Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | Siri Netflix JUPITER’S LEGACY, ALADDIN, PET SEMATARY! (11/2/19)

Dengan rancangan untuk memulakan produksi akhir tahun ini, adaptasi untuk komik Jupiter’s Legacy sebenarnya telah mula sejak awal lagi. Sejurus selepas Netflix mendapat hak penuh dan rasmi untuk Millarworld, komik tersebut sentiasa menjadi keutamaan gara-gara sentuhan epik pencipta dan penulisnya, Mark Millar (Civil War, Kick-Ass, The Ultimates).

Dengan diterajui penerbit Steven S. DeKnight (Daredevil, Pacific Rim: Uprising), adaptasi itu telah pun menemui dua teraju utama: Josh Duhamel (Transformers) dan Leslie Bibb (Iron Man). Masing-masing akan memegang watak pasangan suami isteri, Sheldon Sampson/The Utopian dan Grace Kennedy Sampson/Lady Liberty.

Pelakon lain yang telah mengesahkan peranan mereka adalah Andrew Horton, Elena Kampouris, Ben Daniels dan Matt Lanter sebagai George Hutchence/Skyfox.

Siri strim Netflix ini bakal disiarkan pada tahun 2020.

 

***

 

Selepas terdedahnya treler untuk filem remake Pet Sematary, beberapa poster teaterikal baru dan rasmi telah dipersembahkan kepada umum.

Ia jelas memperlihatkan kelibat watak ngeri dan gori Ellie Creed (Jeté Laurence).

Lihat poster-poster beserta treler rasmi untuk filem adaptasi novel asal karya Stephen King tersebut dengan judul sama di bawah ini yang bakal berada di pawagam seluruh dunia pada 5 April, 2019:

 

***

 

Disney akhirnya telah mendedahkan pandang pertama dan wajah sebenar Will Smith (Suicide Squad, Gemini Man) dalam imej janaan komputer menerusi iklan promosi terbaru filem arahan Guy Ritchie, Aladdin.

Dengan kemunculan berwarna biru sepenuhnya, ia sama sekali mengesahkan kenyataan dan komen yang tular di media sosial sebelum ini tentang warna sebenar beliau dengan perbandingan siri animasi asal tahun 1992 itu.

Aladdin akan berada di pawagam seluruh dunia pada 24 Mei, 2019.