Categories
Animasi Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Tom Holland Tidak Mahu Peter Parker Dikorbankan Demi Memperkenalkan Miles Morales!

Spider-Man kini sudah pulang ke Sony Pictures dan ini bermakna akan ada banyak perubahan besar-besaran yang bakal berlaku.

Sony Pictures yang selamat “bercerai” dengan Marvel Studios baru-baru ini nampak begitu yakin untuk meneruskan projek terbaru yang dirancang terutama sekali apabila filem animasi Spider-Man: Into the Spider-Verse berjaya menggondol Anugerah Academy. Sama ada semua ini akan menandakan kita bakal dipersembahkan dengan versi aksi hidup Miles Morales masih lagi belum diketahui.

Akan tetapi semasa satu wawancara, Tom Holland diajukan soalan sama ada watak Peter Parker perlu dikorbankan untuk Miles Morales diperkenalkan kepada penonton secara rasmi atau mereka boleh sama-sama beraksi di layar pawagam!

Tom Holland menyatakan:

“Well I hope that doesn’t happen because I would love to share the screen with Miles, I think that’d be really cool. And I don’t want to die.. because I really love playing Peter Parker, so that would kind of be a bit of a bummer.”Ā 

Selain plot dan sentimen ‘kematian sementara’ sudah pun dimainkan sebelum ini menerusi Infinity War/Endgame, idea untuk menyatukan mereka berdua adalah mantap. Selain jaminan kutipan box-office untuk Sony Pictures, kita juga bakal dipersembahkan dengan perkembangan jalan cerita yang lebih luas.

Bagaimana pula dengan pendapat anda? Wajarkah mereka disatukan dalam satu semesta atau salah seorang perlu dikorbankan demi kelangsungan idea cerita yang lebih ‘sedap’?

Nyatakan sepertu biasa menerusi ruangan komen yang disediakan.

Categories
Filem Terkini

Kevin Hart Selamat Jalani Pembedahan Kecemasan Rentetan Kemalangan Ngeri!

Bintang filem dan pelawak terkenal, Kevin Hart yang dilaporkan telah terlibat dalam satu kemalangan jalanraya yang serius dan ngeri pada hujung minggu lalu telah selamat menjalani pembedahan kecemasan.

Berdasarkan sumber-sumber yang kami perolehi, kereta vintaj klasik Plymouth Barracuda telah melencong dan tersasar ke persisiran ngarai lebuhraya Mulholland dan masuk ke dalam parit lebih kurang 10 kaki dari jalan utama. Bumbung kenderaan tersebut telah remuk teruk akibat hentakan yang berlaku,

Beliau amat bernasib baik kerana terselamat daripada kecelakaan lebih parah dan dapat pulang semula ke rumah untuk mendapatkan rawatan segera yang kemudiannya terpaksa menjalani pembedahan kecederaan belakang.

Menurut isteri beliau, Eniko Hart, pembedahan itu telah selamat dilakukan dan suaminya dijangkan akan pulih dan kembali sihat. Kevin Hart masih ditahan di hospital dalam tempoh beberapa hari ini untuk proses pemulihan serta pemeriksaan rapi.

Teman akrab beliau, Dwayne “The Rock” Johnson turut menzahirkan ucap selamat menerusi media sosial seperti yang terlihat di bawah ini:

Perkembangan terkini akan kami pantau dan laporkan dari masa ke semasa.

Kevin Hart membintangi filem Jumanji: The Next Level bersama Dwayne Johnson, Jack Black, Karen Gillan dan ramai lagi untuk tayangan rasmi pada 13 Disember, 2019.

Categories
Animasi Filem Komik Manga Novel Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

Filem ‘Crossover’ SPIDER-MAN/VENOM Dapat Kelulusan Pengarah!

Venom mungkin bukan sebuah naskah blockbuster namun ia tetap menjana kejayaan besar sebagai filem pecah panggung yang mendominasi carta kutipan tiket pada tahun lalu.

Dan sudah kedengaran laporan bakal ada satu filem ‘crossover’ yang akan menampilkan Tom Hardy sebagai Eddie Brock/Venom dan Tom Holland sebagai Peter Parker/Spider-Man. Malah Presiden Marvel Studios, Kevin Feige turut mengesahkan bahawa kebarangkalian ianya akan terjadi adalah amat positif.

Dalam satu wawancara media untuk promosi filem Spider-Man: Far From Home, pengarah Jon Watts telah diajukan soalan sama ada beliau percaya idea untuk menggabungkan dua francais tersebut atau sebaliknya.

Jawapan yang diberikan adalah begitu positif:

“I found Venom to be so funny and I thought Tom Hardy was so great.. I don’t know that they are so different. I think you put those two Toms together and you’re going to see something pretty special!”

Tidak dapat dinafikan potensi untuk sebuah cerita yang menggabungkan kedua-dua watak popular itu akan berjaya. Tetapi ia memerlukan masa dan persefahaman padu daripada Marvel Studios dan Sony Pictures demi menjana sesuatu yang hebat di antaranya.

