Categories
Filem Komik Terkini

Chris Hemsworth Sertai Reboot Terbaru Filem JAY & SILENT BOB!

Filem reboot Jay and Silent Bob nampaknya telah menambah satu nama besar yang hadir daripada Semesta Sinematik Marvel (MCU) untuk barisan para pelakonnya.

Chris Hemsworth yang cukup dikenali menerusi peranannya sebagai salah seoarng anggota Avengers, Thor Odinson telah mendedahkan yan beliau akan tampil dalam filem komedi arahan Kevin Smith tersebut. Berdasarkan entri terbaru di akaun Instagram rasmi miliknya, beliau cukup teruja untuk mengambil bahagian dalam filem itu dan turut berkongsi foto-foto eksklusif bersama Kevin Smith sendiri

Chris Hemsworth bukanlah nama asing untuk filem-filem komedi di luar  MCU. Sejak menerima tawaran beraksi untuk reboot Ghostbusters (2016) dan Men In Black: International (2019), ia memberikannya peluang lebih luas untuk mengembangkan kemampuannya dalam genre tersebut. Masih belum jelas dan muktamad sama ada beliau akan memainkan watak parodi dirinya sendiri sepertimana Matt Damon dan Ben Affleck dalam Jay & Silent Bob Strike Back (2001) atau sebagai watak serba baharu untuk kali ini.

Ditulis dan diarahkan oleh Kevin Smith, reboot filem terbaru Jay and Silent Bob dibintangi Kevin Smith, Jason Mewes, Shannon Elizabeth, Jason Lee, Donnell Rawlings, Joey Lauren Adams, Chris Hemsworth dan ramai lagi untuk tayangan hujung tahun ini.