Categories
Animasi Filem Komik Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Vanessa Kirby Bakal Beraksi sebagai Catwoman dalam THE BATMAN?

Vanessa Kirby (Mission: Impossible РFallout, Fast & Furious Presents: Hobbs and Shaw) kini telah dikhabarkan sebagai salah seorang pelakon pilihan pengarah Matt Reeves untuk memegang peranan sebagai Selina Kyle/Catwoman dalam The Batman.

Berdasarkan satu sumber yang boleh dipercayai, pelakon baru yang sedang meningkat naik berusia 31 tahun itu sudah berada di bawah radar Warner Bros. dan DC Comics walaupun belum ada sebarang perjumpaan atau rundingan dilakukan.

Dengan hanya berstatus khabar angin, laporan ini masih tetap perlu diberikan perhatian kerana nama-nama pelakon rasmi selain Robert Pattinson yang telah terlebih dahulu dipilih sebagai watak Bruce Wayne/Batman dikatakan bakal diumumkan dalam masa terdekat ini.

Antara yang ditunggu-tunggu selain Selena Kyle/Catwoman adalah untuk watak Oswald Cobblepot/The Penguin, Edward “Ed” Nygma/The Riddler, Harvey Dent/Two-Face dan ramai lagi.

Filem The Batman ini bakal hadir di pawagam seluruh dunia pada 25 Jun, 2021