Categories
Filem Komik Terkini

Percutian Peter Parker Nyaris ke New Asgard dalam SPIDER-MAN: FAR FROM HOME!

Presiden Marvel Studios, Kevin Feige baru-baru ini telah mendedahkan yang pihak produksi pernah mempertimbangkan untuk watak Sam Wilson/Captain America muncul pada kesudahan filem Spider-Man: Far From Home.

Tetapi itu bukan satu-satunya rujukan Avengers: Endgame yang hampir menjadi kenyataan menerusi sekuel terbaru arahanĀ Jon Watts kerana percutian Peter Parker ke Eropah hampir membawanya ke kediaman baru Thor di New Asgard!

Terletak di TĆønsberg, Norway (lokasi yang sama di mana Red Skull menjumpai Tesseract dalam Captain America: The First Avenger), New Asgard dipilih oleh Thor sebagai pemukiman terbaru beliau dan rakyatnya sejurus selepas kesudahanĀ Avengers: Infinity War (2018).

Ketika pergi meninggalkan tempat itu untuk ke angkasa lepas bersama Guardians of the Galaxy, beliau telah melantik Valkyrie mengambil-alih tempatnya di sana sebagai ‘Ketua Kampung’.

Menurut satu kenyataan yang dikongsikan bersama pihak media semas sesi promosi oleh pengarah tersebut:

“I remember one point we were talking about if one of the stops along the way through Europe was going to be New Asgard..”

Spider-Man: Far from Home akan berada di pawagam seluruh dunia pada awal Julai nanti.

Categories
Filem Permainan Video Terkini

Judul Rasmi Filem Sekuel JUMANJI Didedahkan!

Setakat ini, Sony Pictures masih lagi belum mengumumkan judul rasmi untuk sekuel ‘Jumanji: Welcome to the Jungle’.

Namun butiran terkini yang diperolehi hasil risikan kami menerusi sumber lembaga penapisan filem, ianya mungkin telah terdedah juga. Lembaga tersebut yang mengklasifikasikan sebarang treler rasmi sebelum siaran umum telah meletakkan label PG (Parental Guidance) untuk filemĀ ‘Jumanji: The Next Level,’ yang sudah semestinya dipercayai kini sebagai sumber rasmi sekuel tersebut.

Treler berurasi 2 minit 30 saat itu dijangka akan bersiaran serentak dengan tayangan Spider-Man: Far From Home pada minggu hadapan. Sony Pictures pernah menyiarkan treler sulung rasmiĀ Welcome to the Jungle serentak dengan tayangan Spider-Man: Homecoming pada tahun 2017.

Filem ini sekali lagi akan dibintangi oleh Dwayne Johnson, Kevin Hart, Jack Black dan Karen Gillan dengan pendatang baru Awkwafina (Ocean’s 8), Danny DeVito (It’s Always Sunny in Philadelphia), Danny Glover (Sorry to Bother You)Ā dan Dania Ramirez (Tell Me A Story).

Jumanji: The Next Level bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 13 Disember, 2019.

Categories
Filem Komik Terkini

Tonton Treler Lanjutan dan Poster Teaterikal Rasmi Filem BRIGHTBURN arahan James Gunn!

San Diego Comic-Con 2018 (SDCC18) merupakan masa dan ketikanya mula-mula filemĀ BrightburnĀ diumumkan kepada khalayak ramai.

Namun dsebabkan faktor yang tidak dapat dielakkan bagi tayangan rasmi pada penghujung tahun lalu, maka ia telah dianjakkan pada bulan Mei 2019. Dan untuk menyambut kehadiran filem arahanĀ David Yarovesky dan diterbitkan oleh James Gunn tersebut, sebuah treler lanjutan (extended trailer) telah didedahkan untukt tatapan umum. Tidak cukup dengan itu, sebuah poster teaterikal rasmi turut didedahkan untuk filem bergenre seram dan adiwira unik yang pastinya bakal menarik perhatian para peminat dan penonton naskah dalam kategori itu.

Treler lanjutan dan poster teaterikal rasmi tersebut dapat anda lihat di bawah ini:

Brightburn ditulis oleh Brian Gunn (adik James Gunn) dan Mark Gunn (adik saudara James Gunn) serta akan berada di pawagam seluruh dunia pada 24 Mei, 2019.

Categories
Filem Televisyen Terkini

Pandang Pertama Kristen Stewart, Naomi Scott dan Ella Balinska sebagai Trio Baharu CHARLIE’S ANGELS!

Pengarah filem versi terkiniĀ Charlie’s Angels, Elizabeth Banks baru-baru ini telah berkongsi sebuah foto belakang tabir yang menampilkan kesemua watak utama filem tersebut.

Mereka terdiri daripada Kristen Stewart (Twilight)Ā sebagai Dylan, Naomi ScottĀ (Aladdin)Ā sebagai Natalie dan Ella Balinska (Nyelaā€™s Dream)Ā sebagai Alex.

