Categories
Filem

Tonton Treler Acah Rasmi untuk Filem IP MAN 4: THE FINALE!

Sekiranya anda seorang peminat tegar dan pengikut setia francais filem Ip Man, ini ada satu berita baik yang paling dinantikan!

Sebuah treler acah rasmi dan terbaru untuk filem Ip Man 4 kini sudah didedahkan dan bakal menjadi penamat kepada kisah epik seni mempertahankan diri Wing-Chun tersebut sejak pertama kali hadir pada tahun 2008.

Ip Man 4 dilaporkan akan menjejak anak muridnya Bruce Lee di tanah Amerika Syarikat dengan harapan untuk membuka kelas mempertahankan diri Wing-Chun di sana. Namun ia tampak seperti sesuatu yang mencabar apabila beliau tidak disenangi oleh masyarakat setempat. Sesiapa yang sudah mengetahui akan hubungan serta sejarah hidup dua orang tokoh legenda ini, pastinya akan segera kembali mengingati kata-kata Ip Man kepada Bruce Lee iaitu:

“Hadirkan hormat penduduk di sini dan pasakkan asas untuk Kung Fu bertapak di bumi Amerika (Earns the locals’ respect and helps lay the foundations of Kung Fu in America)”

Lebih menarik kali ini adalah terdengar laporan yang mengatakan salah satu daripada tarikan paling besar untuk pengembaran terakhir Mahaguru Wing-Chun ini merupakan pertembungan babak tempur yang bakal menyaksikan Donnie Yen berhadapan dengan Jackie Chan!

Beliau dikatakan memegang watak sebagai “Abang Besar sebuah perkampungan China di Amerika Syarikat yang sangat dihormati dan disegani”

Untuk meredakan debaran epik yang cukup berahi itu, mari kita tonton dahulu treler acah rasmi sulung filem Ip Man 4: The Finale tersebut di bawah ini:

 

Ip Man 4 diarahkan oleh Wilson Yip dan turut dibintangi oleh Scott Akins (Doctor StrangeThe Bourne Ultimatum, The Expendables 2Zero Dark Thirty) untuk tayangan rasmi Julai 2019.