Categories
Filem Komik Terkini

Percutian Peter Parker Nyaris ke New Asgard dalam SPIDER-MAN: FAR FROM HOME!

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige baru-baru ini telah mendedahkan yang pihak produksi pernah mempertimbangkan untuk watak Sam Wilson/Captain America muncul pada kesudahan filem Spider-Man: Far From Home.

Tetapi itu bukan satu-satunya rujukan Avengers: Endgame yang hampir menjadi kenyataan menerusi sekuel terbaru arahan Jon Watts kerana percutian Peter Parker ke Eropah hampir membawanya ke kediaman baru Thor di New Asgard!

Terletak di Tønsberg, Norway (lokasi yang sama di mana Red Skull menjumpai Tesseract dalam Captain America: The First Avenger), New Asgard dipilih oleh Thor sebagai pemukiman terbaru beliau dan rakyatnya sejurus selepas kesudahan Avengers: Infinity War (2018).

Ketika pergi meninggalkan tempat itu untuk ke angkasa lepas bersama Guardians of the Galaxy, beliau telah melantik Valkyrie mengambil-alih tempatnya di sana sebagai ‘Ketua Kampung’.

Menurut satu kenyataan yang dikongsikan bersama pihak media semas sesi promosi oleh pengarah tersebut:

“I remember one point we were talking about if one of the stops along the way through Europe was going to be New Asgard..”

Spider-Man: Far from Home akan berada di pawagam seluruh dunia pada awal Julai nanti.