Categories
Filem Komik Terkini

Dulu dikenali ROCKY dan RAMBO.. Sekarang Kita Ada SAMARITAN!

Ke tepi Rambo. Ke tepi Rocky.

Memperkenalkan Samaritan!

Poster filem superhero yang diterbitkan oleh Amazon Prime Video lakonan superstar Slyvester Stallone kini didedahkan secara rasmi. Ia bukan kali pertama beliau muncul dalam filem superhero seumpamanya kerana pernah beraksi dalam Guardians of the Galaxy Vol. 2 (Starhawk, 2017) dan The Suicide Squad (King Shark, 2021).

Tarikh tayangan rasmi Samaritan dijadualkan pada 26 Ogos, 2022.

Categories
Filem Terkini

Sylvester Stallone Sah Mulakan Produksi Filem THE EXPENDABLES 4!

Sylvester Stallone nampaknya akan kembali sekali lagi untuk beraksi dalam sekuel seterusnya menerusi The Expendables 4.

Beliau mengesahkan laporan tersebut semalam menerusi akaun Instagram rasmi milik beliau dengan entri watak beliau sebagai Barney Ross dengan kapsyen:

“All of those July 4th Fireworks got my mind going! I am starting to cook up the next adventure!”

 

View this post on Instagram

 

All of those July 4th Fireworks got my mind going! I am starting to cook up The next adventure!

A post shared by Sly Stallone (@officialslystallone) on

Francais filemThe Expendables diiktiraf sebagai sebuah naskah throwback hebat untuk filem-filem aksi terbaik era 80an dan 90an terutama sekali dengan penampilan barisan bintang-bintang besar dekad tersebut seperti Antonio Banderas, Dolph Lundgren, Wesley Snipes, Jet Li, Bruce Willis, Arnold Schwarzenegger, Harrison Ford, Mel Gibson, Chuck Norris dan ramai lagi!

The Expendables 4 masih belum bertarikh tayangan rasmi setakat ini.

Categories
Animasi Anugerah Filem Komik Permainan Kanak-Kanak Permainan Video Televisyen Terkini

#TERKINI | Filem Superhero Sylvester Stallone, Hattrick Oscar BLACK PANTHER & Drama Fantasi Baru BBC! (25/2/19)

Sylvester Stallone mula merasa menjadi watak komik sebagai Stakar Ogord/Starhawk menerusi filem Guardians of the Galaxy Vol. 2.

Sekarang, pelakon legenda tersebut sudah bersedua untuk menjadi teraju utama filem superheronya sendiri!

Studio MGM kini sedang fasa aktif menghasilkan sebuah drama filem superhero berjudul Samaritan dengan bintang Rambo dan Rocky itu tampil selaku pelakon utama dan juga penerbit di bawah rumah penerbitannya yang baru di buka Mei tahun lalu, Balboa Productions.

Berikut adalah sinopsis ringkas tentang filem tersebut yang berjaya diperolehi setakat ini:

“It centers on a boy learning that a missing superhero, who vanished 20 years earlier after a battle, may still be alive. It is dark, fresh take on the superhero genre..” 

Belum ada tarikh tayangan rasmi atau nama pengarah dikaitkan untuk projek tersebut.

 

***

 

Wakanda forever!

Filem superhero adaptasi Marvel Comics, Black Panther arahan Ryan Coogler hari ini telah meraih TIGA trofi Oscar untuk Anugerah Academy ke-91 yang baru berakhir sebentar tadi.

Ia juga merupakan naskah sulung Marvel Studios yang berjaya mendapat pengiktirafan paling beprestij Hollywood dan industri perfileman dunia.

Rekaan Produksi Terbaik, Rekaan Kostum Terbaik dan Skor Tulen Terbaik merupakan trio kemenangan rasmi pada malam penuh gemilang serta bersejarah buat Raja T’Challa dan seluruh Kerajaan Wakanda!

 

***

 

Tonton treler rasmi untuk adaptasi novel fantasi karya Philip Pullman berjudul His Dark Material’s yang dibarisi oleh bintang-bintang terkenal seperti Dafne Keen sebagai Lyra Belacqua, Ruth Wilson sebagai Mrs. Coulter, James McAvoy (Split, X-Men: Dark Phoenix) sebagai Lord Asriel dan Lin-Manuel Miranda (Mary Poppins Returns) sebagai Lee Scoresby di bawah ini:

His Dark Materials adalah sebuah novel trilogi fantasi epik yang terdiri daripada Northern Lights, The Subtle Knife dan The Amber Spyglass.

Categories
Filem Terkini

Lihat Foto Terbaru daripada Set Penggambaran RAMBO V: LAST BLOOD!

Filem Rambo V: Last Blood sudah selesai sesi penggambaran prinsipal dan kini dalam fasa pasca produksi.

Sementara itu, teraju utama Sylvester Stallone hari ini telah berkongsi sebuah foto eksklusif dari filem tersebut menerusi akaun Instagram rasmi beliau dengan imej John Rambo menggunakan busur dan panah yang pastinya digunakan untuk melawan musuh.

Lihat imej tersebut di bawah ini:

Diarahkan oleh Adrian Grunberg (Get the Gringodengan skrip tulisan sendiri Sylvester Stallone and Matt Cirulnick (Absentia), filem terakhir untuk penggambaran John Rambo sejak 1982 ini akan ditayangkan pada tahun hadapan.