Categories
Animasi Filem Komik Terkini

Ben Schwartz Umumkan Filem PLASTIC MAN Mungkin Balasan Langsung DC untuk DEADPOOL!

Ben Schwartz yang melakonkan suara watak utama untuk filem aksi hidup animasi 3D Sonic the Hedgehog berkeyakinan benar bahawa adiwira slapstick Plastic Man adalah maklumbalas DC Comics kepada kejayaan Deadpool di kem Marvel/Fox/Disney.

Menurut beliau lagi dalam satu kenyataan yang diberikan kepada wartawan semasa acara CinemaCon di Las Vegas baru-baru ini, dia sendiri mahu menawarkan diri secara serius sebagai Plastic Man/Patrick “Eel” O’Brian dalam filem tersebut yang kini dalam jadual perancangan DC Entertainment dan Warner Bros.

Malah dalam satu segmen menerusi program temubual larut malam The Late Late Show with James Corden, Ben Schwartz telah membelek beberapa hasil idea daripada para peminat yang menggambarkannya sebagai Plastic Man dan sangat teruja dengan dorongan serta sokongan yang diberikan!

Pada tahun lalu, laporan menyebut bahawa Warner Bros. kini sedang giat merancang untuk sebuah filem adaptasi komik Plastic Man denga Amanda Idoko dilantik sebagai penulis skrip lakon layar.