Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

Pengarah Filem IT, Andy Muschietti Bakal Arahkan THE FLASH!

The Flash sekali lagi telah kehilangan pengarah apabila John Francis Daley dan Jonathan Goldstein telah menarik diri.

Akan tetapi pengganti mereka telah ditemui segera apabila pengarah filem seram It, Andy Muschietti tampil untuk meneruskan projek tersebut.

Usaha Warner Bros. dan DC Comics untuk menggerakkan filem solo The Flash kerap dilanda cabaran sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ezra Miller (yang masih sah akan kembali sebagai watak Barry Allen/The Flash) telah menulis draf terbaru skrip cerita tersebut bersama pengkarya komik terkenal, Grant Morrison yang popular menerusi komik Arkham Asylum, All-Star Superman dan New X-Men. Walau bagaimanapun, laporan terkini memaklumkan bahawa pihak studio telah menolak idea cerita mereka dan sebaliknya melantik Christina Hodson (Bumblebee, Birds of Prey) untuk menghasilkan skrip yang baharu.

Ini mungkin kerana Ezra Miller mahukan tema dan tona cerita yang lebih serius sehingga menimbulkan konflik kepada pengarah John Francis Daley dan Jonathan Goldstein yang lebih senang dengan pendekatan lebih santai dan seronok.

Penggambaran prinsipal filem solo The Flash dijangka bermula pada Januari tahun hadapan.

Categories
Komik Televisyen Terkini

Lihat Pandang Pertama Godspeed dan Treler Promo Terbaru untuk Siri TV THE FLASH!

Siri televisyen kegemaran ramai, The Flash kini kembali bersiaran dan bakal memperkenalkan kita kepada watak terbaru yang muncul dari multiverse iaitu Godspeed!

Dan ianya tampak begitu menarik dengan sut seragam berwarna putih bergaris keemasan persis rekaannya di dalam komik.

Walaupun imej-imej pandang pertama di bawah tidak menyediakan sebarang penjelasan terperinci, ini jelas memberi bayangan bahawa Godspeed bakal menjadi penjahat terkini yang akan mengancam hidup Barry Allen sebagai The Flash.

Berikut adalah treler, imej Godspeed termasuk sepasang treler acah untuk episod tersebut:

“After discovering that Nora (Jessica Parker Kennedy) is working with Thawne (Tom Cavanagh), Barry (Grant Gustin) and Iris (Candice Patton) disagree about how to handle their daughter in the wake of this shocking news. Team Flash isn’t sure they can trust Nora. So they go through her journal to find out exactly how she came to work alongside their greatest nemesis!”

The Flash dengan episod ‘Godspeed’ ini akan bersiaran pada 16 April, 2019.

Categories
Filem Komik Televisyen Terkini

Filem Solo THE FLASH Siap Sedia untuk Penggambaran 2019?

Warner Bros. berkemungkinan besar telah menyalakan lampu hijau untuk filem solo The Flash!

Menurut sumber yang dipetik dari Geeks Worldwide, projek filem DC Comics yang sudah sekian lama dinantikan peminat akhirnya dikhabarkan bakal memulakan penggambaran prinsipal pada November 2019. Walaupun ia masih lagi belum diumukan secara rasmi namun ia tetap adalah sebuah perkembangan yang amat positif.

Antara anjakan paradigma kepada filem tersebut adalah kejayaan luarbiasa filem Aquaman arahan James Wan yang dibintangi Jason Momoa baru-baru ini.

Ketika diumumkan awal dulu, filem solo The Flash dikatakan akan menggunakan judul Flashpoint. Tetapi akhirnya idea itu terpaksa digugurkan untuk memberi ruang kepada perkembangan yang lebih luas untuk adiwira berkelajuan luarbiasa tersebut.

Diarahkan oleh John Francis Daley dan Jonathan Goldstein, The Flash dibintangi oleh Ezra Miller sebagai Barry Allen, Kiersey Clemons sebagai Iris West dan Billy Crudup sebagai Henry Allen.

Untuk filem-filem terbitan DC Comics dan Warner Bros. selepas ini adalah is Shazam! (5 April, 2019), Joker (4 Oktober, 2019)Birds of Prey And the Fantabulous Emancipation of One Harley Quinn (7 Februari, 2020)Wonder Woman 1984 (5 Jun, 2020), Suicide Squad 2 (6 Ogos, 2021) dan The Batman (25 Jun, 2021).

