Categories
Animasi Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Peter Mayhew, Pelakon Asal Watak Chewbacca Meninggal Dunia pada Usia 74

Pelakon Peter Mayhew yang cukup popular di kalangan peminatnya seluruh dunia sebagai watak makhluk berbulu tebal dan bertubuh besar, Chewbacca menerusi filem-filem Star Wars telah meninggal dunia.

Beliau berusia 74 tahun.

Laporan mendukacitakan ini hanya hadir hari ini selepas beliau menghembuskan nafasnya buat kali terakhir pada hari Selasa lalu di kediamannya di Utara Texas dengan kesemua ahli keluarga berada di sisi beliau. Ianya dimaklumkan menerusi akaun Twitter rasmi milik Peter Mayhew beberapa bulan selepas beliau menjalani pembedahan tunjang belakang (spinal surgery) dalam usaha untuk memperbaiki keupayaan pelakon tersebut untuk bergerak.

Anak jati kota London itu memegang peranan sebagai Chewbacca bermula dengan filem Star Wars: A New Hope (1977), The Empire Strikes Back (1980), Return of the Jedi (1983), Revenge of the Sith (2005) dan The Force Awakens (2015) sebelum digantikan oleh Joonas Suotamo dalam The Last Jedi (2017).