Categories
Komik Terkini

Sejarah Besar Marvel Comics Bakal “Hancur” Menjelang Mac 2019!

Marvel Comics akan melakukan sesuatu yang radikal dan drastik menjelang akhir suku pertama tahun hadapan.

Dengan tagline “Marvel history is destroyed”, barisan judul komik-komik penting seperti Avengers, X-Men, Spider-Man dan Fantastic Four akan merungkai misteri berdekad lama yang tidak pernah berjawab sebelum ini. Di antaranya adalah:

Siapakah yang menjumpai Captain America sebelum Avengers?

Siapakah yang menganugerahkan kuasa kosmik kepada Fantastic Four?

Siapakah yang menyelamatkan Jean Grey daripada saka Dark Phoenix?

.. dan banyak lagi bakal menyusul.