Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Selamat Tinggal, Robin.. Bekas Sidekick Batman Kini Rasmi Bergelar DRAKE!

Selepas Tim Drake berkeputusan hadir dengan nama superhero baru dalam Young Justice isu #8, peminat dan pembaca komik nampaknya perlu tunggu sehingga dua isu berikutnya untuk bekas sidekick Batman itu mendedahkan kostum terkini dalam isu #10.

Kini dengan hanya bergelar “Drake”, Robin ketiga selepas Dick Grayson dan Jason Todd itu mengenakan busana adiwira barunya dalam satu muka surat klimaks babak tempur menentang organisasi Crime Syndicate of America yang muncul dari dimensi alternatif, Earth-3.

Dan apabila Young Justice tampil menerusi imej dramatik dalam isu #10, di sinilah kita dapat melihat gambaran lebih jelas Drake beserta logo barunya itu!

Young Justice #10 kini sudah mula berada di pasaran pada 6 November, 2019.

Categories
Komik Televisyen Terkini

Perhitungan Berdarah Batman dan Robin dalam Episod Terakhir TITANS!

Perhatian untuk semua peminat dan pengikut setia Batman, Titans dan DC Comic!

DC Entertainment baru melancarkan sebuah treler rasmi untuk episod terakhir bagi Musim Pertama siri webstrim Titans yang mendedahkan Jason Todd/Robin dalam keaadan lumpuh dan memerlukan bantuan Dick Grayson untuk menumpaskan Batman!

Adiwira Bandaraya Gotham itu nampaknya sudah hilang pertimbangan dan menamatkan riwayat hampir kesemua musuh-musuh utamanya, termasuk kelibat mayat Joker dan Two Face. Tidak cukup dengan itu, Batman juga disaksikan membunuh anggota kumpulan S.W.A.T. yang menyerbu kediaman Bruce Wayne dan Batcave.

Sama ada senario ini adalah benar atau hanya sebuah “halusinasi mimpi”, tonton terus treler rasmi tersebut di bawah ini:

Episod Terakhir untuk Musim Pertama Titans ini akan disiarkan pada 21 Disember, 2018.