Tonton Treler Acah Rasmi Siri Mini DRACULA Terbitan BBC/Netflix!

Novel, Televisyen, Terkini

Daripada penerbit dan penulis siri televisyen Sherlock, Mark Gatiss dan Steven Moffat membawakan kita sebuah kisah klasik yang akan disiarkan tidak lama lagi.

Pengarah WONDER WOMAN, Patty Jenkins Tandatangani Kontrak Eksklusif Netflix!

Animasi, Filem, Komik, Televisyen, Terkini

Pengarah Patty Jenkins yang cukup popular menerusi filem Wonder Woman (2017) dan sekuelnya tahun hadapan Wonder Woman 1984 telah menandatangani kontrak eksklusif bersama Netflix untuk menerbitkan siri-siri televisyen baru untuk gergasi saluran strim tersebut.

Menurut Variety, jumlah perjanjian itu dianggarkan bernilai USD$10 juta dalam tempoh tiga tahun mendatang.

Naib Presiden Kandungan Tulen Netflix, Channing Dungey menyatakan:

“We’re thrilled to welcome Patty Jenkins to Netflix. Her trailblazing work has pushed boundaries and she confidently tells stories that leave an unforgettable mark. We look forward to fostering her many ideas and helping them come to life.”

Patty Jenkis membalas kenyataan tersebut:

“I’m so excited to embark on a great journey of making the new world of television with a company and group of people I admire as much as Ted Sarandos, Cindy Holland, Channing, Peter Friedlander and the team at Netflix. I look forward to digging in to some great work together soon.”

Beliau kini sedang sibuk menyiapkan naskah sekuel Wonder Woman selaku pengarah, penerbit dan penulis bersama yang mana kisah filem berlangsung pada tahun 1984 pada kemuncak Perang Dingin dan sebelum Justice League.

Wonder Woman 1984 dibintangi Gal Gadot sebagai Diana Prince/Wonder Woman, Chris Pine sebagai Steve Trevor, Kristen Wiig sebagai Barbara Minerva/Cheetah, Pedro Pascal dan Natasha Rothwell dengan tarikh tayangan rasmi pada 5 Jun, 2020.

Lihat Kelibat Josh Duhamel sebagai The Utopian di Set Penggambaran JUPITER’S LEGACY!

Komik, Televisyen, Terkini

Penggambaran siri adaptasi web tv Netflix untuk komik Jupiter’s Legacy kini sedang aktif berjalan di Toronto, Kanada.

Beberapa foto dari set lokasi telah muncul di atas talian dan memaparkan penampakan Josh Duhamel (Trilogi Transformers, CHiPs) sebagai The Utopian. Apa yang menariknya di sini adalah kelibat beliau adalah hampir sama dan serupa sepertimana yang pernah kita baca menerusi sumber asal komiknya!

Di dalam foto-foto ini, watak Utopian telah mengenakan seragam berwarna putih ikonik miliknya dengan jata logo berwarna merah dan emas di dada. Berambut panjang dan putih, ia jelas adalah sekata dengan versi komik asal tulisan Mark Millar (Civil War, Kingsman, Kick-Ass) dan lukisan Frank Quitely (All-Star Superman, New X-Men).

Berdasarkan sumber keterangan rasmi yang dikeluarkan oleh produksi baru-baru ini:

Sheldon Sampson (The Utopian) is the storied leader of the superhero team The Union. But times have changed, and he doesn’t understand the world we live in anymore. Or his own family.

Siri web tv Netflix ini adalah berdasarkan komik dengan judul sama yang mengisahkan tentang kisah kehidupan Generasi Pertama Superhero dan anak-anak mereka yang kini sudah mula hilang rasa tanggungjawab terhadap diri sendiri dan juga dunia. Mereka menjalani sebagai selebriti Hollywood dan media sosial tanpa ada rasa amanah menjaga bumi sepertimana yang dilakukan oleh orang tua mereka sebelum ini.

Dua siri prekuel komik berjudul Jupiter’s Circle telah terhasil selepas itu manakala sekuel Jupiter’s Legacy 2 mula diterbitkan pada tahun 2016.

