Categories
Artikel

#SDCC Kita Semakin Dimanjakan Sampai Sebegitu Sekali!

Dengan San Diego Comic Con International 2012 (SDCC) yang tamat pada hari ini, maka tertunailah hajat kita semua untuk kembali merayakan hari raya yang mulia untuk semua peminat-peminat komik di mana jua berada.

Walaupun saya yakin tidak semua bertuah boleh berada di sana secara live tetapi debaran dan denyut (degup?) jantung serta semangatnya tetap dapat dirasai sampai sini. Bayangkanlah dua tahun tergendala dan tersidai sebegitu sahaja lalu tersadai di rumah masing-masing tanpa sebarang nikmat berita-berita besar SDCC, tentu sekali mendatangkan gusar.

Empat hari berlangsungnya SDCC, saya percaya kita sudah dapat lebih daripada apa yang kita mahukan.

Siapa yang masih tidak puas hati atau marah-marah itu, please get some help.

Bersyukurlah apa yang ada.

Dibuatnya lockdown lagi kau nak cakap apa lagi?

 

Categories
Komik Terkini

#SDCC2022 Spawn/Batman Bakal Bergabung Lagi Hujung Tahun Ini!

Ini ada berita baik untuk semua peminat komik di mana jua berada.

Spawn/Batman rasmi akan kembali beraksi bersama sejak pertama kali bertemu 28 tahun lalu. Pengumuman ini dibuat oleh Todd McFarlane sendiri menerusi satu pengumuman khas di San Diego Comic Convention (SDCC) dengan pelukis komik popular kegemaran ramai, Greg Capullo juga turut kembali sebagai ilustrator utama.

Komik 48 halaman berformat ‘one-shot’ tersebut bakal diterbitkan pada 13 Disember, 2022.

Kali terakhir kedua-dua adiwira yang berasal dari DC Comic dan Image Comics ini bertemu adalah pada tahun 1994 dengan komik ditulis oleh Frank Miller (Dark Knight Returns, 300) dan Todd McFarlane sendiri.

Categories
Filem Komik Terkini

Jim Lee Kata SnyderVerse Sudah Tiada Dalam Perancangan DC Comics!

Ketua Pegawai Kreatif DC Comics, Jim Lee berkata tiada lagi perancangan untuk melanjutkan hayat SnyderVerse.

Walaupun ada segelintir peminat masih mahu melihat perkara tersebut menjadi realiti, namun berdasarkan kepada struktur dan pelan perancangan yang disusun oleh pihak Warner Bros. dan DC Comics sendiri tidak mungkin menjadi kenyataan.

Ia rasmi diumumkan hari ini dalam satu sesi panel di San Diego Comic Con 2022 (SDCC) walaupun masih ada khabar angin bertiup kencang dengan kehadiran Henry Cavill kembali sebagai Superman di sana!

Categories
Filem Komik Terkini

Peminat Bengang Filem X-MEN akan ditukar namanya menjadi THE MUTANTS!

Ada khabar angin mengatakan nama X-Men akan diubah ke The Mutants untuk Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Ini bukan satu cerita baru kerana sudah mula tular sejak awal tahu lalu sekaligus kembali menyemarakkan rasa gelisah dan resah ramai peminat. Tidak kurang juga yang marah berasa amarah. Namun begitu, harus diingat bahawa Stan Lee  jugapernah muncul dengan nama tersebut semasa mula mencipta X-Men satu ketuka dulu sebelum ditolak oleh pihak penerbitan.

Sama ada sahih atau tidak, berkemungkinan San Diego Comic Con (SDCC) yang sedang berlangsung sekarang ada jawapannya jika pihak Marvel Studios memilih untuk mententeramkan kekalutan yang melanda dari terus porak peranda!

Categories
Artikel

Warner Bros. Discovery/DC Films Simpan Gimik Besar untuk SDCC 2022!

Kurang sebulan daripada sekarang, San Diego Comic Con (SDCC) akan muncul kembali secara fizikal untuk memenuhi nafsu serakah peminat komik seluruh dunia.

Dalam pada itu, ada banyak desas-desus yang kedengaran dengan beebrapa kejutan besar bakal berlaku di sana.

Antara yang paling sensasi adalah bagaimana Warner Bros. Disovery/DC Films bakal mempersembahkan segala macam judul komik, filem dan projek mereka kelak. Laporan ada menyebut pihak pengurusan studio sudah menyiapkan gimik khas untuk tujuan tersebut dengan Black Adam, Shazam! Fury of the Gods, The Flash, Aquaman and the Lost Kingdom, The Sandman dan House of Dragons sebagai tarikan utama. Ini belum termasuk lagi kejutan rahsia yang masih belum didedahkan dan dirahsiakan seperti sekuel JokerFolie à Deux.

Warner Bros. Discovery adalah konglomerat media serta pemilik divisyen-divisyen syarikat seperti DC Comics, DC Entertainment, HBO Max, Cinemax, CW, Cartoon Network, Adult Swim dan banyak lagi.

Manakala itu, Marvel Studios yang sudah tiga tahun ‘merajuk’ dan menyisihkan diri dari SDCC disahkan kembali untuk tahun ini. Perkara ini disahkan sendiri oleh Kevin Feige selaku Presiden Marvel Studios dan Penerbit Semesta Sinematik Marvel (MCU).

Apakah kita bakal menyaksikan satu saingan luar biasa di antara dua powerhouse komik dunia ini dalam mengembalikan zaman kegemilangan konvensyen komik satu ketika dulu?

San Diego Comic-Con 2022 bakal berlangsung pada 21 sehingga 24 Julai, 2022.

Merchandise bag edisi khas dengan hasil ilustrasi oleh Jim Lee yang bakal diedarkan secara percuma semasa SDCC ’22.