Categories
Animasi Filem Komik Novel Permainan Video Televisyen Terkini

Forum Panel Khas Dijangka Bakal Dedahkan Treler Rasmi Sulung STAR WARS: EPISODE IX?

Seperti yang dijangka, sebuah forum panel khas untuk Star Wars: Episode IX telah dijadualkan untuk Celebration Chicago.

Pengesahan rasmi berikut telah disiarkan menerusi saluran The Star Wars Show hari ini dengan pengarah J.J. Abrams dan Presiden Lucasfilm Kathleen Kennedy membuat penampilan pentas utama pada 12 April, 2019 dalam meraikan kedatangan filem tersebut. Dan sudah tentunya para penonton bakal menyaksikan beberapa kejutan dan kemunculan mengejut yang lazimnya adalah gimik setiap kali acara tersebut diadakan.

Sama ada salah satu kejutan tersebut adalah treler sulung rasmi masih belum dapat dipastikan tetapi setidak-tidaknya kita akan dapat pendedahan judul rasmi filem itu pada forum tersebut.

Star Wars Celebration Chicago bakal diadakan pada 11 hingga 15 April, 2019.

Categories
Anugerah Filem Komik Terkini

#TERKINI | Black Panther Calon Filem Terbaik Oscar, Ajal Avengers, Poster Star Wars Celebration 2019!

Syabas dan tahniah buat filem Black Panther yang berjaya meraih pencalonan akhir untuk tujuh kategori Anugerah Academy ke-91 termasuk untuk Filem Terbaik hari ini!

Berikut adalah kenyataan rasmi daripada boss besar dan Presiden Marvel Studio, Kevin Feige:

“The word that keep coming to me from the moment it happened is just this humbling sense of pride for everyone involved in the movie. It’s the most important recognition that a film can receive in our industry. That’s not lost on any of us. It’s something that’s immensely gratifying.”

“As the numerous phone calls and text messages show]that went back and forth between all of us who were lucky enough to work on the film, it is just pride. I think Blank Panther is a unique movie told by a unique filmmaker in a unique time.”

 

***

 

Ilustrasi muka hadapan oleh pelukis komik Indonesia, Yasmin Putri seolah-olah menggambarkan ajal yan bakal menimpa Vision tidak lama lagi.

Komik Avengers: No Road Home #9 yang bakal berada di pasaran pada April 2019 itu memperlihatkan kepala android Avengers ciptaan Hank Pym tersebut retak dan pecah akibat terkena sambaran petir tenaga. Untuk pengetahuan ramai, ini bukan kali pertama Vision menemui maut setelah “kematiannya” di tangan Hulk menerusi siri Avengers: Disassembled (2004) dan dihidupkan kembali tujuh tahun kemudian dalam Fear Itself (2011).

 

***

 

Poster rasmi untuk acara Star Wars Celebration 2019 yang diadakan pada 11 hingga 15 April nanti di bandaraya Chicago telah didedahkan sebentar tadi.