Adaptasi ini dibintangi oleh Josh Duhamel sebagai Utopian, Ben Daniels sebagai Brain-Wave, Leslie Bibb sebagai Lady Liberty, Elena Kampouris sebagai Chloe Sampson, Andrew Horton sebagai Brandon Sampson, Mike Wade sebagai Flare dan Matt Lanter sebagai Skyfox.

Bakal bersiaran menerusi saluran strim Netflix pada tahun hadapan.

Netflix Sah Hasilkan SANDMAN, Bakal Menjadi Adaptasi TV Termahal DC Comics!

Filem, Komik, Televisyen, Terkini

Walaupun diiktiraf sebagai siri komik paling berpengaruh dan popular, Sandman hasil karya Neil Gaiman sudah sekian lama bergelut untuk direalisasikan sebagai sebuah naskah adaptasi filem mahupun televisyen. Malah sebelum ini pelakon, penerbit dan pengarah Joseph Gordon-Levitt turut mengumumkan telah menarik diri serta gagal membawanya ke layar pawagam.

Namun begitu setelah begitu banyak projek yang tertangguh sejak sekian lama, Netflix hari ini dengan secara rasmi telah menandatangani perjanjian dengan Warner Bros. Television dan DC Comics untuk sebuah adaptasi komik ke sebuah siri televisyen strim aksi hidup!

Berdasarkan sumber The Hollywood Reporter, penulis skrip filem Wonder Woman, Allan Heinberg telah dilantik sebagai sutradara (showrunner) siri tersebut manakala penulis asal Neil Gaiman dan David Goyer (Trilogi Dark Knight, Man of Steel, He-Man: Masters of the Universe) bertindak sebagai penerbit eksekutif.

Lebih menarik, perjanjian bersejarah di antara Netflix dan Warner Bros. ini boleh dilabel sebagai sebuah komitmen kewangan dan produksi berbajet tinggi dan bakal menjadikan Sandman sebuah siri televisyen termahal pernah dihasilkan oleh DC Entertainment.

Filem Terbaru Henry Cavill Bakal Beraksi sebagai Sherlock Holmes!

Filem, Novel, Televisyen, Terkini

Henry Cavill dijangka akan memegang peranan sebagai seorang lagi versi terbaru Sherlock Holmes.

Akan tetapi beliau bukanlah fokus utama kepada filem tersebut kerana bintang utama filem Man of Steel (2013), Justice League (2017) dan Mission: Impossible – Fallout (2018) itu bakal digandingkan dengan pelakon baru yang sedang meningkat naik menerusi siri Netflix, Stranger Things iaitu Millie Bobby Brown dengan watak adik perempuannya, Enola Holmes.

Ianya berdasarkan siri buku The Enola Holmes Mystery karya Nancy Springer.

Helena Bonham Carter (Sweeny Todd, Fight Club) juga turut serta dalam filem ini sebagai ibu kepada kedua-dua watak utama tadi dengan Harry Bradbeer (Sugar Rush, Fleabag, Killing Eve) dilantik selaku pengarah.

Filem tersebut dijangka untuk tayangan rasmi pada tahun hadapan.

THE MAGIC ORDER Sah sebagai Siaran TV Netflix, Episod Pengenalan Diarahkah James Wan!

Filem, Komik, Televisyen, Terkini

Ramai peminat sudah pun sedia maklum bahawa akan terdapat banyak pengumuman menarik sejurus selepas Netflix memperolehi kesemua label dan aset Millarworld.

Yang paling memberangsangkan sekali sudah tentunya status Netflizx kini sebagai penerbit komik.

The Magic Order sebagai siri komik sulung di bawah inisiatif tersebut kini rasmi telah mendapat arahan untuk dijadikan siri aksi hidup televisyen. Lebih menarik lagi, sepasukan unit kreatif sudah mula dibentuk dengan pengarah dan penerbit filem terkenal James Wan (Aquaman, Furious 7, The Conjuring) bakal menjadi sutradara episod pertama siri tersebut.

Dicipta dan ditulis sendiri oleh Mark Millar serta ilustrasi komik oleh Olivier Coipel, The Magic Order merupakan projek terbitan komik sulung Netflix daripada projek-projek komik lain yang akan datang.

Setakat ini, masih belum ada pengumuman tarikh siaran rasmi untuk The Magic Order.

Zack Snyder Kembali dengan ARMY OF THE DEAD, Pilih Dave Bautista sebagai Bintang Utama!

