Categories
Filem Novel Televisyen Terkini

Filem Terbaru Henry Cavill Bakal Beraksi sebagai Sherlock Holmes!

Henry Cavill dijangka akan memegang peranan sebagai seorang lagi versi terbaru Sherlock Holmes.

Akan tetapi beliau bukanlah fokus utama kepada filem tersebut kerana bintang utama filem Man of Steel (2013), Justice League (2017) dan Mission: Impossible – Fallout (2018) itu bakal digandingkan dengan pelakon baru yang sedang meningkat naik menerusi siri Netflix,┬áStranger Things iaitu Millie Bobby Brown dengan watak adik perempuannya, Enola Holmes.

Ianya berdasarkan siri buku The Enola Holmes Mystery karya Nancy Springer.

Helena Bonham Carter (Sweeny Todd, Fight Club) juga turut serta dalam filem ini sebagai ibu kepada kedua-dua watak utama tadi dengan Harry Bradbeer (Sugar Rush, Fleabag, Killing Eve) dilantik selaku pengarah.

Filem tersebut dijangka untuk tayangan rasmi pada tahun hadapan.