2! (13/2/19)

Sementara pengarah Neill Blomkamp menunggu panggilan telefon daripada James Cameron untuk filem Alien seterusnya yang sudah hampir pasti, nampaknya beliau sendiri telah sibuk merencana sesuatu yang tidak djangka ramai!

Awal minggu ini, pengarah District 9 (2009), Elysium (2013) dan Chappie (2015) itu telah mendedahkan yang beliau sedang mengusahakan sebuah projek baru berkenaan permainan video popular oleh Bioware, Anthem. Dan pada hari ini kita dapat menonton pandang pertama hasil projek filem pendek eksklusif tersebut yang berjudul ‘Conviction’ menerusi video di bawah:

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada sutradara itu sendiri mengenai projek tersebut:

“I was really blown away by this incredible world BioWare created the very first time I saw Anthem. Conviction sets the stage with a narrative that touches on Anthem’s beautiful and immersive world, which is ripe for exploration by these powerful Javelins. A world where danger is lurking on every ledge and in each valley.”

Filem pendek Conviction akan dapat kita tonton secara rasmi menjelang esok 14 Februari, 2019.

 

***

 

Fox Searchlight sebentar tadi telah melancarkan sebuah treler rasmi untuk filem biografi Tolkien.

Ia dibintangi oleh pelakon X-Men: Dark Phoenix dan Mad Max: Fury Road, Nicholas Hoult sebagai pengarang ternama asal Britain iaitu John Ronald Reuel atau lebih ringkas dikenali dengan nama pena J.R.R Tolkien yang cukup popular menerusi novel-novel fantasi dan dunia epik The Lord of The Rings.

Tonton treler rasmi filem tersebut di bawah ini:

Diarahkan oleh Dome Karukoski bersama penulis skrip David Gleeson dan Stephen Beresford, Tolkien turut dibintangi Lily Collins, Tom Glynn-Carney, Anthony Boyle, Patrick Gibson serta Derek Jacobi dengan tarikh tayangan rasmi pada 10 Mei, 2019.

 

***

 

Ini berita gempar dan bakal mendatangkan debar berpanjangan buat peminat Stephen Chow!

Berdasarkan sumber yang dipetik dari M.A.A.C, sekuel filem Kung Fu Hustle (2004) yang dinanti ramai sejak sekian lama oleh kita semua akhirnya akan menjadi kenyataan.

Semasa sesi wawancara dan siri jelajah promosi filem terbaru The New King Of Comedy, pengarah dan pelawak popular Hong Kong tersebut denagn secara rasmi mendedahkan bahawa Kung Fu Hustle 2 kini rasmi sudah memulakan fasa pra-produksi. Beliau dijangka akan mengarahkan dan membuat penampilan cameo dalam filem itu nanti selepas sekuel Mermaid (2016) selesai penggambaran.

Walau bagaimanapun, ia dikatakan bukan sebuah naskah sekuel tradisional tetapi lebih kepada kesinambungan lain yang akan mengambil latar belakang moden hari ini.

Perkembangan dan berita selanjutnya menyusul dari masa ke semasa.