Filem, Komik, Terkini

Zack Snyder telah mengambil keputusan untuk bertapa sejak meninggalkan projek filem Justice League (2017) di tangan Joss Whedon rentetan daripada tragedi kematian anak perempuannya lebih dua tahun lalu.

Tetapi akhirnya kini beliau sudah bersedia untuk kembali beraksi di belakang lensa kamera dengan projek baharu Netflix, Army of The Dead!

Lebih menarik, Dave Bautista (Guardians of the Galaxy, Avengers: Endgame) tampak telah memberikan gambaran awal sejak berita ini tertular menerusi saluran khabar angin suatu ketika dulu menerusi pelbagai sumber dan hari ini dengan rasminya diumumkan sebagai bintang utama.

Hasil filem arahan pertama Zack Snyder dahaulu adalah sebuah naskah bikin semula atau remake hasil karya asal legenda ternama George A. Romero berjudul Dawn of The Dead (2004, versi asal 1978) yang juga bertemakan serangan zombi. Dalam satu kenyataan kepada pihak media baru-baru ini:

“I love big action, I love big sequences. My movie brain starts clicking around and I was like, ‘We need to be shooting this now!’ Constructing these sequences really fired me up!!”

Zack Snyder akan mengarah dan menerbitkan filem ini bersama isterinya Deborah Snyder di bawah bumbung syarikat produksi penjenamaan baru, Stone Quarry.

Tiada tarikh tayangan rasmi telah ditetapkan tetapi anggaran bajet untuk projek ini dilaporkan dalam jumlah kasar USD$90 juta.

Tonton Treler Rasmi Baru Siri Animasi Netflix, ULTRAMAN!

Animasi, Anime, Komik, Manga, Televisyen, Terkini

Netflix sebentar tadi telah melancarkan treler terbaru untuk siri animasi revival Ultraman!

Video berdurasi dua minit tersebut memfokuskan kepada Shinjiro, anak kepada Shin Hayata: Ultraman versi asal yang dipaksa mengambil alih tempat ayahandanya 12 tahun selepas beliau ‘bersara’. Dengan watak-watak penjahat klasik kegemaran ramai seperti Bemular dan juga baru iaitu Pseudo-Man hadir memberi ancaman, Shinjiro tampak benar-benar diuji demi membuktikan legasi keluarganya.

Anime hasil produksi Sola Digital Arts dan Production I.G. (Blood: The Last Vampire) ini diarahkan  oleh Kenji Kamiyama (Ghost in the Shell: Stand Alone Complex) dan Shinji Aramaki (Applessed Alpha). Ianya berdasarkan adapatasi manga hasil karya Eiichi Shimizu dengan ilustrasi oleh Tomohiro Shimoguchi yang mula diterbitkan pada tahun 2011 sebanyak 10 jilid.

Bakal disiarkan menerusi saluran strim Netflix secara eksklusif pada 1 April, Ultraman dibintangi oleh Ryohei Kimura (Eden of the East), Takuya Eguchi (Gosick), Megumi Han (My Hero Acadamia) dan Hideyuki Tanaka (One Piece).

Treler rasmi terbaru tersebut dapat ditonton di bawah ini:

#TERKINI | Filem Srikandi X-MEN, Siri TV ALIEN, Saluran Strim APPLE! (15/2/19)

Animasi, Filem, Komik, Permainan Video, Podcast, Televisyen, Terkini

Dalam satu wawancara bersama media baru-baru ini, penerbit veteran X-Men Lauren Shuler Donner mendedahkan bahawa Fox sebelum ini terlebih dahulu berpeluang untuk menjadi perintis genere baharu filem-filem superhero dan komik sepertimana Wonder Woman (2017) dan Black Panther (2018) dengan filem yang dianggotai anggota wanita X-Men sebenuhnya!

Dalam kenyataan tersebut, beliau mendedahkan:

I frankly wanted to see an X-Women movieI didn’t get it through. But I think that would be cool. I think — not to have no guys in it, you have to have guys in it — but to make instead of Charles and Magneto at the helm it’ll be whomever. Kitty Pryde and Illyana Rasputin. Something like that.