Categories
Animasi Filem Komik Televisyen Terkini

#TERKINI | Ayahanda BATWOMAN, Treler Terbaru CLOAK & DAGGER & Filem Solo THE FLASH! (20/2/19)

Baru-baru ini kita telah dimaklumkan dengan kemasukan bekas pelakon siri televisyen Birds of Prey, Rachel Skarsten dalam siri televisyen terbaru Batwoman sebagai musuh utama bernama Alice.

Dan hari ini kita telah menerima perkhabaran terbaru satu lagi pelakon utama dalam produksi tersebut.

Menurut sumber Deadline, pelakon asal Scotland iaitu Dougray Scott (Departure, Mission: Impossible II) akan memegang peranan sebagai ayah kepada Kate Kane/Batwoman lakonan Ruby Rose iaitu Jacob Kane (The Meg, John Wick: Chapter 2).

Berikut adalah kenyataan rasmi tentang watak tersebut:

“A former military colonel with a chip on his shoulder for Batman, Jacob Kane now commands Gotham’s private security firm The Crows, and has made it his mission to protect his city better than the Dark Knight ever could. But it’s only a matter of time before his unwavering disdain for vigilantes puts him at odds with Gotham’s new caped crusader…who also happens to be his own daughter.”

 

***

 

Saluran Televisyen Freeform telah melancarkan sebuah treler rasmi penuh untuk Musim Kedua Cloak and Dagger!

Ia menampilkan banyak babak-babak baharu termasuk kelibat anti-hero dan antagonis bernama Mayhem sedang membuat onar bersama konco-konconya. Treler tersebut dapat anda tonton di bawah ini:

 

***

 

Dalam satu entri terbaru oleh Zack Snyder menerusi akaun Vero miliknya mengenai pemergian Ben Affleck sebagai Batman, beliau telah ditanya oleh seorang peminat sama ada pengarah tersebut sebelum ini telah mengatur adaptasi siri komik Flashpoint.

Jawapan beliau ringkas dan padu: “..better” (lebih baik)

Walaupun pihak Warner Bros. sedang mempertimbangkan sebuah filem Flashpoint dan versi Barry Allen/The Flash dari masa hadapan menerusi babak Batman v Superman: Dawn of Justice yang jelas hadir dari susuran masa “Knightmare”, segalanya masih terbuka untuk sebarang spekulasi hingga kini.

Memang menarik memikirkan apakah yang direncakan oleh Zack Snyder sekiranya beliau masih diberi mandat meneruskan binaan Semesta Kembangan DC (DCEU).

Categories
Komik Televisyen Terkini

CRISIS ON INFINITE EARTHS Bakal Gegarkan DCTV/CW Menjelang Tahun 2019!

Siri televisyen pelintang (crossover) Elseworlds berakhir malam ini dan pendedahan kesudahannya ternyata menggemparkan!

Menerusi penghujung prolog yang disiarkan, Batwoman telah menghubungi Oliver Queen/Green Arrow bahawa Dr. John Deegan/Doctor Destiny telah pun membuat kenalan baru di Arkham Asylum. Dan kenalan baru itu tidak lain dan tidak bukan adalah Psycho Pirate yang mengeluarkan kata-kata misteri berikut:

“..worlds will live, worlds will die, and the universe will never be the same.”

 

.

.

.

.

AMARAN SPOILER!

.

.

.

.

.

Berdasarkan komik asal, Crisis on Infinite Earths (1985-86) bermula dengan cubaan Anti-Monitor menghapuskan kesemua hidupan yang wujud di Semesta DC Comics dengan Psycho Pirate memainkan peranan penting.

Categories
Komik Televisyen Terkini

Siri Crossover Terbaru Flash/Arrow/Supergirl ‘Elseworlds’ bermula hari ini!

“Elseworlds” merupakan jalan cerita pelintang (crossover) kali ke-5 dan adalah acara tahunan yang menggabungkan episod daripada The Flash, Arrow dan Supergirl menerusi saluran CW.

Crossover ini akan bermula hari ini menerusi siri televisyen The Flash (9 Disember, 2018) seterusnya Arrow (10 Disember, 2018) dan berkesudahan di Supergirl (11 Disember, 2018). “Elseworlds” turut akan memperkenalkan watak baharu seperti Batwoman dan Lois Lane ke dalam Semesta DCTV/CW termasuk Gotham City yang tiada kaitan dengan siri televisyen Gotham yang terlebih dahulu diterbitkan menerusi saluran Fox. – FM

https://www.youtube.com/watch?v=pYGRgj8HzI0