Categories
Televisyen Terkini

BTS Dihalau Keluar HYBE Entertainment oleh ARMY!

HYBE Entertainment sering menerima kritikan daripada para ARMY (BTS Fandom) kerana dianggap tidak melayan BTS (Bangtsan Boys) dengan baik. ARMY juga menyuruh kesemua member BTS segera meninggalkan agensi tersebut dengan serta merta!

Salah satu member BTS, Kim Seok Jin atau Jin kebiasaannya mengunjungi Weverse untuk melihat komen daripada ARMY.

Namun pada tanggal 4 November lalu, Jin menemukan komen yang agak mengejutkannya di mana salah seorang ARMY menulis:

“Guys (untuk BTS), mari tinggalkan agensi”.

Kebelakangan ini HYBE terus dikritik kerana dianggap tidak mengurus BTS dengan baik dan profesional. Tetapi BTS seolah-olah masih kelihatan selesa berada di dalam agensi itu.

Categories
Televisyen Terkini

Drama Sulung Jisoo Blackpink, SNOWDROP Bakal Temui Peminat Disember ini!

Setahun yang lalu, agensi Jisoo dari Kumpulan Blackpink iaitu YG Entertainment telah mengesahkan bahawa beliau bakal membuat penampilan sebagai pelakon dalam drama sulungya iaitu Snowdrop dengan gandingan pelakon hebat, Jung Hae In.

Selepas mendapat persoalan-persoalan daripada peminat mengenai bilakah drama tersebut akan ditayangkan, JTBC Drama iaitu syarikat produksi bagi drama tersebut telah mendedahkan kepada umum bahawa drama ini akan mula ditayangkan pada Disember tahun ini.

Drama ini akan berlaku di Seoul pada tahun 1987 yang mengisahkan Im Soo-ho (Jung Hae-in), seorang pelajar di universiti berprestij yang berlari masuk ke asrama wanita secara tiba-tiba dalam keadaan berlumuran darah. Young-ro (Ji-soo), seorang pelajar yang ceria dan baik hati kemudiannya telah menyembunyikan lelaki itu dan merawat lukanya walaupun dalam keadaan bahaya.

Peminat Blackpink pastinya akan berasa sangat teruja menantikan drama Snowdrop ini!