Kebetulan juga, sebuah drama bersiri tentang sekumpulan superhero Marvel telah dibatalkan oleh ABC tetapi ia adalah besar kemungkinan disebabkan oleh pelancaran saluran strim Disney+ yang memaksa semua harta intelek Marvel ke sana.

 

***

 

Rentetan sumber laporan mengenai siri televisyen Alien yang sedang dalam fasa pembangunan kala ini, kami telah berjaya mendapat susulan maklumat berkaitannya.

Nampaknya bukan hanya kita akan mendapat satu tetapi dua siri dua projek televisyen berdasarkan filem asal karya pengarah terkenal Ridley Scott itu!

Ia akan diterbitkan oleh beliau sendiri menerusi saluran strim Hulu yang ternyata sukses dengan siri Castle Rock gabungan dua minda dan mahakarya J.J. Abrams/Stephen King pada tahun lalu. Ridley Scott kini sedang sibuk menyiapkan siri televisyen fiksyen sains sulungnya berjudul Raised by Wolves untuk saluran TNT.

 

***

 

Selepas khabar angin yang menyatakan Apple bakal membeli Netflix tidak menjadi kenyataan, nampaknya gergasi teknokrat multinasional itu mahu dan semakin serius dalam saingan kandungan strim atas talian.

Berdasarkan sumber rasmi, perkhidmatan strim digital atas talian milik mereka sendiri bakal didedahkan menerusi satu gala gilang-gemilang pada 25 Mac bulan hadapan!

Ia akan dihadiri ramai barisan bintang ternama dan nama-nama besar industri hiburan seperti Jennifer Aniston, J.J. Abrams, Jennifer Garner, Reese Witherspoon dan ramai lagi. Dengan ramalan penggunaan format yang sama sepertimana Netflix dan Amazon termasuk kandungan eksklusif sendiri, ini jelas merupakan satu langkah strategik oleh Apple selepas urusniaga dan keuntungan jualan iPhone sejak kebelakangan ini yang tidak menentu.

 

#TERKINI | Siri Netflix JUPITER’S LEGACY, ALADDIN, PET SEMATARY! (11/2/19)

Animasi, Filem, Komik, Televisyen, Terkini

Dengan rancangan untuk memulakan produksi akhir tahun ini, adaptasi untuk komik Jupiter’s Legacy sebenarnya telah mula sejak awal lagi. Sejurus selepas Netflix mendapat hak penuh dan rasmi untuk Millarworld, komik tersebut sentiasa menjadi keutamaan gara-gara sentuhan epik pencipta dan penulisnya, Mark Millar (Civil War, Kick-Ass, The Ultimates).

Dengan diterajui penerbit Steven S. DeKnight (Daredevil, Pacific Rim: Uprising), adaptasi itu telah pun menemui dua teraju utama: Josh Duhamel (Transformers) dan Leslie Bibb (Iron Man). Masing-masing akan memegang watak pasangan suami isteri, Sheldon Sampson/The Utopian dan Grace Kennedy Sampson/Lady Liberty.

Pelakon lain yang telah mengesahkan peranan mereka adalah Andrew Horton, Elena Kampouris, Ben Daniels dan Matt Lanter sebagai George Hutchence/Skyfox.

Siri strim Netflix ini bakal disiarkan pada tahun 2020.

 

***

 

Selepas terdedahnya treler untuk filem remake Pet Sematary, beberapa poster teaterikal baru dan rasmi telah dipersembahkan kepada umum.

Ia jelas memperlihatkan kelibat watak ngeri dan gori Ellie Creed (Jeté Laurence).

Lihat poster-poster beserta treler rasmi untuk filem adaptasi novel asal karya Stephen King tersebut dengan judul sama di bawah ini yang bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 5 April, 2019:

 

***

 

Disney akhirnya telah mendedahkan pandang pertama dan wajah sebenar Will Smith (Suicide Squad, Gemini Man) dalam imej janaan komputer menerusi iklan promosi terbaru filem arahan Guy Ritchie, Aladdin.

Dengan kemunculan berwarna biru sepenuhnya, ia sama sekali mengesahkan kenyataan dan komen yang tular di media sosial sebelum ini tentang warna sebenar beliau dengan perbandingan siri animasi asal tahun 1992 itu.

Aladdin akan berada di pawagam seluruh dunia pada 24 Mei, 2019.