Categories
Filem Terkini

Robert Downey Jr. dan Matt Damon Bergabung untuk OPPENHEIMER!

Filem terbaharu arahan Christopher Nolan berkonsepkan drama biografi tentang kisah hidup J. Robert Oppenheimer hari ini telah memilih dua lagi bintang handalan, Robert Downey Jr. dan Matt Damon sebagai barisan pelakon terbaru.

Robert Downey Jr. (Avengers: Endgame, Sherlock Holmes) berperanan sebagai Komisioner Lewis Strauss manakala Matt Damon (The Bourne Identity, Elysium) sebagai Leftenan Jeneral Leslie Groves, Pengarah Projek Manhattan.

Cillian Murphy (Dunkirk, Inception) sudah pun diberikan watak utama bersama Emily Blunt (Edge of Tomorrow, A Quiet Place) dengan tarikh tayangan rasmi Oppenheimer pada tanggal 21 Julai, 2023.