Walaupun ia jauh sekali adalah sebuah poster teaterikal rasmi kerana tidak memaparkan logo atau sebarang penjenamaan filem terbitan Sony Pictures, maka jelas sekali foto tersebut hanyalah sekadar perkongsian imej eksklusif di belakang tabir untuk tatapan peminat setia hasil adaptasi dan inspirasi siri televisyen popular era 70an.

Tiada sebarang perincian atau maklumat terbaru tentang jalan cerita filem tersebut dapat dikongsi melainkan ia akan hadir dengan lebih dari seorang watak Bosley iaituĀ Patrick Stewart, Djimon Hounsou termasuk Elizabeth Banks sendiri!

Lihat foto eksklusif di belakang tabir tersebut di bawah ini:

Charlie’s AngelsĀ dijangka akan berada di pawagam seluruh dunia pada tanggal 1 November, 2o19.

Categories
Filem Komik Terkini

Jared Leto Dedahkan Imej Eksklusif Belakang Tabir Penggambaran Filem MORBIUS!

Ramai sudah sedia maklum produsi untuk filem spin-off Spider-Man iaituĀ MorbiusĀ terbitan Sony Pictures akam bermula tidak lama lagi.

Akan tetapi bintang utama Jared Leto hari ini telah mendedahkan bahawa penggambaran sudah pun bermula sejak seminggu lalu dengan entri foto belakang tabir terbaru yang dimuatnaik menerusi akaun Twitter rasmi milik beliau.

Ia memaparkan foto pelakon pemenang Anugerah Academy tersebut sebagaiĀ Michael Morbius yang ditakdirkan berubah menjadi puntianak jadian setelah menyuntik dirinya sendiri dengan serum kelawar demi mengubat jangkitan penyakit yang sangat kompleks.

Foto entri tersebut dapat anda lihat di bawah ini:

MorbiusĀ diarahkan Daniel Espinosa dengan skrip tulisan Burk Sharpless dan Matt Sazama. Ia turut dibintangi Jared Harris, Matt Smith dan Adria Arjona dengan tarikh tayangan rasmi pada 31 Julai, 2020.

Categories
Filem Komik

Professor James Moriarty Bakal Beraksi dalam Filem Spin-Off Spider-Man, MORBIUS!

Rentetan daripada kejayaan besar blockbuster Venom, Sony Pictures mengharapkan satu lagi keajaiban luarbiasa dengan satu lagi filem spin-off Spider-Man iaitu Morbius.

Dan setakat ini, pemilihan untuk barisan pelakon tampak memberangsakan serta menarik.

Berdsasarkan sumber berita yang dipetik daripad Deadline, Jared Harris (Sherlock Holmes: Game of Shadows, The Terror) telah sah dan rasmi akan beraksi untuk filem tersebut. Namun begitu watak dan peranannya masih belum lagi diketahui umum.

Beliau dijangka akan bertembung dengan pelakon utama,Ā Jared Leto (Suicide Squad, Mr. Nobody) sebagai ahli biokimia disegani bernama Michael Morbius yang ditakdirkan berubah menjadi puntianak jadian setelah menyuntik dirinya sendiri dengan serum kelawar demi mengubat jangkitan penyakit yang sangat kompleks.

Filem ini juga menampilkan pelakon popular lain seperti Matt Smith and Adria Arjona.

MorbiusĀ diarahkan oleh Daniel Espinosa dengan skrip tulisan Burk Sharpless dan Matt Sazama.

Penampilan Pertama Morbius: The Amazing Spider-Man #101 (1963)
Categories
Filem Komik Terkini

#TERKINI | JUMANJI 3 Bermula, JAMES BOND Tertangguh & Filem CODE 8! (16/2/19)

Filem James Bond ke-25 nampaknya kerap dilanda badai dugaan dan ujian.

Terbaru daripada pihak produksi studio MGM, filem yang masih belum berjudul rasmi itu akan ditunda lagi selama dua bulan. Ia akan beranjak dari tarikh tayangan rasmi 14 Februari, 2020 ke 8 April , 2020.

Ini merupakan penundaan dan penangguhan kedua sejak pengumuman rasmi dibuat untuk tayangan rasmi November 2019.

***

Dengan kejayaan dan kutipan hampir USD1 bilion untuk filem Jumanji: Welcome to the Jungle, maka Sony Pictures kini aktif terus menerbitkan sekuelnya dengan produksi rasmi yang bermula semalam.

Ia bakal ditayangkan pada tarikh 13 Disember, 2019 dengan pertembungan hebat dengan filem Star Wars: Episode IX seminggu kemudian!

***

Pelakon adik-beradik, Robbie dan Stephen Amell hari ini telah mendedahkan video eksklusif dan pandang pertama untuk projek filem independen bergenre fantasi/fiksyen sains mereka berjudul Code 8.

Ia mengisahkan sekumpulan manusia berkuasa luarbiasa yang hidup pada masa hadapan yang sering bertempur kuasa militan polis.

Tonton video rasmi tersebut di bawah ini: