Categories
Terkini

King Khan Kembali Sambut Ulangtahun ke-30 Ikon Blockbuster Bollywood!

Tahun ini genap 30 tahun bintang blockbuster Bollywood, Shah Rukh Khan beraksi di layar pawagam secara rasmi.

Sebagai hadiah istimewa kepada semua peminat setianya, ikon internasional yang juga digelar SRK itu telah mendedahkan satu poster rasmi untuk filem terbaharunya yang berjudul Pathaan. Ia merupakah sebuah triller padat aksi selepas hampir lima tahun tidak muncul dengan sebarang naskah baharu.

Pathaan diarahkan dan ditulis oleh Siddharth Anand yang telah merencanakan filem tersebut dalam universe sama selepas Ek Tha Tiger (2012), Tiger Zinda Hai (2017) dan War (2019). Turut bergandingan dengan SRK adalah Salman Khan, Deepika Padukone dan John Abraham dengan penggambaran dijalankan di Mumbai, Abu Dhabi, Dubai dan sekitar Sepanyol.

Ia bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 25 Januari, 2023 yakni serentak dengan Hari Republik di India.

Manakala dua lagi filem besar daripada beliau pada tahun hadapan adalah Jawan untuk tayangan 2 Jun, 2023 dan Dunki pada 22 Disember, 2023 termasuk lima cameo dalam Rocketry: The Nambi Effect, Laal Singh Chaddha, Brahmāstra Part One: Shiva dan Tiger 3.

Filem pertama Shah Rukh Khan adalah Deewana (1992) manakala filem terakhir beliau sebagai pelakon utama adalah Zero (2018).

Berikut adalah kenyataan media rasmi daripada pengarah Siddharth Anand:

Thirty years of Shah Rukh Khan is a cinematic moment in itself in the history of Indian cinema and we wanted to celebrate it with his millions and millions of fans globally. Today is Shah Rukh Khan day and we need to tell the world that. This is team ‘Pathaan’s way of saying thank you to Shah Rukh for the countless memories and smiles that he has given all of us in his incredible journey in cinema.”

He is the alpha man on a mission in this action spectacle that will hopefully set new benchmarks for the action genre in India. When you have Shah Rukh Khan in your film, along with superstars like Deepika Padukone and John Abraham, you have to reach for the stars in every department and I don’t think we will disappoint on that promise with ‘Pathaan’.

Shah Rukh Khan’s look from ‘Pathaan’ was the most heavily guarded imagery. Fans across the world have been frantically demanding for his look to be unveiled for a long, long time now and we couldn’t think of a better day to reveal this to his fans and audiences. I hope people and SRK fans love his look from Pathaan.”

Categories
Animasi Bollywood Filem Komik Terkini

Shah Rukh Khan Beraksi sebagai Mufasa dalam versi Hindi THE LION KING!

Bulan lalu Walt Disney Studios telah mengumumkan yang bintang legenda Bollywood, Shah Rukh Khan dan anaknya Aryan Khan akan melakonkan watak suara Mufasa dan Simba untuk versi Hindi The Lion King.

Dengan tarikh tayangan tersebut tinggal lebih kurang tiga minggu lagi daripada sekarang, Disney telah mendedahkan sebuah treler epik dengan label “Kebangkita Raja (Rise of the King)” yang memberikan kita previu sulung pelakon Kuch Kuch Hota Hai (1998) dan Mohabbatein (2000) itu mempersembahkan aksi suaranya sebagai watak ayahanda paling ikonik dalam sejarah sinematografi.

The Lion King arahan Jon Favreau ini merupakan kolaborasi kedua Shah Rukh Khan dan anaknya bersama Disney setelah sebelum ini melakonkan watak suara Mr. Incredible dan Dash untuk The Incredibles versi Hindi pada tahun 2004.

Dengan nilai dan aset berjumlah USD$750 juta serta gabungan peminat yang fanatik seluruh dunia, Shah Rukh Khan diiktiraf sebagai bintang filem popular antarabangsa paling berjaya bukan sahaja di Bollywood. Kredit lakonannya sudah pun melampaui angka 100 buah filem dan turut memiliki produksi studionya sendiri, Red Chillies Entertainment dan Red Chillies VFX.

The Lion King versi Hindi akan berada di pawagam seluruh India pada 19 Julai nanti.