Categories
Filem Televisyen Terkini

Pandang Pertama Sir Patrick Stewart dalam Siri Televisyen STAR TREK: PICARD!

Hari ini adalah hari penyampaian CBS Upfront di bandaraya New York.

Ia merupakan masa di mana rangkaian stesen penyiar mempersembahkan siri televisyen untuk musim terbaru mereka kepada bakal penaja dan iklan. Dan semasa giliran penyampaian CBS, para pengamal media dan penggiat industri telah berasa bertuah kerana dapat menonton paparan ringkas video Sir Patrick Stewart yang bakal kembali beraksi sebagai Jean-Luc Picard untuk siri televisyen baharu mengenai kapten kapal angkasa USS Enterprise-D!

Dengan nama Star Trek: Picard, kami mendapat laporan bahawa judul tersebut belum lagi muktamad atau rasmi.

Ini kerana pihak produksi mahu merahsiakan seberapa banyak butiran seboleh mungkin untuk pengumuman lebih terperinci menjelang acara San Diego Comic-Con pada bulan Julai nanti.

Ianya dijangka untuk siaran perdana menerusi saluran strim CBS All Access menjelang hujung tahun 2019.