Categories
Filem Terkini

SHERLOCK HOLMES 3 Ditunda ke Disember 2021!

Sudah hampir sedekad filem Sherlock Holmes 3 masih lagi dalam proses pra-produksi.

Dengak sekuel terakhir Sherlock Holmes: A Game of Shadows hadir di pawagam pada tahun 2011, nampak seperti Warner Bros. menghadapi kesukaran untuk menggerakkan projek tersebut. Antara faktor terbesar adalah konflik jadual lakonan di antara kedua-dua bintang filem utama, Robert Downey Jr. dan Jude Law.

Menurut sumber terbaru, Sherlock Holmes 3 telah bertukar tarikh tayangan rasmi dari Disember 2020 ke penghujung 2021 atau lebih tepat: 22 Disember, 2021. Ini merupakan tempoh tarikh tayangan dan persaingan terus dengan filem-filem musim Krismas lain seperti WickedHotel Transylvania 4 dan Avatar 3.

Ada khabar angin tambahan pula mengatakan bahawa tarikh tayangan yang ditinggalkan itu adalah untuk filem spin-off AquamanThe Trench.

Maklumat lanjut akan menyusul dari masa ke semasa.